Kolaborasi Coolblog dan Farm Fresh: Kathira Smoothie & Bandung Smoothie

/
0 Comments

Korang semua mesti dah pernah try minum di Coolblog kan? Seingat aku, sebelum wujudnya brand-brand lain jual bubble tea dan sebagainya, Coolblog adalah salah satu brand terawal yang menjadi perintis dalam business minuman seperti smoothie dan bubble tea. Aku sendiri pun selalu singgah beli smoothie di Coolblog. Memandangkan sekarang ni macam dah lama tak basahkan tekak dengan minuman dari Coolblog, jadi aku ambil keputusan untuk singgah di outlet KL Sogo untuk moreh.

Kebetulan, sekarang ni Coolblog ada menawarkan dua (2) minuman terbaru sempean bulan Ramadan iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Jadi, aku tak lepaskan peluang untuk order kedua-duanya untuk try sendiri. Untuk pengetahun korang, 2 minuman isitimewa sempena Ramadan ini adalah hasil kolaborasi antara Coolblog Malaysia bersama Farm Fresh. Minuman Coolblog Kathira Smoothie & Bandung Smoothie dilengkapkan dengan Susu Kurma Farm Fresh untuk menghasilkan minuman Tradisi penuh kenikmatan dalam memeriahkan suasana Ramadan.

Coolblog tampil dalam memeriahkan sambutan Ramadan dengan kempen Tradisi Cool Ramadan. Kempen ini diterajui oleh dua minuman terbaharu iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, Coolblog pertama kalinya menyajikan minuman baharu mereka bersama jenama susu terkenal tempatan iaitu Farm Fresh. Kolaborasi ini menambahkan lagi keenakkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie kerana menggunakan Susu Kurma Farm Fresh.


Didatangkan dalam saiz 700ml dan dijual pada harga RM9.80 untuk Kathira Smoothie dan RM8.80 untuk Bandung Smoothie setiap satu, penggemar Coolblog boleh mendapatkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie di seluruh cawangan Coolblog yang berhampiran. Jangan ketinggalan untuk mencuba sendiri memandangkan tawaran minuman ini adalah terhad untuk bulan Ramadan sahaja.

Secara tidak langsung, Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia seperti bandung dan kathira dengan menyuntik nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan. Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung ini diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telahpun menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.


Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan, Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai dalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kerjasama dua jenama tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat di mana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar di pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar mereka yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.


Antara esej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.


Manakala, minuman Bandung Smoothie pula adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh. Pastinya, kedua-kedua minuman ini bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 manakala Bandung Smoothie pula dijual pada harga RM8.80.


"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothi menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja

Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.

Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.

Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”

Wan Zaidi Zakaria, Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia 
Mungkin ada yang akan bertanya, "Antara Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie, mana satu yang lagi best?". Kalau tanya aku, personally my preference adalah Kathira Smoothie. Rasa yang cukup lengkap dengan air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh menjadi Kathira Smoothie ni lebih sedap berbading air Kathira yang selalu aku minum. Bandung Smoothie pulak bagi aku agak manis sedikit. Mungkin ada antara korang yang tak suka sangat minum minuman manis, aku cadangkan korang untuk mintak kurang manis time order. Jangan risau, apa yang special tentang Coolblog,korang boleh request time order nak minuman macam mana mengikut citarasa masing-masing especially untuk minuman kurang manis. The rest, aku rasa kombinasi antara pearls, Susu Kurma Farm Fresh dan bahan-bahan lain adalah perfectly matched! Dan semestinya aku akan repeat beli lagi untuk juadah berbuka puasa atau moreh sepanjang bulan Ramadan tahun ini.


Jadi, apa tunggu lagi? Jom, kita try sendiri minuman Coolblog Kathira Smoothie & Bandung Smoothie di cawangan Coolblog berdekatan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau promosi terkini berkaitan Coolblog, korang boleh follow Coolblog di Instgram dan Facebook. Jangan lupa share moment korang menikmati Kathira Smoothie atau Bandung Smoothie di sosial media dengan hashtag berikut untuk semarakkan lagi kemeriah Ramadan!

#TradisiCool
#KathiraSmoothie
#BandungSmoothie
#CoolblogMalaysia

 

Instagram:

Facebook:


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...