BATU FERINGGI

/
50 Comments
Ronda-ronda Kota Mutiara
24 Julai 2010


Jom, kali ini saya nak bawa kalian jalan-jalan sekitar Pulau Mutiara, iaitu Pulau Pinang (Penang). Destinasi utama kita kali ini ialah Batu Feringgi. Pernahkah kalian sampai ke Batu Feringgi? Untuk sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke Batu Feringgi, eloklah berkenal-kenalan dengannya. Sila baca profil dan butir-butir mengenai Batu Feringgi sebelum kita berjalan lebih jauh meninjau panorama dan keindahannya.


Perjalanan bermula, pertama sekali kenalpasti apakah aktiviti-aktiviti yang disediakan di lokasi yang dilawati. Di Batu Feringgi, aktiviti persisiran pantai dan aktiviti di dalam laut yang menarik banyak disediakan.
  1. Paragliding
  2. Jet ski
  3. Horse riding
  4. Boat
  5. Viper
  6. Storm
  7. Banana boat


Part-time model Batu Feringgi



Seterusnya, selepas meneliti segala aktiviti yang disediakan, barulah boleh pilih dan menikmati keseronokannya.


Aktiviti 1
Jalan-jalan sepanjang persisiran pantai putih



Aktiviti 2
Sesi membidik scene-scene yang menarik sebagai kenang-kenangan oleh tiga jejaka
Muzek - Hazwan - Faiz



Aktiviti 3
Boat meredah lautan



Aktiviti 4
Aksi berterbangan di udara



Aktiviti 5
Banana boat dan jetski



Aktiviti 6
Bermain air di persisiran pantai



Aktiviti 7
Melihat kebesaran Illahi dan menikmati pemandangan indah ketika matahari terbenam (sunset) di Batu Feringgi



Aktiviti 8
Bergambar kenang-kenangan untuk disimpan di dalam arkib



Aktiviti 9
Meninggalkan jejak sebelum berangkat ke destinasi seterusnya


Sayang seribu kali sayang, kami berempat pergi sehelai sepinggang. Jadi, tidak dapatlah untuk mencuba aktiviti 3, 4 dan 5. Apa yang kami mampu adalah menonton dan melihat keseronokan orang lain sahaja. Tak apalah, ada masa dan peluang, kami akan berkunjung lagi di masa akan datang.



Matahari kian terbenam, bulan purnama kian menyerlah di langit kelam. Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya untuk menjalani kewajipan.


Berhenti solat Maghrib di Masjid Terapung


Seterusnya, jalan-jalan cari makan bermula iaitu ke Nasi Kandar Beratur yang digembar-gemburkan oleh orang sekeliling termasuk di dalam rancangan Jalan-jalan cari Makan. Nasi Kandar Beratur terletak betul-betul sebelah Masjid Kapitan di Bandar Georgetown. Setibanya di sana, masing-masing menerpa nasi beriani untuk disantap di kala perut berdangdut tanda kelaparan.


Pengembaraan di Kota Mutiara tidak terhenti di situ sahaja, malah diteruskan dengan merayap di sekitar bangunan lama Georgetown. Keadaan sunyi sepi memaksa kami menggila merakamkan scene-scene menarik di tengah jalan dan di segenap penjuru yang menarik perhatian. Struktur bangunan dan suasan malam hari di pekan Georgetown tidak ubah seperti berada di bandar China, sungguh klasik dan mengasyikkan.


Setelah berpelesaran di Georgetown, kami menuju pula ke Padang Kota. Suasana terang-benderang disinari sinaran neon sungguh menarik perhatian. Tambahan, suasana malam yang sungguh meriah dengan gelak tawa anak-anak kecil beriadah di padang cukup menghiburkan. Masing-masing mengmabil peluang untuk bersuka-ria dengan permainan piring terbang bercahaya yang di jual di sekitar lokasi tersebut. Di sinilah tempat seisi keluarga bersama beriadah di hujung minggu.


Setelah penat berkejaran di Padang Kota, kami beransur pulang ke destinasi iaitu ke Bayan Baru. Sebelum itu, sempat lagi singgah di pesisir lautan iaitu di Bayan Mutiara, Batu Uban untuk menikmati Laicikang demi menghilangkan kehausan. Jam 100pagi kami berangkat pulang ke kediaman untuk berehat dan meneruskan aktiviti keesokan harinya iaitu ke Pulau Jerejak.

------------------------------------------------------

FAKTA MENARIK
  • Persisiran pantai Batu Feringgi agak terancam dengan najis-najis kuda
  • Batu Feringgi merupakan tempat tumpuan pelancong asing terutama yang berpakaian jubah hitam
  • Paragliding merupakan aktiviti yang agak mencabar sehingga ada pelancong asing yang terkencing di dalam seluar
  • Berdekatan dengan Restoran Tarbus iaitu restoran yang tersohor dengan masakan Arab
  • Batu Feringgi terkenal dengan tempat menjual kain baju dan bag-bag tangan



PERINGATAN

15 Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru, itulah ia yang dinamakan Nisfu Syaaban. 27 Julai 2010 adalah harinya.Jom puasa yok.

Esok juga hari istimewa untuk insan yg amat aku rindui dan cintai




You may also like

50 comments:

  1. bestnyaaaa...lama x p batu feringghi..sdg homesick ni...huhu
    eh en khairul singgah batu uban ek..umah saya c2 la

    ReplyDelete
  2. kuat jaley teh,..,



    xpo,,jale slagi mudo..nati tuo nk akat kaki pon xrok...

    ReplyDelete
  3. wah
    lama dah xpergi Batu Feringgi weih
    rindu plak
    rupa2nya dah maju dah tempat nih
    macam2 aktiviti ada

    P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

    ReplyDelete
  4. amirah:
    yup, pi batu uban
    cari rumah cik amirah tp tak jumpa,haha
    best lepak situ, kat bawah jambatan
    tgk klcc penang, dan minum tepi laut

    ReplyDelete
  5. SZ:
    batu feringgi memang lawa, pantai pasir putih

    ReplyDelete
  6. beliamuda:
    feringgi sudah, pulau jejak pun sudah
    sungai sedim je tak sampai lagi

    ReplyDelete
  7. cikTi:
    puah2 di hujung minggu cikti
    bila lg nk kenal tempat ore klu dop
    alang-alang duk sini, gi la melawat

    ReplyDelete
  8. farismuhandisu:
    sabar deh..gi next time plop

    ReplyDelete
  9. hans:
    agak sesak la sikit kawasan tepi laut tuh sbb rmai duk berlumba ATV
    kuda berak bertempiaran dan kencing merata-rata pun ada
    tp tmptnya menarik, aktiviti byk

    ReplyDelete
  10. wah dah berpuluh tahun tak jejak kaki ke batu feringghi... dulu memang suka sangat pantai nih :)

    ReplyDelete
  11. lama aku xpegi batu feringgi wlpn aku anak penang... hehe

    ReplyDelete
  12. papabear:
    boleh la bawak Pasha plak pi melancong

    ReplyDelete
  13. NICK IRFAN:
    pergh, anak jati penang rupanya
    asal area mana?

    ReplyDelete
  14. hans:
    mai-mai
    alang-alang mlawat batu ferenggi, pi pulau jerejak skali
    nnt ak post entri pasal jerejak lak

    ReplyDelete
  15. entry nih dah lah time besday aku
    dengki sikit lah
    hohoho

    P/S : Mari Makan Buah Tomato!

    ReplyDelete
  16. hans:
    kira hadiah besday ko la ni
    jalan2 kat batu feringgi selama 5 minit

    ReplyDelete
  17. boleyh jd wartawan 'Panorama' nie~~~~ ;)

    ReplyDelete
  18. boleyh jd wartawan 'Panorama' nie~~~~ ;)

    ReplyDelete
  19. Filza Zaini:
    takde media nk ambil,haha

    ReplyDelete
  20. situlah tmpt tsunami bbrp thn dulu...

    ReplyDelete
  21. Ummi Hanie:
    oo, member ada gak bagitau arituh
    tak sempat plak nk pi jenguk area tuh

    ReplyDelete
  22. parasailing tu kena bayar berapa eh nak main?

    ReplyDelete
  23. devoted lily♥:
    kat feringgi tak sure brapa kena bayar
    tp klu kat langkawi RM50 if i'm not mistaken
    harga lbh kurang sama kot :)

    ReplyDelete
  24. nak taw la....
    bajet untuk jalan sumer tmpt dr feringgi sampailah ke pulau jerjak tue berapa ek??

    siap min2 g kat pantai feringgi tue... nak taw la perbelanjaannya....
    leh share x???

    ReplyDelete
  25. (= miE-kEy =):
    klu naik kereta sendiri murah je
    cuma perlu bayar tol RM7++ nak masuk pulau
    then pusing2 la dari feringgi ke jerejak

    feringgi plak bnyk pakej kat tepi pantai
    kat jerejak, mmg harga pakej utk semua aktiviti dah, rm60.
    boleh refer entri pulau jerejak kat blog ni

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  46. nak taw harga setiap aktiviti kt ctue boleh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...