Dato Sri Aliff Syukri Dilantik Sebagai e-Ambassador di Pameran Pra-Pelancaran GINTELL S7 SuperChAiR

Korang pernah tak guna kerusi urut GINTELL? Aku yakin dan percaya, setiap orang pernah menggunakan perkhidmatan kerusi urut GINTELL especially di tempat-tempat awam seperti lapangan terbang, shopping mall ataupun di R&R. Apa yang sentiasa ada di benak fikiran kita semua, " Bestnya kalau ada satu kerusi urut GINTELL macam ni kat rumah". Betul tak? Sekarang ini, GINTELL telah mengeluarkan model terbaru kerusi urut yang lagi canggih iaitu GINTELL S7 SuperChAiR. Hanya menggunakan suara untuk mengaktifkan kerusi urut (voice command) dengan teknologi Artifial Intelligence (AI) dan beberapa features best seperti wireless charging, design sleek, dan self-analysis untuk tentutkan jenis urutan, aku rasakan GINTELL S7 SuperChAiR ni akan jadi idaman setiap orang.


Pada 17 April 2021 yang lalu, GINTELL dengan bangganya mengumumkan Dato Sri Aliff Syukri sebagai e-duta GINTELL. Dato Sri Aliff diperkenalkan sebagai E-Ambassador di Pameran Pra-Pelancaran GINTELL S7 SuperChAiR. Beliau telah dijemput ke Ekspo Kesihatan GINTELL yang diadakan di Sunway Pyramid untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang kesihatan kepada orang ramai.




Dato Sri Aliff berkata kita selalu berada di fasa yang agak sukar dari luar jangkaan kita. Urutan boleh mengurangkan tekanan dan menjadikan terapi kepada seseorang. Maka dengan itu, jangan lepaskan peluang anda menemui ‘Penjaga Kesihatan Anda’ di GINTELL!


GINTELL malancarkan kerusi urut versi baharu iaitu ‘S7’, kerusi urut yang terbaru dapat menampilkan prestasi yang setarat dengan kereta ‘SUPER CAR’. Dengan itu, GINTELL telah memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’, iaitu ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.


Kerusi urut GINTELL S7 adalah kerusi urut pertama yang mempunyai AI SuperChAiR dan 875 kombinasi urutan yang memberi lebih keselesaan kepada pengguna.


Di Samping itu, kerusi urut ini juga dilengkapi oleh AI Senses bersama ViTec (Voice Intelligence Technology) yang pertama di Malaysia iaitu, kerusi urut ini mengunakan teknologi kawalan suara pintar untuk beroperasi. Dengan adanya teknologi ini, kerusi ini boleh mendengar, menganalisa dan memahami keperluan badan individu, menghasilkan program urut yang sesuai untuk anda.


AI ViTec Massage Hand menggunakan kaedah urutan yang sama seperti tangan manusia, memberi penekaran roller sehingga 13cm dan memberi urutan yang lebih berkesan. Selain itu, seperti kereta “SUPERCAR” terkini yang mempunyai teknologi “memory seat”, kerusi urut GINTELL S7 juga terdapat 10 slot Vi-memory yang boleh meyimpan urutan kesukaan anda.


Personally, aku rasa GINTELL S7 SuperChAiR ini sangat canggih. Antara features yang paling aku suka adalah wireless charging di sisi kiri kerusi urut, self-analysis yang menetukan jenis urutan yang sesuai dengan tubuh badan kita dan paling penting voice Inteligence Techonology yang mebolehkan mesin urut beroperasi selepas disapa dengan "Hi Hi GINTELL" dan "Massage Begin!".


Kerusi urut GINTELL S7 juga mempunyai urutan yang dicipta oleh SIFU Dato Seri Master Chris Leong (Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”). Beliau telah berkongsi bahawa peregangan seluruh badan sebanyak 230〫 dapat membantu mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang, dan juga dapat meningkatkan peredaran darah dengan memperbaiki otot.



Bersempena dengan pra-pelancaran, GINTELL menawarkan promosi potongan harga sehingga 50% untuk pelanggannya. Dapatkan GINTELL SuperChAiR dengan nilai hebat. Oleh itu, rebut peluang keemasan ini di bilik pameran GINTELL yang berhampiran atau hubungi talian khidmat pelanggan +603-6277 9333. Sebagai alternatif, layari www.gintell.com. Tertakluk pada terma dan syarat.

Post a Comment

0 Comments