Pernah dengar tak tentang Ambassador Putrajaya? Kalau nak tahu, Ambassador Putrajaya adalah salah satu event space milik Hanana Group Sdn Bhd. Mereka menyediakan ruang untuk sebarang majlis terutamanya untuk majlis perkahwinan, menyediakan khidmat pakej perkahwinan yang lengkap termasuklah pelamin, baju pengantin dan catering untuk hidangan para tetamu. 


Jujurmya, aku suka dengan hidangan yang disediakan oleh pihak Hanana Group. Antara favorite aku adalah kambing Bakar lemon. Allahu, sedap sangat! Memang tak dapat cari di tempat lain. Selain itu, fasiliti di event space Hanana Group memang cukup lengkap termasuklah parking, tandas dan surau. Korang boleh baca pengalaman aku sendiri mencuba buffet Ramadan di Lugar De La Boda iaitu satu lagi event space milik Hanana Group. Cekidout! 



Berita baik! Untuk korang yang nak merasa sendiri juadah yang dihidangkan oleh pihak Hanana Group, korang boleh datang ke Ambassador Putrajaya sempena Food Tasting & Open Day. Inilah peluang terbaik untuk korang tahu lebih details tentang pakej yang ditawarkan oleh pihak Hanana Group. Especially untuk bakal Raja sehari, jangan lepas kan peluang ini ajak pasangan masing-masing dan parents untuk sama-sama memeriahkan event nanti. Maklumat lanjut mengenai event seperti berikut:


“FOOD TASTING & OPEN DAY” di AMBASSADOR PUTRAJAYA


Tarikh: 
22 September 2019

Hari: Ahad

Masa: 
12.00 pm – 04.00 pm

Tempat: Ambassador Putrajaya
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya


Hubungi : 









Web Rasmi:

Facebook:

Instagram:



Untuk story tentang majlis Food Tasting & Open Day Ambassador Putrajaya, nanti aku share kemudian. Stay tuned! 


Dalam artikel yang lepas, aku ada share tentang NCIG. Boleh klik sini untuk baca artikel penuh. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang inisiatif pihak NCIG dalam melebarkan empayarnya di Malaysia. Nak tahu apa? Jom baca! 


N STORE SETAPAK KINI DIBUKA

NCIG (M) Sdn BHD iaitu pengeluar peranti rokok elektronik Nombor 1 di Malaysia hari ini membuka cawangan ke-dua mereka di Setapak selepas kejayaan mereka membuka cawangan pertama di Sri Hartamas pada 27 April 2019.


Pelancaran cawangan Setapak mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu yang hadir termasuk media massa, VVIP serta selebriti seperti Indah Ruhaila, Jaa Suzuran, Afieq Syazwan, Sharnaz dan Fad bocey. 


"Pembukaan cawangan terbaru di Setapak memang sangat dinanti-nantikan dan NCIG menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan lagi untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Tahun ini, kami bakal membuka tiga lagi buah cawangan baru di Lembah Kelang, Pantai Timur, dan Wilayah Selatan untuk kemudahan agen, pengedar dan pelanggan kami.”

-En. Shariffuddin BujangKetua, Pegawai Eksekutif NCIG- 



N Store juga mewujudkan permintaan baru untuk khidmat pelanggan dan tuntutan waranti yang sangat mudah kerana tidak perlu menunggu selama 5 hari bekerja seperti kebiasaannya. Pendek kata, aku suka dengan konsep N STORE yang sangat eksklusif dan hi-tech. Bila kaki melangkah masuk ke N STORE, seolah-olah kita masuk ke outlet telefon pintar terkenal. Dengan susun atur yang kemas dan tawaran hebat, NCIG kini setaraf dengan brand terkemuka yang lain di Malaysia. 


NPOD ROAST COFFEE

Selain majlis perasmian cawangan baru N STORE, pihak NCIG jugak telah melancarkan NPOD perisa baru iaitu “Roast Coffee”. Sebelum ini, NPOD dari NCIG yang ditawarkan adalah Fine Tobacco, Lush Manggo, Red Vanilla, Cool mint, Buttery Toffee dan Grape Noir. 


Untuk pencinta coffee, dengan adanya NPOD Roast Coffee, para pengguna NCIG akan dapat menikmati aroma coffee yang sebenar. 

NCIG SPECIAL EDITION

Sempen dengan bulan Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos 2019 dan Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2019, NCIG telah melancarkan pakej “Special Edition” terhad bernilai RM300 yang dijual dengan harga promosi RM180 sahaja. Banyak boleh jimat beb! Mungkin korang boleh beli box Special Edition NCIG ini untuk dijadikan hadiah bagi orang tersayang yang ketagihan rokok. At least, kita bagi alternatif kepada mereka untuk stop merokok. 


Setiap box NCIG "Special Edition" mengandungi NCase, NPod, NCIG, T-Shirt, Kad Ucapan Azam Merdeka, Pin NCIG dan NCIG Holder.


KEMPEN #Not4Kids

Pihak NCIG juga turut melancarkan laman web kempen #Not4Kids yang dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk penjualan produk yang tidak boleh dijual kepada golongan bawah umur seperti rokok, arak, dan juga rokok elektronik. NCIG tampil dengan laman web #Not4Kids yang dilancarkan dalam mengawal anak-anak di bawah umur terjebak dengan budaya yang tidak sihat. 


Jom sama-sama kita memberi sokongan kepada kempen ini dengan melawat laman web www.not4kids.org dan menandatangani petisyen atas talian.


Wujudnha peranti NCIG ini adalah betujuan untuk membantu para perokok di luar sana untuk berhenti merokok. NCIG diperkenalkan sebagai produk alternatif untuk mereka berhenti merokok dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Aku yakin, bukan mudah untuk stop smoking secara drastik. Sebagai langkah pertama, perokok boleh bertukar kepada peranti anti rokok seperti NCIG. Lama kelamaan semoga tabiat merokok dapat dihentikan. 



Jadi, untuk sesiapa yang berhasrat untuk keluar dari belenggu merokok, apa kata korang cuba beralih kepada penggunaan peranti NCIG. NCIG adalah produk anak tempatan jenama Malaysia yang mampu membantu perokok di luar sana untuk berhenti merokok. 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website dan laman sosial media NCIG. Check it out!


N STORE SETAPAK
No.25, PV128, No.128
Jalan Genting Klang
Setapak 
Kuala Lumpur

Facebook:

Website:

Instagram:
Ada lagi ke orang yang masih belum ada mana-mana insurans atau takaful untuk perlindungan peribadi? Jujur aku tanya, especially untuk korang yang dah berkerjaya tetapi masih belum ada mana-mana insurans atau takaful. Apa faktor utama yang membuatkan korang rasa malas atau tak nak ambil insurans atau takaful untuk perlindungan peribadi? Untuk persoalan ini, hanya korang yang ada jawapan. Cuma korang perlu ingat, semakin korang meningkat usia, semakin mahal kos yang korang perlu bayar untuk setiap bulan bagi pakej insurans ataupun takaful yang diambil. Jadi, nasihat aku, bila korang dah start kerja, carilah insurans atau takaful yang bagus untuk perlindungan peribadi. Ambil tahu dan ambil peduli tentang manfaat dan kepentingan insurans dan takaful. Okay?


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share salah satu institusi yang menawarkan insurans dan takaful kepada rakyat Malaysia iaitu Sun LIfe Malaysia. Kalau korang masih belum ada mana-mana insurans atau takaful, mungkin korang boleh baca ni dan consider untuk subscribe pelan insurans atau takaful yang ditawarkan. Mungkin korang tertanya-tanya, apakah beza insurans dan takaful? Untuk pengetahuan korang, insurans adalah kaedah conventional, manakala takaful pula kaedah Islamic yang menitikberatkan shariah compliance. Jadi, untuk kita yang beragama Islam, lebih baik kita pilih pelan Takaful.


Untuk pengetahun korang, baru-baru ini Sun Life Malaysia telah melancarkan sesuatu yang baru untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan jaminan kewangan lebih baik dan pengalaman pelanggan lebih lancar dan mudah. Nak tahu apa? Jom, check it out!



Antara tawaran terbaru dari Sun Life Malaysia adalah Pelan Takaful Sun Infinity-i terkini yang memberi manfaat fleksibel kepada rakyat Malaysia. Selain itu, Sun Life Malaysia juga melancarkan Aplikasi SunAccess yang menyediakan akses segera kepada pelan Insurans dan Takaful untuk pelanggan. 


Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia), masing-masing sebagai pembekal insurans hayat dan Takaful Keluarga, bergabung dengan pelakon yang juga Duta Jenama baharu, Hairul Azreen untuk pelancaran dua tawaran baharu yang akan memberikan rakyat Malaysia jaminan dan kemudahan kewangan yang lebih baik.


Dilancarkan hari ini, pelan Sun Infinity-i adalah produk terbaharu Sun Life Malaysia, pelan takaful sejagat yang dirancang untuk memberikan rakyat Malaysia fleksibiliti kewangan berdasarkan kemampuan dan keperluan mereka. Turut dilancarkan ialah aplikasi mudah alih SunAccess baharu yang membolehkan pengguna untuk mengakses e-penyata bagi pelan insurans /takaful mereka bila-bila masa, di mana sahaja, dan juga mengemukakan tuntutan mereka melalui aplikasi mudah alih.


Semasa pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden / Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, "Sejak memasuki pasaran enam tahun lalu, kami teguh dengan komitmen kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia mencapai jaminan kewangan seumur hidup dan mempunyai kehidupan yang lebih sihat. Pelancaran pelan Sun Infinity-i hari ini dan aplikasi mudah alih SunAccess adalah langkah seterusnya ke arah matlamat untuk membolehkan Pelanggan kami mencapai fleksibiliti lebih baik serta mengawal masa depan kewangan mereka."


Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Presiden ASEAN Sun Life Financial Asia, Leo Grepin yang berkata, "Sun Life telah beroperasi di Asia selama lebih daripada 125 tahun dan ia adalah segmen yang paling pesat berkembang dalam perniagaan kami hari ini. Kami menjaga dan mengutamakan Pelanggan kami dalam setiap langkah diambil. Sun Infinity-i akan memperkasakan lebih banyak rakyat Malaysia untuk bermula dari awal dalam melindungi masa depan kewangan mereka, dengan kemudahan aplikasi SunAccess.”


Sun Infinity-i adalah pelan simpanan jangka pendek yang menyediakan:

  1. Sumbangan fleksibel dan jangka perlindungan untuk memenuhi keperluan individu dan memenuhi kustomisasi seperti jumlah simpanan, tempoh simpanan, dan tempoh liputan;
  2. Meningkatkan pembayaran tunai tahunan, bermula dari akhir tahun kontrak pertama hingga matang;
  3. Sun Infinity-i menyediakan perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh sepanjang tempoh perlindungan.
  4. Sun Inifinity-i juga akan membayar wakaf/derma daripada jumlah sumbangan takaful yang dibayar apabila berlakunya kematian orang yang dilindungi.
  5. Manfaat ihsan ini akan dibayar kepada Yayasan Waqaf Malaysia, dan/ atau organisasi wakaf atau organisasi kebajikan lain
  6. Manfaat matang dengan bayaran sekaligus.

"Sun Infinity-i telah direka menurut keperluan Pelanggan kami. Walaupun kita semua berusaha keras untuk menjamin masa depan yang lebih cerah untuk diri kita, cabaran kewangan tidak boleh dijangka kepada sesiapa pun. Sun Infinity-i adalah penyelesaian Sun Life Malaysia untuk merancang jaminan masa hadapan yang lebih selamat dari segi kewangan dengan mudah.”

"Sun Infinity-i menawarkan pilihan pembayaran dan terma kontrak yang berbeza bagi Pelanggan kami supaya mereka dapat memilih kombinasi yang sesuai berdasarkan keperluan mereka; manakala faedah pembayaran tunai yang semakin meningkat memberikan mereka aliran pendapatan yang mantap untuk perancangan kewangan mereka dalam jangka masa panjang. Pelan ini memberikan pelanggan kami penyelesaian yang sempurna untuk membantu mereka menguruskan wang dengan cekap serta bersedia dalam keadaan yang tidak disenangi."

Raymond



Turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah aplikasi mudah alih bagi pengguna iaitu SunAccess. Perkhidmatan yang sebelum ini boleh didapati melalui portal web Sun Life Malaysia, kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Pelanggan Sun Life Malaysia dapat menikmati pengalaman yang lebih baik dengan lebih banyak ciri dalam aplikasi mudah alih yang dipertingkat ini seperti log masuk biometrik, push notifications dan penyenaraian harga unit.


Memandangkan kita telah mencapai zaman Digital, pelancaran aplikasi seperti SunAccess adalah satu langkah bijak untuk memudahkan para pengguna menyemak dan menguruskan akaun mereka. Aku sendiri pun lebih suka kalau berurusan secara atas talian (online) especially menggunakan aplikasi berbanding kena walk-in pergi ke branch/kiosk yang berdekatan. Lebih cepat dan menjimatkan masa. Betul tak?

"Kini, Pelanggan dapat menikmati kemudahan berganda sambil mengawal jaminan keselamatan kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih SunAccess yang baru dilancarkan. Pelanggan dapat melihat e-penyata mereka melalui telefon pintar mereka - mewujudkan pengalaman yang cepat, selamat, dan mesra alam."

Raymond



Selain pelancaran Sun Infinity-i dan juga Aplikasi SunAcces, Sun Life Malaysia juga telah memperkenalkan Duta Jenama yang baru dilantik untuk Sun Life Malaysia yang akan menjadi wajah Sun Infinity-i iaitu Hairul Azreen. 

"Saya percaya Sun Infinity-i adalah pelan yang ideal untuk semua tanpa mengira umur dan status - dengan fleksibiliti dan ciri disesuaikan yang pasti akan memberi manfaat kepada orang ramai dengan peningkatan pembayaran tunai tahunan yang menjadi tumpuan yang jelas. Saya dengan bangganya berkerjasama dengan Sun Life Malaysia untuk memperkenalkan rancangan ini kepada pengguna."

Hairul Azreen 


Jadi, kalau korang tengan mencari pelan insurans atau pelan takaful terbaik, mungkin korang boleh usha-usha Sun Life Malaysia. Aku sendiri pun merupakan salah seorang pelanggan kepada Pelan dari Sun Life Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Infinity-i, SunAccess, atau lain-lain tawaran istimewa dari Sun Life Malaysia, korang boleh layari: www.sunlifemalaysia.com

Sun Life Malaysia


#SunLifeMalaysia
#LifeIsBrighterUnderTheSun

Sun Life Malaysia

Sun Life Malaysia (Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad) adalah usaha sama oleh Sun Life Financial Inc. dan Avicennia Capital Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemegangan pelaburan Khazanah Nasional Berhad, yang berkepakaran dalam Insurans dan Takaful Keluarga.

Sun Life Malaysia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan insurans serta produk Takaful Keluarga kepada rakyat Malaysia di seluruh negara dan turut memberi tumpuan untuk membantu pelanggan mencapai jaminan kewangan sepanjang hayat dan kehidupan yang lebih sihat. Sun Life Malaysia mempromosikan produknya melalui pelbagai saluran termasuk pemasaran langsung, telemarketing, agensi, jaminan telco dan perniagaan korporat.

Sun Life adalah organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang menyediakan penyelesaian insurans dan pengurusan aset kepada Pelanggan individu dan korporat. Sun Life mempunyai operasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Sehingga 31 Mac 2019, Sun Life mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak CAD $ 1,011 bilion.

Sun Life Financial Inc. berdagang di bursa saham Toronto (TSX), New York (NYSE) dan Filipina (PSE) di bawah simbol ticker SLF.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sunlifemalaysia.com

Semenjak dah menginjak ke usia 30 tahun ni, memang kena jaga pemakanan dan dah kena ambil supplement secara konsisten.  Bila dah sakit atau demam, lagi tinggi kos dan lagi banyak masalah. Orang kata, lebih baik mencegah daripada merawat. But then, kadang-kadang kita tak tahu nak ambil supplement apa untuk diri sendiri. Lagi satu, sekarang ni lambakan produk ubat-ubatan dan supplement ada di pasaran sehinggakan kita susah nak tahu mana yang baik, mana yang bahaya, mana yang halal dan mana yang tidak.


Finally, selepas Google tentang produk supplement kesihatan yang halal dan selamat, aku terjumpa tentang Duopharma Biotech Berhad. Kalau korang nak tahu, Duopharma Biotech Berhad membekalkan segala jenis ubat-ubatan dan supplement yang dijamin halal dan mendapat kelulusan CCM. Pendek kata, memang selamat!


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit tentang 5 jenis produk yang aku dah dapatkan dari Duopharma Biotech Berhad. Mungkin korang pun tengah mencari ubat dan supplement yang dijamin halal dan selamat, so bolehlah dapatkan juga produk-produk ni di farmasi yang berdekatan. Check it out!


1. Flavettes Effervescent

Produk yang paling aku suka dari Duopharma Biotech Berhad adalah Flavettes Effervescent. Ia merupakan supplement kesihatan yang bagus dan mengandungi Vitamin C, Vitamin D3 dan Calcium.  Satu box Flavettes mengandungi 2 tubes (30 effervescent tablet orange). Maksudnya, setiap tube Flavettes mengandungi 15 effervescent tablet orange.


Dari segi pengambilan (Dosage), Flavettes ini hanyalah sesuai untuk orang dewasa. Hanya perlu ambil 1 tablet sehari. Caranya mudah je, korang just ambil 1 tablet dan dissolve dalam separuh gelas atau segelas air kosong. Rasanya memang sedap, sebab tablet ni dapat menghasilkan minuman berperisa oren. Sebaik-baiknya, minumlah selepas makan. Kalau bulan puasa macam sekarang, korang boleh minum selepas makan sahur.

2. Champs

Kalau untuk orang dewasa kita ada Flavettes, jangan risau untuk kanak-kanak Duopharma Biotech Berhad menyediakan Champs. Sama seperti Falvettes, tablet ini berperisa oren. Setiap tablet Champs mengandungi ascorbic acid (vitamin C) 250g dan zinc 5mg. Satu box Champs mengandungi 15 Tablets Effervescent.


Supplement kesihatan untuk kanak-kanak seperti Champs ini juga perlu dikawal dari segi pengambilannya (dosage). Untuk Champs, ia sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 4 sehingga 12 tahun dengan pengambilan 1 tablet sehari. Sama juga dengan Flavettes, 1 tablet Champs perlu dilarutkan ke dalam half atau segelas air untuk dijadikan minuman berperisa oren. Paling baik, minum lah selepas makan. Aku beli ni nak bagi anak-anak buah try. Biasanya dorang makan vitamin yang tablet macam gula-gula tu. This time nak bagi dorang try yang ni pula untuk di minum. Korang pun bolehlah beli untuk anak-anak cuba.

3. PROVITON Multivits CoQ10

Then, aku ada PROVITON Multivits CoQ10 plus. Untuk satu botol PROVITON, ia mengandungi 90 softgel capsule. Produk ni pulak memang bagus untuk dijadikan supplement kesihatan. Hanya perlu makan 1 kapsul softgel sekali sehari sahaja.  Sebaik-bailnya makan pada waktu pagi selepas breakfast. Maksudnya, sebotol PROVITON ni sempatlah bertahan sehingga 3 bulan.


Ingredients yang terkandung dalam PROVITON pula adalah Ginseng seperti Panax Ginseng C. A. Meyer, Ginseng IDB, CoQ10 (coenzyme Q10), Lysine inositol lecithin. In short, PROVITON ni mengandungi multivitamins & minerals untuk kesihatan tubuh badan. Biasanya, banyak produk di luar sana menggunakan gelatin dari sumber  Boverns yang tidak halal untuk dijadikan capsul softgel untuk supplement seperti ini. Bagusnya tentang produk PROVITON, ia menggunakan gelatin dari sumber Boverns yang halal. So, jangan risau dan bimbang untuk makan produk dari Duopharma Biotech Berhad. Disahkan halal dan dijamin selamat!


4. Uphamol 650

Kadang-kadang, aku ni selalu sakit kepala. Especially bila stress atau terkenal hujan time balik kerja. Jadi, Uphamol 650 adalah antara ubat yang sentiasa perlu ada untuk melegakan sakit kepala. Paling best, bila makan Uphamol 650, dengan 1 tablet sahaja dah dapat melegakan sakit kepala.


Setiap box Uphamol 650 mengandungi 2 papan tablets. 1 papan ada 10 tablets. So, kalau beli 1 box ni, dapat lah 20 tablets. Uphamol 650 ni mengandungi acetaminophen (paracetamol) 650mg. Cuma korang kena ingat, bila dah makan Uphamol 650 ni, korang dinasihatkan agar tak ambil ubat lain yang mengandungi paracetamol pada masa yang sama.



Uphamol 650 ni sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Hanya perlu ambil 1 tablet untuk setiap 4-6 jam. Tapi ingat, jangan ambil lebih 6 tablets untuk sehari. Kalau nampak tak jadi juga, sila berjumpa doktor. Jangan terus makan ubat sampai overdose pulak. 


5. Eye Glo

Produk seterusnya yang paling penting untuk ada dalam simpanan peribadi adalah Eye Glo. Aku pakai cermin mata hampir setiap masa. Then, hari-hari duk menghadap laptop dan skrin telefon. Memang akan rasa perit mata dan pedih-pedih.


Cara paling mudah untuk jaga kesihatan mata adalah dengan menggunakan Eye Glo iaitu produk eye drops. Ia dapat membersih dan melegakan kerengsaan mata. 1 botol Eye Glo mengandungi 10ml. 


Cara nak guna pun mudah. Korang hanya perlu apply 2-3 titis untuk sebelah mata lebih kurang 3-4 kali sehari atau bila perlu. Seriously, lepas titik je dalam mata, automatic mata akan rasa fresh! 



Inilah antara 5 produk yang perlu ada untuk penjagaan kesihatan sendiri dan keluarga. Bila kita bercakap soal produk perubatan yang Halal, jangan ragu-ragu untuk pilih produk dari Duopharmal Biotech Berhad. Selain membekalkan produk peubatan yang dijamin halal, semua produk juga disahkan oleh CCM.


Selaku pengguna Muslim, kita memang alert soal halal dan haram. In fact, tak semua produk perubatan atau supplement yang ada di pasaran sekarang adalah halal. Jadi, untuk mengelakkan daripada syubhah, pilihlah produk yang diyakini halal. Contohnya, produk yang dijual oleh Duopharma Biotech Berhad di farmasi-farmasi yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut tentang Duopharma Biotech Berhad, korang boleh check website berikut:

Duopharma Biotech Berhad



Kenapa pilih Duopharma Biotech Berhad?


  1. Produk yang diyakini halal dan selamat
  2. Trusted brands yang menawarkan pelbagai produk ubat-ubatan dan supplements
  3. Halal supplier dan merupakan preferred partner untuk halal pharma products di seluruh dunia
  4. Produk yang ditawarkan mencapai piawaian dan standard yang telah ditetapkan seperti kebersihan, keselamatan, sijil halal dari Kementerian Kesihatan, JAKIM dan Sijil Halal Malaysia
  5. Produk Halal yang bermanfaat untuk Muslim dan juga non-Muslim
  6. Memberi kesedaran dan promosi tentang halal pharmaceutical products kepada pengguna
  7. Meningkatkan kualiti hidup pengguna untuk jangka masa panjang dengan membekalkan pelbagai jenis ubat-ubatan dan supplements untuk semua peringkat umur
realme C2 mendapat sokongan padu dan menggalakkan daripada rakyat Malaysia pada ‘realme Day’. Sebanyak 1000 unit realm C2 dijual pada 5 Ogos 2019 sahaja bersempena dengan Jualan Shopee Brands Festival.


Shopee Brands Festival dan realme Day diadakan untuk meraikan bulan Merdeka. Dengan kerjasama antara realme Malaysia dan Shopee Malaysia, ia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau ‘realme Day’ pada 5 Ogos 2019. Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realme C2 telah berjaya dijual. Paling menakjubkan, 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja.


"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana senantiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan. Kami yakin bahawa realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar. Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia”

Tiffany Teh, 
Brand Manager, 
realme Malaysia. 


Rakyat Malaysia berpeluang untuk membeli telefon pintar realm C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349. 50 orang pelanggan pertama layak menerima kad SD dan barang ‘merchandise’ realme. 


"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian (online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka hanya dari rumah mereka. Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran. Ianya dihantar secara percuma. Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta, sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau ‘realme Day’. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realm mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka, "

Marianne Chuo, 
Marketing Lead, 
Shopee Malaysia. 


Sesuatu yang amat membanggakan buat realme di mana mereka berjaya mencatat jualan sebanyak 500 unit realme C2 dalam masa 30 minit dengan harga serendah RM349. Sungguh memberangsangkan! 


realme Day atau Hari realme lebih dikenali dengan ‘realme Day’ diadakan sempena dengan Shopee Brands Festival. Ianya berlangsung sehingga 18 Ogos 2019 di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik. 


Pelanggan bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran mereka semasa ‘Shocking Sale’. Caranya mudah saja, dapatkan baucar Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih. Pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100% dan penghantaran secara percuma. 

Tertakluk kepada terma dan syarat. 


Untuk mengetahui tentang promosi terkini dan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan realme, sila layari http://bit.ly/realmeshp.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...