20 LAGU KARAOKE PALING POPULAR 2016 | ANUGERAH K-20 RED BOX 2016

/
0 Comments
Siapa sini kaki karaoke? Tak kira lah kaki karaoke jamban ke, kaki karaoke di dapur ke, atau kaki karaoke di pusat-pusat karaoke. Semua sama je. Mesti korang ada lagu-lagu favorite untuk korang nyanyi kan? Maksudnya, kalau orang suruh nyanyi, bagi mikrofon je, hah dah ada dalam kepala nak nyanyi lagu apa. Kalau aku, aku suka nyanyi lagu Aizat Amdan. Walupun, hakikatnya suara macam katak, hahahaha. Hampeh betul. Korang pula, apa lagu favorite kalau pergi karaoke? Cuba share :)


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang 20 lagu karaoke paling popular 2016. Sebenarnya, senarai 20 lagu ni aku ambil dari senarai 20 pemenang Anugerah K-20 Red Box 2016 yang telah menyenaraikan 20 lagu popular yang menjadi pilihan ramai di pusat Karaoke Red Box seluruh Malaysia meliputi Reb Box, Green Box dan Red Box PLUS. Agak-agak, ada tak lagu favorite korang dalam list nanti? Cekidout!!!




Bertempat di aras 5, Red Box Plus Karaoke, Pavilion KL, Kumpulan Karaoke Red Box sekali lagi telah menganjurkan acara tahunan bagi meraikan pengamal media, syarikat rakaman dan rakaniaga yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan mereka sejak 2001. Antarta barisan artis yang turut hadir ke Malam Apresiasi Media 2017 & Anugerah K-20 tersebut pada malam itu adalah Aiman Tino, Sandra, Syamel dan Hyper Act.




Sudah menjadi tradisi, sempena Media Appreciation Night di Red Box PLUS, Pavilion setiap tahun, acara yang paling mendapat tumpuan adalah Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 atau dikenali sebagai Anugerah K-20. Penganjuran yang menonjolkan satu lagi keunikan Kumpulan Karaoke Red Box berbanding pusat karaoke lain di Malaysia ini menampilkan Mr. Michael Yong selaku Ketua Pegawai Operasi, Grand Surf Sdn. Bhd untuk menyampaikan anugerah kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang mewakili 10 Lagu Karaoke Inggeris Popular dan 10 Lagu Karaoke Melayu Popular untuk tahun 2016.




Majlis turut menyaksikan pelancaran poskad “Raikan Raya – Hantar Kad Ucapan Untuk Yang Tersayang Sambil Menderma”, sebuah projek amal dalam membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan #iAMFaithmen Movement. Fokus kali ini adalah institusi warga emas di seluruh Malaysia. Perasmian dibuat oleh Mr. Michael Yong bersama Pengasas #iAMFAITHMEN, Faizal Tahir, dan penaja utama kempen tersebut yang diwakili Pengasas Awang Brand, En. Sheikh Ahmad Shukor. Melalui jualan poskad (berserta setem) pada harga RM5 di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS karaoke, setiap RM3 akan didermakan kepada dana terbabit. Jadi, korang minat kumpul poskad atau menghantar poskad kepada teman-teman, bolehlah turut membeli poskad Raikan Raya dari Red Box sambil menderma.




Tak lengkap majlis tanpa diserikan dengan aktiviti berkaraoke, makan malam, dan cabutan bertuah yang menawarkan LED TV, Telefon Pintar Berjenama, Set Hamper, Bagasi, Peralatan Elektronik Rumah, Baucar dan banyak lagi. Fuuuuh, memang penuh debaran tunggu siapakan yang bertuah untuk membawa pulang Grand Prize Lucky Draw dari Red Box kali ini iaitu sebuah TV LCD. Jeng jeng jeng.




Antara muka-muka yang memeriahkan Malam Apresiasi Media 2017 di Red Box PLUS, Pavilion KL tak lain tak bukan rakan-rakan bloggers dari +Projek Travel dan editor terunggul di Malaysia iaitu Shahir dari Majalah Maskulin. Antara kami, cuba teka siapa yang bakal membawa hadiah cabutan bertuah? hahahahaha


Hah, sebelum itu meh kita tengok siapakah yang mengungguli carta K-20 untuk tahun 2016. Antara 10 lagu Inggeris dan 10 lagu Melayu, lagu manakah yang paling mendapat permintaan tinggi di pusat karaoke Red Box sepanjang tahun 2016. 


 

ANUGERAH K-20


Carta 20 Karaoke 2016 atau lebih dikenali sebagai K-20 adalah senarai lagu-lagu yang paling banyak diputar di kesemua pusat karaoke Red Box di seluruh Malaysia merangkumi Red Box, Green Box dan Red Box PLUS sejak awal Januari hingga akhir Disember 2016. K20 Red Box menyenaraikan 10 lagu paling popular Inggeris dan 10 lagu paling popular Melayu. Mereka diberi penganugerahan khas sempena Malam Appresiasi Media 2017 (Media Appreciation Night 2017) 


Semoga dengan pengiktirafan seumpama ini, ia akan diterima baik oleh penggiat seni hiburan tanahair, sekaligus menyuntik semangat baru untuk mereka terus menghasilkan karya yang bukan sahaja berkualiti, malah ‘karaoke friendly’


CARTA KARAOKE INGGERIS POPULAR 2016


R. CITY FEAT. ADAM LEVINE 
LOCKED AWAY 
SONY MUSIC

JUSTIN BIEBER 
LOVE YOURSELF 
UNIVERSAL MUSIC

RACHEL PLATTEN 
FIGHT SONG 
SONY MUSIC

ALAN WALKER 
FADED 
SONY MUSIC

DRAKE 
HOTLINE BLING 
UNIVERSAL MUSIC

LUKAS GRAHAM 
7 YEARS 
WARNER MUSIC

SHAWN MENDES 
STITCHES 
UNIVERSAL MUSIC

COLDPLAY FEAT. BEYONCE 
HYMN FOR THE WEEKEND 
WARNER MUSIC

LITTLE MIX FEAT. JASON DERULO 
SECRET LOVE SONG 
SONY MUSIC

CHARLIE PUTH 
ONE CALL AWAY 
WARNER MUSIC


CARTA KARAOKE MELAYU POPULAR 2016


ELIZABETH TAN & FAIZAL TAHIR
SETIA 
WARNER MUSIC

AKIM & THE MAJISTRET 
POTRET 
MEASAT BROADCAST

SYAMEL 
HIDUP DALAM MATI 
MEASAT BROADCAST

PROJECTOR BAND 
SUDAH KU TAHU 
MAP MUSIC

CITA CITATA 
PERAWAN ATAU JANDA 
TROPIC JAYA

SANDRA 
HEY! KAU 
INDIGITAL MUSIC

ESTRANGED & FAZURA 
HANCUR AKU 
UNIVERSAL MUSIC

KHALIFAH 
HANG PI MANA 
MVM MUSIC

AIMAN TINO 
KURELA DIBENCI 
ARIES MUSIC

HYPER ACT 
TAKKAN PERGI 
RUSA MUSIC




Usai majlis Anugerah K-20, inilah masa yang dinanti-nantikan oleh semua. Jeng jeng jeng, siapakah yang bertuah untuk membawa pulang hadiah lucky draw. Apapun, alhamdulillah. Sangkut juga satu hadiah untuk aku bawa pulang iaitu hadiah tajaan dari Julie's. Wow, stock biskut untuk sebulan. Terima kasih Julie's dan Red Box. Apapun, tahniah kepada semua yang bertuah dan dapat bawa pulang hadiah masing-masing. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih eh. Cuba lagi next year, kah3.




Btw, terima kasih banyak-banyak kepada Aje dan Red Box untuk jemputan ke Majlis Apresiasi Media 2017 kali ini. Semoga Red Box semakin maju dan sukses! Kepada korang yang nak tengok kemeriahan sepanjang event berlangsung, jangan lupa untuk check hashtag #RedBoxKaraokeMalaysia #RedBoxMediaNight2017 di instagram dan Facebook.



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...