S.O.S BBQ BURGER MARRYBROWN MEMANG SEDAP!

Weekend dan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) berpisah tiada! Itu lah rutin mingguan aku sekarang. Dah penat kerja, weekend adalah masa yang paling best nak happykan diri. Dan perkara yang aku prefer adalah food hunting. Korang boleh tengok IGTV: Food Series yang aku share di IG untuk tengok tempat-tempat makan yang aku dah terjah. Untuk episod terbaru, aku terjah Marrybrown Citta Mall untuk try menu terbaru. Nak tahu apa? Jom, cekidout!

 

Untuk kali ini, Marrybrown mempertaruhkan menu baru mereka iaitu S.O.S (SENSASI OHSEM SMOKEY) BBQ. Antara menu utama yang dihidangkan untuk set S.O.S BBQ adalah Burger dan Drummets. Paling utama, hero dalam cerita ni adalah sos BBQ yang sensasi, ohsem dan smokey! S.O.S BBQ Meals sudahpun ada di outlet-outlet Marrybrown seluruh Malaysia bermula 21 Ogos 2020 sehingga 5 Oktober 2020. So guys, jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri. Limited time only!


Selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown tak pernah berhenti untuk terus-menerus memenuhi citarasa berjuta rakyat Malaysia dengan hidangan enak. Untuk kali ini, mereka tampil dengan hidangan Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals. Apa yang special tentang sos BBQ dari Marrybrown adalah dari segi keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa iaitu manis dan smokey yang sempurna. Sos BBQ ini dihidangkan bersama dengan sajian charcoal burger dan juga drumettes yang empuk!



Hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown menawarkan tiga kombo berbeza. Antara pilihan yang ditawarkan adalah S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal. Kedua-dua hidangan ala-carte ini akan dihidangkan bersama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup berserta minuman Coca-Cola. Untuk korang yang nak rasa kedua-dua hidangan pada satu harga, korang boleh pilih set kombo ketiga. Bagi aku, set ini adalah pilihan terbaik iaitu S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken yang disukai ramai, Potato Wedges dan minuman Coca-Cola. Pendek kata, complete set!


Dari segi harga pula, bagi aku ia cukup berpatutan dengan rasa yang ditawarkan. Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola. Untuk harga bagi setiap set kombo, korang boleh refer poster yang aku sertakan dalam artikel ini.




Bagi pendapat aku sendiri yang dah try menu terbaru dari Marrybrown iaitu S.O.S BBQ Meals, aku berpuas hati dengan kualiti hidangan dan rasa yang ditawarkan. Aku dah try Burger dan juga Drummets. Personally, aku lebih prefer untuk repeat order burger. Bagi aku, gandingan burger dan sos BBQ Marrybrown cukup serasi dan sedap!



Kalau korang suka makan ayam especially Drummets, aku cadangkan korang order set Drummets. Kombinasi ayam yang disaluti dengan sos BBQ memang sedap, ala-ala Korean Chicken. Kalau nak try Drummets dan juga burger, better korang order set kombo, S.O.S BBQ BOX!



Jujurnya, aku suka sangat dengan S.O.S BBQ Burger ni. First, sebab guna charcoal bun yang sangat lembut. Then, kepingan ayam yang rangup, salad yang segar dan ditambah pula dengan sos BBQ istimewa. Memang perfect! Hidangan sedap macam ni, semestinya akan membuatkan aku untuk repeat dan makan lagi. So guys, kalau korang tak percaya, korang boleh pergi try sendri. Selamat mencuba!


Untuk pengetahuan korang semua, Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. Sempena dengan pelancaran menu terbaru Marrybrown, jom kita dengar apa kata orang kuat Marrybrown tentang komitmen mereka terhadap pelanggan.

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat."
“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”
“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” 

Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown 


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran (delivery), korang boleh layari website atau laman sosial media Marrybrown:

Facebook: 

Instagram: 

Youtube: 

Delivery: 

Post a Comment

1 Comments