ATSKY DAMANSARA: TEMPAT GEMPAK, HARGA MAMAK!

Biasa kalau orang ajak pergi tempat makan yang baru dibuka, especially restoran yang viral dan grand, mesti kita rasa gerun kan? Bukan apa, takut "poket rabak". Biasanya kalau tempat eksklusif, ada konsep rooftop pulak tu dan ada menyediakan Western Food, biasanya mesti harga kayangan. Betul tak? Jadi, bila orang duk bersembang pasal ATSKY Damansara, aku tak ambil peduli.


Betullah orang kata, "Tak kenal maka tak cinta". Bila member ajak pergi lepak makan-makan dan celebrate birthday di ATSKY Damansara, so aku pun ON je lah. Suprisingly, memang aku suka dengan ambiance di ATSKY. Tempat selesa, ada persembahan dari buskers, happening, makanan banyak pilihan yang sedap-sedap dan paling penting harga yang berpatutan. Pendek kata, aku boleh simpulkan ATSKY adalah restoran yang menawarkan tempat gempak, harga mamak! Mesti korang tak percaya kan? Meh, aku share serba-sedikit pengalaman aku sendiri berkunjung ke ATSKY Damansara. 


ATSKY Damansara


Bila kau sampai tempat macam ni, sah-sah korang rasa tempat ni eksklusif dan mahal. Betul tak? But, don't worry guys, tempat ni memang eksklusif, makanan 5 bintang tapi dari segi harga memang terbukti harga kedai mamak. Bukan aku saja yang cakap macam ni, kalau korang tak percaya, korang boleh search di sosial media. Dah ramai orang share pasal tempat ni. Rata-rata netizen yang berkunjung ke sana berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke ATSKY di Kota Damansara bagi feedback positif. 

Dine Chill Event - Level 3A


Dari segi ambiance ataupun tempat makan, jujurnya memang selesa. Dengan rekaan suasana yang modern dan eksklusif, ada gabungan dua ruang makan yang berhawa dingin dan ada juga ruang terbuka. Bagi aku, ruang terbuka di rooftop ATSKY ni memang sesuai untuk kita hangout dan chill out dengan family dan member-member. Selain itu, ATSKY sangat sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat samaada untuk bersantai, makan bersama keluarga, menyambut hari keraian termasuk majlis hari jadi ataupun keraian besar seperti kenduri kahwin. Ohsem kan?

Ruang makan berhawa dingin

Kaunter bayaran

Ruang makan terbuka (rooftop)


Apa yang lebih menarik, walaupun dengan rekaan tempat yang sangat eksklusif bertaraf 5 bintang serta menyajikan juadah istimewa daripada chef-chef berpengalaman yang juga dari hotel-hotel terkemuka.  But, don't worry! ATSKY menawarkan pelbagai menu. Sebut saja nak makan apa, ada makanan barat (western food) mahupun makanan tempatan (local dish) pada harga yang sangat berpatutan. Macam aku cakap tadi, harga dia memang harga standard 'kedai mamak'. Cuma, korang akan dapat value yang ektra sebab ambiance dia best. Jadi, korang tidak perlu bimbang untuk berbelanja makan di ATSKY, pastinya ia menjanjikan pengalaman yang berbeza dan bermakna. Jom, kita tengok antara menu yang ada di ATSKY!


Lamb Chop (RM24.90)

Tenderloin Slice Steak (RM29.90)


Grilled Chicken (RM15.90)

Buttermilk Chicken with Rice (RM11.90)

Price range harga makanan bermula dari RM4.90 dan minuman bermula serendah RM1.80


Btw, aku try Lamb Chop. Memang sedap dan harga cuma RM24.90. Berbaloi dengan rasa dan portion yang aku dapat. Next time, kalau pergi lagi lepak dengan member-member ke ATSKY, aku teringin nak try YOUYU Beef Steak. Anyone? Jom!


Selain daripada menu-menu yang kami try malam tu, actually banyak lagi menu-menu lain yang ada. Antara menu signature di ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak'. Kalau di restoran-restoran mewah ataupun di hotel lima bintang, pastinya kalau cerita pasal Western Food ia cukup sinonim dengan Wagyu. Memandangkan di ATSKY ni nak ketengahkan konsep mampu milik, jadi mereka menawarkan YOUYU Beef Steak. Rata-rata yang telah mencuba dan merasai sendiri YOUYU Beef Steak di ATSKY mengakui ia memiliki rasa yang setanding daging Wagyu iaitu daging yang paling bernilai di dunia. Jadi, kalau korang nak makan steak yang sedap di ATSKY, boleh la cuba order YOUYU Beef Steak dengan harga yang di tawarkan 5 kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan Wagyu. Personally, aku pun teringin nak try YOUYU Beef Steak di ATSKY next time.


Mesti korang pelik kan, kenapa tempat best macam ni, makanan sedap tapi harga agak murah berbanding tempat-tempat grand yang lain? Nah, ni aku bagi jawapan daripada orang kuat ATKSY Damansara sendiri.

"Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan-rakan menegur harga yang ditawarkan adalah murah dibandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi".

Pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan

Bersama En Ezart Rahman


"Pengunjung dapat merasai pengalaman makanan eksklusif "Di Langit" sambil menjamu halwa telinga nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends setiap hari pada waktu malam. Selain itu pengunjung juga dapat berkaraoke secara percuma."

Pengurus Pemasaran ATSKY, En. Ezart Rahman


Satu benda yang best bila aku makan di ATSKY, kita akan dihiburkan oleh Buskers Cakial & Friends. Selain menyanyi lagu-lagu yang sedap didengar dengan suara yang lemak merdu, mereka juga akan menyanyikan lagu birthday untuk para pengunjung yang celebrate birthday. So guys, kalau korang ada plan nak buat surprise birthday someone di ATSKY, korang boleh la plan untuk datang ke sini. Highly recommended! 


Kalau korang nak lepak dengan member-member pulak, korang boleh reserve tempat untuk ramai-ramai dan boleh guna fasiliti untuk karaoke secara percuma. Hah, mesti ramai yang kaki karok kat sini kan? Good news, it's FREE! 


Ruang karaoke PERCUMA!


Ada yang tanya, kena book dulu ke kalau nak datang sini? Actually, korang boleh je nak walk-in. Tapi, kalau korang malas nak menunggu atau nak datang in a big group, alu cadangkan better korang book dulu untuk buat reservation. Untuk pengetahuan korang, ATSKY dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh PKPP. InshaAllah, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi selepas kebenaran diberikan selepas pandemik nanti. Doa-doakan semoga semuanya pulih ye. Yang datang ATSKY, make sure korang follow SOP dan pakai mask. Ingat, enjoy-enjoy juga, chill-chill juga, tapi kesihatan diri paling utama!


ATSKY - Tempat gempak, harga mamak!


Overall, aku happy datang sini. Aku cadangkan kalau korang nak buat surprise party atau event, korang boleh pertimbangkan untuk buat di ATSKY. Kami pun buat surprise party malam tu untuk birthday Jasmeen iaitu anak kepada rakan blogger, Afzal SukaSuki. Memang happening. Korang boleh tengok video kami kat sini > Birthday Celebration at ATSKY Damansara!


Apapun, kalau korang nak pergi try sendiri pengalaman makan di rooftop ATSKY Damansara, korang boleh rujuk alamat kat bawah ni. Actually, landmark ATSKY ni terletak bersebelahan dengan Giant Kota Damansara. Nak mudah, korang waze je. Konpem sampai ke parking lot ATSKY! Then, ambil lift untuk naik ke Level 3A. Apapun, selamat mencuba!


ATSKY
Roof Garden, Tingkat 3A, 
Dataran Cascades, PJ

INSTAGRAM

FACEBOOK

Post a Comment

2 Comments

  1. Youyu? Mcm wajib try ni... Kalau dah kata setanding dengan wagyu 🤔🤔

    ReplyDelete
  2. nampak mewah tempatnya,cantik ni kalau wat candle light dinner eh hahahha

    ReplyDelete