EGG-STRA PADU SALTED EGG ISTIMEWA DARI MARRYBROWN

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) dikuatkuasakan, jujurnya aku jarang makan kat luar. Apatah lagi nak makan fast food. Jadi, rutin harian aku biasanya akan masak sendiri di rumah. Tak pun, kalau malas sangat, aku akan tapau makanan dari kafe di kawasan rumah. Tetapi, bila selalu makan masakan sendiri, sometimes we get bored! Teringin nak makan macam-macam especially fast food.



Jadi, bila Marrybrown ada keluarkan menu terbaru iaitu hidangan Egg-stra Padu Salted Egg yang berasaskan telur masin, memang aku jadi "egg-sited"! Dah la lama tak makan fast food, ada pulak menu favorite yang baru keluar. Jadi, tak nak lepaskan peluang, aku nak jadi antara orang yang terawal try menu ni. Biasanya, kalau aku review makanan, orang akan tanya, "Sedap ke tak?", "Berbaloi ke tak?" dan macam-macam lagi. Di kesempatan ini, aku nak share pengalaman aku sendiri menikmati hidangan terbaru berasaskan telur masin dari Marrybrown. 


Okey, sebelum aku bagi feedback pasal rasa dan sebagainya, aku nak share dulu menu baru yang ditawarkan oleh Marrybrown. Dalam sajian Egg-stra Padu Salted Egg ni, Marrybrown mempertaruhkan dua hidangan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken. Antrara burger dan ayam goreng, korang prefer yang mana?


Untuk promosi Telur Masin (Egg-stra Padu Salted Egg), set Salted Egg Burger akan dihidangkan bersama ubi kentang manakala set Salted Egg Ayam akan dihidangkan bersama kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini dihidangkan dengan sos Telur Masin Marrybrown yang diperkaya dengan gabungan rempah ratus istimewa bersama daun kari yang beraroma. Aku yakin, sos telur masin dari Marrybrown sesuai dengan cita rasa orang tempat an. Sebab, aku sendiri pun suka! Memang rasa telur masin yang sebenar. No regret and worth to try!

Salted Egg Ayam
Harga dari RM15.90 (2 pcs) dan RM18.80 (3 pcs)

Salted Egg Burger
Harga dari RM15.00

Berbaloi ke tak? Bagi aku, sangat sangat berbaloi. Paling penting, rasa dia sedap. Untuk pengetahuan korang, harga untuk hidangan Egg-stra Padu Salted Egg di Marrybrown boleh didapati pada harga bermula dari RM15.00. Kedua-dua hidangan kombo ini juga dihidangkan bersama minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea. Memang kombinasi yang perfect! 


Mesti korang nak tahu kan? Apa komen aku pasal kedua-dua menu ni? Jujurnya, aku dah try kedua-dua menu ni. Burger aku dah try, Ayam pun aku dah try. Dua-dua sedap! Satu yang aku dapat jamin kat sini, sos telur masin (Salted Egg) di Marrybrown sangat sedap. Sos dia pekat dan ada rasa sedikit spicy. Jadi, bila korang makan, tak muak. Rasa telur masin yang sebenar tu ada. Bukan artificial flavor. Paling penting, sos Salted Egg special ni dihidangkan bersama ayam goreng yang rangup ataupun dengan kepingan isi ayam yang rangup untuk set burger. Memang Padu!

Pada pendapat aku, personally aku rasa Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia. Macam aku sendiri, aku memang suka apa jua sajian yang menggunakan Telur Masin. Sedap tak terkata weh! So, kalau ada menu baru yang di pasaran berasaskan Salted Egg, memang aku akan pergi try. Aku rasa, korang kat luar sana pun sama kan? Kalau ada menu berasaskan salted egg, mesti rasa nak try! Btw, untuk menjawab persoalan mana satu pilihan peribadi aku antara burger atau ayam goreng? Aku prefer Burger. Bila makan burger salted egg ni, setiap gigitan tu memang umphh! Allahu, nikmatnya tak terkata. Tapi, kalau korang suka ayam goreng, boleh je nak try dua-dua sekali. 



Biasanya, kalau menu baru yang keluar di restoran fast food macam ni, kalau sedap memang aku akan repeat beli. Mujurlah sekarang outlet Marrybrown dah dekat dengan rumah. Bolehlah aku repeat beli Burger Salted Egg Marrybrown nanti, hehe. Untuk pengetahuan korang, outlet baru Marrybrown di Q Avenue, Sri Permiasuri, Cheras kini telah dibuka. Jadi, hello orang-orang Sri Permaisuri, Cheras. Nanti, boleh la kita pakat gi try Egg-stra Padu Salted Egg ni ye. Jom!


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan, korang boleh kunjungi website atau follow Marrybrown di laman sosial media mereka seperti berikut:

Website:

Facebook: 

Instagram: 

Youtube: 

Delivery: 

Post a Comment

0 Comments