Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Macam mana raya korang? Untuk yang tak dapat balik beraya di kampung macam aku, bersabar lah ye. Sama-sama kita timba pengalaman baru. Apa aktiviti korang sepanjang cuti raya ni memandangkan tak dapat menziarah ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan? Untuk aku, memang aku spend time di dapur. Buat menu-menu favorite kalau balik beraya di kampung. Untuk tengok menu yang dah aku buat, korang boleh follow hashtag #DapurPB di media sosial.


Apapun, untuk perkongsian kali ini. Aku nak share 2 resipi ringkas menggunakan Kismis California. Actually, ini first time aku buat Puding Roti. Jadi, alang-alang dah berjaya buat dengan hasil yang yummeh, aku nak share kat sini buat kenang-kenangan. Untuk sesiapa yang nak try buat Puding Roti, hah boleh lah refer resipi ni. Serious, memang cepat, mudah dan sedap! Paling penting, menu berkhasiat.


Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastard


Bahan-bahan Puding Roti Kismis California
  • 4 sudu besar Kismis California
  • 2 sudu makan mentega dicairkan
  • 8 keping roti sandwich
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan Sos Kastard
  • Susu segar 400 ml
  • Air 50 ml
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan tepung Kastard (larutkan dalam air) 


Cara Penyediaan Puding Roti
  1. Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
  2. Tambah 3 biji telur
  3. Masukkan mentega yang dicairkan
  4. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
  5. Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
  6. Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
  7. Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
  8. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
  9. Taburkan Kismis California
  10. Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard
  1. Tuangkan susu segar
  2. Masukkan air
  3. Tambah gula 
  4. Tambah larutkan tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
  5. Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Kalau nak lagi sedap, korang boleh letak Puding Roti Kismis California dan Sos Kastard tadi dalam peti. Puding Roti Kismis California dan Sos Kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat. Memang sedap!




Resipi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California 


Bahan-bahan Sos Buah Mangga dan Kismis California
  • 3 sudu besar Kismis California
  • 1 biji mangga dipotong kiub
  • ½ biji mangga pureed

Bahan-bahan Dadih
  • 2 cawan air
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 1 litre susu segar
  • 3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih
  1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
  2. Masukkan susu segar dan gula
  3. Apabila sudah mendidih tutup api 
  4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
  5. Masukkan ke dalam peti ais 
Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
  1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
  2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib
Dadih yang sudah mengeras dan sejuk siap-sedia untuk dihidangkan. Korang hanya perlu tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Hidangan ini memang sedap untuk dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi. 

Jom Raya Secara Sihat

Semenjak raya ni kan, aku dah makan macam-macam benda. Korang pun mesti sama kan? Jadi, di kesempatan ini juga aku nak berkongsi tentang tips raya secara sihat. Perkongsian ini istimewa dari dietitian iaitu Nurul Aziah Musa. Jom sama-sama kita baca dan ambil sedikit-sebanyak ilmu utnuk sama-sama kita amalkan.


Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang sihat.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak 
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam 
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula
Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga.  Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.


Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan


Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.


Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.  Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, korang boleh berkunjung ke website dan facebook Kismis California. 

Website:

Facebook:

Makan Secara Sihat, Resipi Kehidupan Sihat!
Pejam celik, pejam celik dah setengah bulan kita berpuasa di bulan Ramadan. Cepat betul kan masa berlalu? Kadang-kadang tu, buntu juga la duk fikir nak masak apa hari-hari untuk berbuka puasa dan sahur. Sekali-sekala, kita gantung kuali dan order makanan dari luar. Hari tu ada ternampak set promosi dari Marrybrown. Asalnya nak beli set Nasi Lemak je. Tapi, bila tegok set MB Berbaloi Puasa Family Meals lagi murah, terus order yang Set B. Memang puas hati dan berbaloi-baloi!


Untuk Family Meals Set B ni, actually hidangan ni sesuai untuk 5 hingga 6 orang. Memandangkan kami berbuka puasa bertiga, jadi boleh lah simpan yang lebih untuk sahur sekali. Harga pula memang berbaloi, hanya RM49.90. Sekali dengan caj penghantaran guna Grab Food, lebih kurang RM20 la seoarang. Murah dan jimat kan? Kualiti makanan pun panas-panas lagi bila rider sampai dalam jam 6:30 petang. Yang penting sedap!


Okey, mungkin ada yang tak percaya. "Betul ke, murah sangat tu?" Nak suruh korang percaya, ini bukan promo biasa-biasa, nah aku siap snap gambar dan share kat sini. Antara menu yang ada dalam Family Meals Set B yang aku order adalah 2 set Nasi Lemak, 5 ketul Ayam Goreng, 12 ketul nugget, 1 Cheesy Wedges, 2 set Ubi Kentang dan 1 botol Coca-cola. Hah, berbaloi ke tidak?


Paling best, set Nasi Lemak Marrybrown siap ada Ayam Goreng seketul untuk setiap set. Dan sambal Nasi Lemak tu memang sedap. Aku suka! Nasi Lemak dia bukan biasa-biasa, siap cukup lengkap dengan timun batang, kacang goreng, ikan bilis goreng dan papadom. Memang puas hati. Lepas la gian aku nak makan Nasi Lemak tadi, hahaha. Alhamdulillah! 


Ayam Goreng pun garing dan sedap. Kalau bab Ayam Goreng ni, aku memang suka bahagian Drumstick dan Thigh. Kalau dapat Ayam Goreng macam ni, memang makan tak padang orang sebelah la, hahaha. Memang nikmat. Oh, lepas berbuka actually memang ada lebih Ayam Goreng ni. Jadi, kami simpan untuk makan untuk sahur. Tak membazir! Beli untuk berbuka dan simpan untuk sahur sekali. Settle!


Jadi, di kesempatan ini aku nak share secara details tentang MB Berbaloi Puasa Family Meals kepada readers kat luar sana. Mana tahu, hari-hari duk masak, boring jugak kan? Sekali-sekala kena la relax-relax, order makan kat luar. Dan mungkin, korang boleh consider untuk order menu-menu dari Marrybrown. Apa lagi menu yang ada? Jom, check it out!

Family Meals 

Set Promosi MB Family Meals adalah untuk ‘delivery’ dan juga ‘take away'

Set Berbaloi A (2 – 3 pax) 
Harga dari RM24.90

Set Berbaloi B (5 – 6 pax)
Harga dari RM49.90

Set Berbaloi C (8 – 10 pax)
Harga dari RM79.90


Buy 1 Free 1 

Untuk Promosi Buy 1 Free 1, hanya untuk ‘take away’ sahaja

Bubur Ayam MB

Cheesy Wedges

6 pcs Chicken Nuggets

Chicken Sausage Burger

Mushroom Soup


Istimewa Ramadan 

 2 set MB Combo Meals 

Hanya RM20 sahaja dan Promosi ini untuk ‘delivery’

Nasi Lemak MB Combo x2 @RM20

MB Hotouch Burger Combo x2 @RM20

MB Lucky Plate Combo x2 @RM22

Kalau korang nak order, boleh la order sepanja
ng bulan Ramadan ni. Promosi ini hanya berlangsung dari 27 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Dan, promosi ini memang special untuk walk-in (take-away) dan juga delivery melalui beberapa aplikasi seperti Grabfood dan juga FoodPanda. Apa tunggu lagi, jom order!



Untuk maklumat lanjut dan check outlet MB berdekatan korang, boleh klik link di bawah:

IG: 

FB: 

Website: 

Delivery: 
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Walaupun tahun ini Ramadan disambut dengan cara yang berbeza, semua kena duduk rumah dan patuh dengan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), tiada terawih di surau/masjid, tiada Bazar Ramadan dan tiada bufet Ramadan, tapi percayalah. Keadaan hari ini semestinya akan menjadi sejarah dan kenangan paling istimewa dalam hidup kita. Yang penting, stay home & stay safe! 


Memandangkan nak keluar pun susah, jadi kebanyakan orang dah start masuk dapur dan masak sendiri. Dah jadi satu fenomena tak kira untuk si isteri, si suami mahupun si bujang untuk tunjuk skills memasak masing-masing di dapur. Sampai ada tertubuhnya group di Facebook seperti "Masak Apa Tak Jadi Hari Ni" dan "Suami Masak Apa Hari Ini?". Personally, bagi aku ini adalah satu budaya yang bagus. Survival skills iaitu memasak yang patut ada untuk setiap individu tak kira jantina mahupun peringkat umur. Aku sendiri pun aktif berkongsi menu-menu yang aku masak di Instagram dan YouTube untuk segmen #DapurPB. At least, time terdesak macam sekarang kita boleh belajar masak dan cuba sesuatu yang baru. 


Jadi, untuk perkongsian hari ini aku nak share satu resipi ringkas, cepat dan sedap sempena bulan Ramadan. Paling istimewa, resipi kali adalah hasil perkongsian daripada Cik Rushda Adiba Ismail iaitu Pakar Dietitian dari KPJ Damansara. Actually, ada 2 menu. Tapi, aku baru try 1 menu yang telah dicadangkan iaitu Sup Sayur Dengan Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes). 


Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resipi kali ini, kita guna U.S. Russet Potatoes kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S. sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama dapat membekalkan tenaga dan nutrien penting untuk keperluan tubuh badan kita.


Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)

Masa Penyediaan: 15 minit 
Bilangan Sajian: 3 orang
Masa Memasak: 20 minit

Bahan-bahan:
  • 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu 
  • ½ batang lobak merah, dipotong panjang
  • 1 biji tomato, dipotong 4
  • Bunga kobis
  • Sawi
  • 300 gram isi ayam, potong kecil
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam


Bahan menumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
  • 3 biji buah pelaga 

Bahan ditumbuk atau kisar:
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia dihidang.

Untuk korang yang rasa nak makan light-light, maybe korang boleh try satu lagi resipi mudah iaitu Baked Potatoes. 


Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis

Masa Penyediaan: 20 minit 
Bilangan Sajian: 4 orang
Masa Memasak: 45 minit

Bahan-bahan:
  • 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar) 
  • Garam
  • Keju Mozarela
  • Brokoli potong kecil, stim
  • Minyak masak

Untuk inti:
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 50 gram ikan bilis
  • 2 sudu makan asam jawa
  • Secubit garam/gula

Cara-cara Penyediaan:
  1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
  2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
  3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
Untuk inti:
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
  3. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
  4. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  6. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
  7. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
  8. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
  9. Taburkan keju mozarela.
  10. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚C
  11. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.

Dalam banyak-banyak bahan, kenapa pilih Ubi Kentang? Selain dari resipi berasaskan Ubi Kentang, Cik Rushda Adiba Ismail juga ada berkongsi tentang fakta nutrien, tips pemakanan sihat di bulan Ramadan dan tips penjagaan kesihatan terutama sekali dalam mendepani musuh yang kita tak nampak iaitu virus corona (COVID-19). Jom sama-sama kita baca dan amalkan. Semoga bermanfaat! 



Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.



Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak COVID19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara kita stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan.


Tips Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan

Ketika bulan suci Ramadan menjelang, inilah masanya untuk kita tingkatkan amalan seperti bersolat, refleksi diri dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga. Selama sebulan ini, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul sebab badan kita mengalami perubahan semasa berpuasa.

Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yang sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.
  1. Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serbaguna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
  2. Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik di dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
  3. Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.

Lagipun, kita amat bertuah kerana dapat belajar daripada pakar diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail mengenai khasiat dan perincian nutrien. Terima kasih kerana sudi berkongsi 2 resipi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Untuk mengetahui lebih terperinci tentang Kentang A.S, korang boleh kunjungi laman Web rasmi U.S. Potatoes www.uspotatogoodness.com.my


Tahukah anda? Di bulan Ramadan, sebenarnya tubuh badan kita kena berdeoan dengan perubahan waktu makan. Hari biasa Mungkin kita makan tiga kali sehari. Tetapi di bulan Ramadan, cuma 2 kali iaitu waktu Sahur dan Iftar (berbuka puasa) yang menjadi waktu makan utama. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga yang mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.

Antara tips pemakanan yang penting untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadan adalah seperti berikut:
  1. Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
  2. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
  3. Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
  4. Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.

Akhir sekali, jangan lupa jaga diri, jaga pemakanan dan jaga kesihatan. Take care and stay safe! Sama-sama kita doakan semoga wabak COVID19 ini akan diangkat dari muka bumi ini secepat mungkin. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...