RESIPI SUP SAYUR DENGAN UBI KENTANG A.S. (U.S. POTATOES)

/
0 Comments
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Walaupun tahun ini Ramadan disambut dengan cara yang berbeza, semua kena duduk rumah dan patuh dengan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), tiada terawih di surau/masjid, tiada Bazar Ramadan dan tiada bufet Ramadan, tapi percayalah. Keadaan hari ini semestinya akan menjadi sejarah dan kenangan paling istimewa dalam hidup kita. Yang penting, stay home & stay safe! 


Memandangkan nak keluar pun susah, jadi kebanyakan orang dah start masuk dapur dan masak sendiri. Dah jadi satu fenomena tak kira untuk si isteri, si suami mahupun si bujang untuk tunjuk skills memasak masing-masing di dapur. Sampai ada tertubuhnya group di Facebook seperti "Masak Apa Tak Jadi Hari Ni" dan "Suami Masak Apa Hari Ini?". Personally, bagi aku ini adalah satu budaya yang bagus. Survival skills iaitu memasak yang patut ada untuk setiap individu tak kira jantina mahupun peringkat umur. Aku sendiri pun aktif berkongsi menu-menu yang aku masak di Instagram dan YouTube untuk segmen #DapurPB. At least, time terdesak macam sekarang kita boleh belajar masak dan cuba sesuatu yang baru. 


Jadi, untuk perkongsian hari ini aku nak share satu resipi ringkas, cepat dan sedap sempena bulan Ramadan. Paling istimewa, resipi kali adalah hasil perkongsian daripada Cik Rushda Adiba Ismail iaitu Pakar Dietitian dari KPJ Damansara. Actually, ada 2 menu. Tapi, aku baru try 1 menu yang telah dicadangkan iaitu Sup Sayur Dengan Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes). 


Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resipi kali ini, kita guna U.S. Russet Potatoes kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S. sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama dapat membekalkan tenaga dan nutrien penting untuk keperluan tubuh badan kita.


Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)

Masa Penyediaan: 15 minit 
Bilangan Sajian: 3 orang
Masa Memasak: 20 minit

Bahan-bahan:
  • 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu 
  • ½ batang lobak merah, dipotong panjang
  • 1 biji tomato, dipotong 4
  • Bunga kobis
  • Sawi
  • 300 gram isi ayam, potong kecil
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam


Bahan menumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
  • 3 biji buah pelaga 

Bahan ditumbuk atau kisar:
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia dihidang.

Untuk korang yang rasa nak makan light-light, maybe korang boleh try satu lagi resipi mudah iaitu Baked Potatoes. 


Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis

Masa Penyediaan: 20 minit 
Bilangan Sajian: 4 orang
Masa Memasak: 45 minit

Bahan-bahan:
  • 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar) 
  • Garam
  • Keju Mozarela
  • Brokoli potong kecil, stim
  • Minyak masak

Untuk inti:
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 50 gram ikan bilis
  • 2 sudu makan asam jawa
  • Secubit garam/gula

Cara-cara Penyediaan:
  1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
  2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
  3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
Untuk inti:
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
  3. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
  4. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  6. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
  7. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
  8. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
  9. Taburkan keju mozarela.
  10. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚C
  11. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.

Dalam banyak-banyak bahan, kenapa pilih Ubi Kentang? Selain dari resipi berasaskan Ubi Kentang, Cik Rushda Adiba Ismail juga ada berkongsi tentang fakta nutrien, tips pemakanan sihat di bulan Ramadan dan tips penjagaan kesihatan terutama sekali dalam mendepani musuh yang kita tak nampak iaitu virus corona (COVID-19). Jom sama-sama kita baca dan amalkan. Semoga bermanfaat! 



Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.



Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak COVID19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara kita stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan.


Tips Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan

Ketika bulan suci Ramadan menjelang, inilah masanya untuk kita tingkatkan amalan seperti bersolat, refleksi diri dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga. Selama sebulan ini, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul sebab badan kita mengalami perubahan semasa berpuasa.

Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yang sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.
  1. Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serbaguna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
  2. Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik di dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
  3. Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.

Lagipun, kita amat bertuah kerana dapat belajar daripada pakar diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail mengenai khasiat dan perincian nutrien. Terima kasih kerana sudi berkongsi 2 resipi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Untuk mengetahui lebih terperinci tentang Kentang A.S, korang boleh kunjungi laman Web rasmi U.S. Potatoes www.uspotatogoodness.com.my


Tahukah anda? Di bulan Ramadan, sebenarnya tubuh badan kita kena berdeoan dengan perubahan waktu makan. Hari biasa Mungkin kita makan tiga kali sehari. Tetapi di bulan Ramadan, cuma 2 kali iaitu waktu Sahur dan Iftar (berbuka puasa) yang menjadi waktu makan utama. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga yang mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.

Antara tips pemakanan yang penting untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadan adalah seperti berikut:
  1. Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
  2. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
  3. Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
  4. Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.

Akhir sekali, jangan lupa jaga diri, jaga pemakanan dan jaga kesihatan. Take care and stay safe! Sama-sama kita doakan semoga wabak COVID19 ini akan diangkat dari muka bumi ini secepat mungkin. Amin


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...