WAJIB SINGGAH DI KELANTAN : ROTI TITAB, KOPITIAM KITA

/
11 Comments
Bila orang tahu aku orang Kelantan, first topik yang keluar dari mulut dorang adalah, "makanan kat sana best-best, murah pulak tuh". Lepas tu, masing-masing duk cerita pergi makan situ, sana, sini. Soalan yang paling gabra aku nak jawab, nak tahu apa? Bila dorang start tanya, "pernah pergi tak makan situ?". "Apa lagi tempat makan best kat sana eh?". Alamak! Apa nak jawab kalau aku sendiri tak pernah pergi try, hahahaha. Kalau korang orang Kelantan dan mengalami simptom yang sama macam aku, don't worry. You're not alone! kah3


Lagi parah, bila officemate ramai yang suka pergi Kelantan. Sampai ada sorang brader ni, setiap tahun wajib cuti seminggu pergi bawak anak bini ronda-ronda pantai timur dan singgah di Kelantan. Bila dia tanya, "pernah makan roti titab di Kopitiam Kita?", "Dah try teh tarik madu Pak Mat Pulau Pisang?", "Sup Kepala ikan kat Warung Pak Mat dah try?". Fuh, aku surrender!Dia pulak ajar kita nak makan apa dan nak makan kat mana. Adoyai. Impressive!  




So, untuk mengelakkan soalan yang sama datang terjah, balik kampung baru-baru ni aku sempatlah try breakfast di Kopitiam Kita. Ini lah ye Kopitiam Kita yang orang luar duk cakap-cakap tu? Finally! Sampai juga akhirnya aku ke sini. Touched down je di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, on the way nak balik  ke Melor tu, singgah la makan di Kopitiam Kita kejap. Eksited molek nok oyak bui :)


Alamat: 
Kopitiam Kita, Taman Desa Jaya,
4357-A, Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan


Untuk korang yang first time datang Kota Bharu, Kelantan ataupun first time nak singgah sini. Kopitiam Kita adalah antara salah satu tempat yang korang wajib singgah especially untuk breakfast. Lokasi Kopitiam Kita kat mana? Boleh refer alamat kat atas tu haa. Kalau susah-susah sangat, korang search je guna waze. Gerenti sampai.


Breakfast di Kopitiam Kita


Jangan panik, kalau korang sampai di Kopitiam Kita tiba-tiba nampak penuh dan tak ada seat. Normal lah tu. Kalau dah namanya tempat tersohor, terkenal pulak dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Kelantan, maka bertabahlah tunggu turn. Kalau Pulau Pinang terkenal dengan roti canai dan roti bakar di Transfer Road, apa yang aku boleh katakan Kota Bharu terkenal dengan Roti Titab di Kopitiam Kita.

Roti Titab di Kopitam Kita

Jujurnya, inilah first time aku try Roti Titab. Sebelum ni asyik duk tengok orang post gambar di sosial media je. Fuh, bila dah ada depan mata tu. Ngap ngap ngap tanpa banyak cakap. Pada pendapat aku, gabungan roti bakar, telur goyang dan kaya sangat superb! Tak dapat imagine sebelum ni rasa telur masak separuh (telur goyang) makan dengan kaya macam mana rasanya. Tapi, bila dah try sendiri, perghhhh. Padu!


Milo Ais - Nasi Tumpang - Roti Titab


Selain Roti Titab, kat Kopitiam Kita ni macam-macam lagi ada. Kalau nak breakfast di Kota Bharu, Kelantan, Kopitiam Kita adalah antara tempat terbaik. Sebut saja nak makan apa, semuanya ada. Nasi tumpang, Nasi Air Dingin, Nasi Berlauk, Nasi Impit, Satay dan macam-macam lagi. Patutlah selalu ramai kat sini. Rupa-rupanya, macam-macam ada.


Jadi, untuk korang yang plan nak ke Kota Bharu, apa kata masukkan Kopitiam Kita dalam list korang. Alang-alang dah sampai tu, bolehlah pekena Roti Titab. Sedih kan? Dah nak habis 2016, tapi aku baru makan Roti Titab dan singgah makan di Kopitiam Kita, wakakaka. Balik next time, nak pi try teh tarik madu dan sup kepala ikan Pak Mat Pulau Pisang la pulak, hehe. Jom!


You may also like

11 comments:

  1. nasib baik aku ore Besut..dok makey lagi roti titab ni, dok sero ralat sgt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupo kawe la boh. Mula-mula tengok macam pelik. Dey makan sekali, eh buleh kiro, hahahaha. Gi KB semula-semual, kena gi try tuh

      Delete
  2. Menyesal bace blog u malam2, buat lapar je.. kene dtg kelantan laa pasni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, kena pergi la Kelantan nanti ye.
      Pi try sendiri baru best :-)

      Delete
  3. roti titab tu nampak menyelerakan..huhuh

    ReplyDelete
  4. Kalo makan sekali nak lg. Sampai arini duk terbayang2 rasa dia. Mmg sedap

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Siapa pun meniaga, pasti dah akan kaya. Lagi-lagi kalau dah sedap

      Delete
  6. Saya baru ni gi Kota Bharu, cari tempat ni .. alhamdulillah, rupanya depan apartment je ... best makan breakfast kat Kopitiam Kita ni, macam2 pilihan ada. Saya suka Nasi Dagang tu, emak saya yang sebelum ni macam tak minat masakan Kelantan pun puji kesedapan Nasi Dagang.

    Tapi mak saya tak suka Roti Titab ni...haha. Saya dan anak-anak ok je. Dua kali saya dengan isteri makan di sini. Harga walaupun ada kata agak mahal, tetapi bagi saya, okaylah dengan rasanya yang sedap.

    Ada gak saya tulis pasal Roti Titab Kopitiam Kita ni kat blog.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...