TRAVEL MEWAH ATAU TRAVEL MURAH? SEMUA ADA DI TOURISTGUIDE.COM.MY

/
2 Comments
Setiap orang mengimpikan percutian yang hebat. Tak kira untuk seorang diri, bersama keluarga mahupun bersama sahabat handai. Namun, tak semua destinasi percutian yang diidam-idamkan dapat dicapai dengan mudah. Ada yang perlukan masa bertahun-tahun, ada pula yang hanya perlukan perancangan sekelip mata. Persoalannya, cukupkah bajet (sumber kewangan) yang ada dalam merealisasikan destinasi percutian yang dihajati?


Rentetan daripada kekangan yang timbul bila kita berbicara soal percutian atau travel, maka wujudlah satu platform khas untuk kaki travel merealisasikan impian mereka. Mencari pakej travel mewah? Atau mencari pakej travel murah? Atau kedua--duanya, semuanya bakal terjawab di TouristGuide.com.my


Tanggal 24 November 2016, maka dengan rasminya website TouristGuide.com.my dilancarkan. Dengan kehadiran dif-dif kehormat dari Tourism Malaysia, artis undangan iaitu Akim Ahmad, rakan media dan bloggers, detik bersejarah pelancaran website rasmi TouristGuide.com.my berlangsung dengan gilang-gemilang dan jayanya. Kudos to Team Tourist Guide. Finally, after 5 years berhempas-pulas membangunkan Tourist Guide, kini sudah tiba masanya untuk mereka mengorak langkah ke hadapan seiring dengan trend terkini iaitu pemasaran atas talian (online).


Westin Hotel Kuala Lumpur menjadi saksi majlis bersejarah pelancaran TouristGuide.com.my. Kini, dengan rasminya website yang menyediakan perkhidmatan seperti booking hotel, booking flight dan pakej percutian ke destinasi terbaik dunia dalam satu platform dibuka untuk akses kepada umum.



Dengan pendaftaran secara percuma, ahli TouristGuide.com.my boleh menikmati tawaran hebat termasuklah diskaun sehingga 75% ke destinasi pilihan. Selain itu, ahli berdaftar boleh mengumpul mata ganjaran untuk menebus percutian secara percuma. Amazing right? Jadi, better pergi daftar cepat-cepat. Lagi awal korang register, lagi cepat dapat collect point dan berpeluang untuk tebus percutian percuma. Kalau masih ragu-ragu, boleh baca 12 fakta menarik mengenai TouristGuide.com.my untuk bantu korang lebih faham tentang konsep yang cuba diketengahkan.


12 Fakta Mengenai TouristGuide.com.my
  1. TouristGuide.com.my mula ditubuhkan sejak tahun 2011
  2. Memilih perkhidmatan online tourism dan travelers club sebagai core business
  3. Misi utama adalah untuk membina jaringan terbesar di dunia untuk traveler dean moto "Build World's Largest Travel Network"
  4. Fokus utama adalah dalam bidang pelancongan melibatkan destinasi tempatan dan luar negara
  5. Memperkenalkan pendaftaran keahlian Travel Club tanpa sebarang bayaran (Free membership)
  6. Bekerjasama dengan syarikan penerbangan (airlines), hotel dan tour operators di Malaysia dan serata dunia
  7. Menyediakan platform khas untuk memberikan tawaran hebat termasuklah hotel booking, flight booking, travel packages dan lain-lain perkhidmatan berkaitan pelancongan (tourism)
  8. Setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam jaringan (network) khas dan berpeluag untuk mengumpul mata ganjaran (points) untuk menikmati pakej percutian pada harga yang berpatutan, lebih murah dan percuma mengikut terma dan syarat
  9. Menyajikan tawaran hebat (travel deals) dengan diskaun sehingga 75%
  10. Mensasarkan pendaftaran ahli sebanyak 100,000 orang di Malysia sebelum melebarkan sayap ke luar negara
  11. TouristGuide.com.my adalah jaringan sosial traveler (network hierarchy) yang tidak memerlukan ahli berdaftar untuk mencari ahli baru seperti MLM
  12. Life-time membership dan setiap ahli berdaftar layak untuk mengumpul mata ganjaran bagi menebus percutian percuma 


Pengenalan Tentang TouristGuide.com.my




Maskot TouristGuide.com.my


Sempena pelancaran TouristGuide.com.my, mereka juga telah memperkenalkan maskot untuk Tourist Guide. Wow, memang menarik character yang mereka tampilkan.



Agak-agaklah kan, apa nama yang sesuai untuk 2 maskot yang diperkenalkan oleh pihak TouristGuide.com.my ni? Dengar cerita, mereka masih belum bagi nama untuk maskot ni. Apa kata korang tolong suggest, hehehehe.

By the way, sekarang ini pihak TouristGuide.com.my ada mempromosikan beberapa pakej istimewa dengan harga gila-gila murah. Masih tak ada plan untuk kalendar travel next year? Jom, kita usha-usha pakej hebat yang ditawarkan buat masa ini. Cekidout!!!


Pakej Percutian Murah Dari TouristGuide.com.my

Pakej ke Kerala

Pakej ke Hong Kong

Pakej ke Mauritius

Pakej ke Maldives

Pakej ke Taj Mahal


Jujurnya, aku teringin nak ke India. Cumanya, belum tentu destinasi mana yang patut dikunjungi dulu. Ye lah, India kan besar. Banyak tempat menarik untuk dilawati di India termasuklah Taj Mahal, Kerala, Ladakh danc lain-lain. I think, this is the best time to search for my next destination. Hopefully, everything goes well. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak pengurusan TouristGuide.com.my di alamat seperti berikut:

Infinity Vacation Sdn. Bhd. (1141826-T)
Suite A-25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Toll Free:
1800-38-3338

Direct line:
+603-87342802

Email:
contact@touristguide.com.my

Website:

Instagram:

Facebook:


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...