duluKINI Pavilion Bukit Jalil Ketengahkan Konsep "A True Malaysian Story"


Pavilion Bukit Jalil kini dibuka kepada umum. First time pergi time weekend beberapa minggu lalu, memang terkesima. Pavilion Bukit Jalil ni jauh lagi besar berbanding Pavilion Bukit Bintang. Buat masa ni, dah ada outlet yang telah dibuka kepada umum. Walaupun banyak lagi lot-lot kedai belum beroperasi dan belum dibuka, aku dapat rasakan Pavilion Bukit Jalil ni akan menjadi tumpuan orang ramai dengan manawarkan brand-brand hebat kepada pengunjung. Alang-alang dah sampai, aku pun tak lepaskan peluang untuk ronda-ronda. Salah satu outlet yang mencuri perhatian aku adalah duluKINI iaitu outlet yang menampilkan "A True Malaysian Story". 

duluKINI terletak di Lot 2.57 - 2.63 di Level 2, Pavilion Bukit Jalil. duluKINI merangkumi 7 retails lot dengan keluasan 5500 kaki persegi. Luas kan? Boleh bayangkan tak aku habiskan masa lebih kurang 2 jam untuk cuci mata di duluKINI. Dengan tagline, "Malaysian-inspired, Malaysian-Designed, Malaysian-Made", konsep yang diketengahkan oleh duluKINI ni sangat dekat di hati. Pendek kata, pertama kali melangkah masuk ke duluKINI, terus terimbau segala kenangan manis zaman kanak-kanak dulu di kampung halaman. Ronda satu kedai ibarat kita merentasi masa lampau, bring back all good old day memories. 

Apa yang menarik di duluKINI? Macam-macam ada terutama sekali produk kraftangan Malaysia, perabot dan peralatan rumah (home deco), batik (fashion), cenderahati (gifts & souvenirs), peralatan dapur, permainan tradisional, aneka jenis kopi, popular childhood snacks dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang rambang mata kalau masuk ke duluSINI sebab kesemua produk yang ada memang unik, menarik dan nostalgik!

Personally, aku boleh duduk dalam duluKINI berjam-jam. Selain banyak produk yang menarik perhatian especially barang dapur dan barang untuk dekorasi rumah, paling best sebab set-up dan interior design duluKINI ni sangat cantik. Memang sesuai untuk OOTD dan snap gambar buat kenang-kenangan. Dah rasa macam berada di rumah lama, penuh barang-barang antik dan kraftangan.

Kalau tengok barang-barang yang ada, mesti kita akan auto-flashback kenangan dulu-dulu. Dengan hanya tengok bekas air panas yang sama dengan yang ada di rumah nenek kita dulu, terus terimbau memori lama. Cuba korang tengok, apa barang-barang yang pernah ada di rumah korang dulu-dulu. Mesti ada yang pernah tengok kan?

Selain itu, terdapat pelbagai jenis permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, lastik dan gasing yang sangat popular dimainkan zaman dulu-dulu. Ye lah, zaman kita dulu mana ada gajet seperti budak-budak zaman sekarang seperti smartphone, tab dan laptop. Inilah antara permainan yang kita ada untuk isi masa lapang dan berhibur bersama kawan-kawan. Bila masuk duluKINI, nampak segala jenis permainan tradisional dulu-dulu. Aku selalu main congkak dan gasing time kecik-kecik. Apa pula permainan favorite korang?

Jadi, kalau korang nak expose anak-anak dengan permainan tradisional atau barang-barang antik dan kraftangan Malaysia, aku syorkan korang bawa anak-anak ke duluKINI Pavilion Bukit Jalil. Sambil jalan-jalan makan angin, sambil-sambil belajar tentang adat dan budaya Malaysia. duluKINI ibarat muzium moden yang terletak dalam shopping mall baru yang gah. Jadi, tak salah untuk kita tinjau dan teroka "A True Malaysian Story" di sebalik concept store yang futuristik dan mewah ini.

Satu lagi tarikan yang ada di duluKINI adalah bahagian fashion. Kat sini menampilkan pelbagai jenis produk berasaskan batik seperti kemeja batik, kebaya, handbag, cheongsam, songket dan macam-macam lagi. Terdapat pelabagai jenis warna, corak dan pattern yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. Sama ada untuk diri sendiri ataupu untuk dijadikan hadiah, koleksi di duluKINI sangat berkualiti. Cenderahati berasaskan batik pun ada jual.

Untuk orang yang suka deko rumah, nak mencari barang-barang aestathic untuk jadikan kediaman lebih menarik, di duluKINI ada menawarkan pelbagai jenis produk seperti lesung, bekas telur ayam, dulang, produk-produk anyaman, tikar mengkuang dan macam-macam lagi perabot berasaskan kayu dan rotan. Bukan itu sahaja, duluKINI juga ada menawarkan tudung saji, bakul-bakul anyaman dan banyak lagi.

Banyak betul barang-barang yang menarik di pandangan mata kat sini. Sampai tengok dulang dan senduk pun rasa nak beli. Produk yang diperbuat berasaskan kayu, tempurung kelapa dan rotan ni memang cantik. Nampak klasik, tapi cantik. 

Mungkin ada yang minat kumpul mangkuk tingkat, kat sini pun banyak dijual. Macam-macam warna dan design ada. Bukan itu sahaja, botol garam dan botol serbuk lada sulah pun banyak yang cantik-cantik. Semua benda yang tengok pun rasa berkenan nak beli. 

Oh lagi satu, untuk peminat kopi, duluKINI juga ada menawarkan pelbagai jenis kopi dari serata negeri. Kopi dari 13 negeri termasuk kopi popular seperti kopi Tenom ada di duluKINI. Jadi, tak perlu pergi jauh-jauh untuk dapatkan kopi favorite korang, hanya perlu ke duluKINI untuk dapatkan semua jenis kopi yang ada.

Selain kopi, macam-macam jenis makanan zaman dulu-dulu juga ada di duluKINI. Antara yang mencuri perhatian aku adalah gula-gula asam boi, biskut ubat nyamuk dan kacang tumbuk. Klaau korang teringin sebab dah lama tak makan kan, boleh la pergi beli sini. Pendek kata, apa yang ada dulu, still ada zaman sekarang. Hanya di duluKINI!


Contest Snap & Win

Untuk korang yang merancang untuk ke Pavilion Bukit Jalil, jangan lupa untuk singgah di duluKINI dan sertai contest Snap & Win. Yang penting, snap gambar dengan kreatif dan korang berpeluang untuk memenangi voucher bernilai RM100. 

  1. Snap gambar dengan kreatif
  2. Post di instagram/facebook dengan hashtag #duluKINISnapandWin dan tag @duluKINIMalaysia
  3. Contest bermula pada 24 Disermber sehingga 31 Disember 2021
  4. Set profile IG/FB anda kepada tetapan umum (public)
  5. 10 penyertaan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang voucher RM100


Promosi duluKINI

Sempena dengan Year End Sales, duluKINI mengadakan promosi bermula 26 Disember 2021 dan akan berkahir pada 2 Januari 2022. Beli Songket Print Tote pada harga RM19.90 dengan pembelian minimum RM180 dalam satu resit (sementara stok masih ada). Selain itu, dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit, korang boleh beli Kopi dengan harga RM5 sahaja.

Sempena Year End Sales jugak, sekarang ni ada diskaun 10% storewide dan extra 10% discount untuk selected items. Apa tunggu lagi? Kalau korang ada aim nak beli apa-apa produk di duluKINI, ini lah masanya. Promosi berakhir pada 2 Januari 2022. Cuti awal tahun tak tahu nak pergi mana, boleh la pergi ke duluKINI.

Untuk maklumat lanjut tentang duluKINI dan promosi terkini, korang boleh rujuk di laman sosial media duluKINI seperti Facebook dan Instagram. Check it out!

Facebook:

Instagram:

Lokasi:
Level 2, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments