OGAWA Concept Store MidValley Megamall Kini Dibuka!

Sebut saja kerusi urut (massage chair), dah tentu jenama OGAWA yang akan terpacul di benak fikiran kita. OGAWA sangat sinonim dengan teknologi kerusi urut yang moden dan canggih.  Bayangkan, tengah sakit urat duduk lama di kerusi time work from home (WFH). Syiok kan kalau dapat duduk sekejap, chill and relax atas kerusi urut OGAWA macam ni? Fuh, mesti release dan lega dari segala lenguh-lenguh dan sengal-sengal otot. Macam mana nak tahu kerusi urut mana satu yang best? Mudah je, cara yang paling cepat dan simple adalah dengan berkunjung ke outlet OGAWA yang berdekatan.

Kalau korang berada di sekitar Klang Valley, korang boleh try pergi ke OGAWA Concept Store MidValley Megamall. Pembukaan semula OGAWA Concept Store di MidValley Megamall adalah tarikan terbaru terutama sekali kepada semua pengunjung yang mencari kelainan. OGAWA Concept Store menampilkan konsep yang lebih selesa, canggih dan futuristik. Paling menarik, OGAWA menampilkan hibrid teknologi pintar dengan menawarkan pengalaman gaya hidup yang lebih menarik.


Dengan konsep hibrid teknologi, setiap elemen terperinci di setiap inci concept store dan jenama OGAWA diterjemahkan kepada persekitaran membeli-belah yang lebih kondusif, futuristik dan moden. Konsep inovatif seumpama ini sekaligus akan meningkatkan pengalaman para pengunjung semasa mencari mesin urut yang berkualiti tinggi.


OGAWA Concept Store menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai untuk masyarakat moden masa kini. Dengan nilai estetika yang ditampilkan dalam tatarias setiap ruang dan identiti jenama logo yang dipertingkatkan, OGAWA Concept Store mencipta satu transformasi baru yang mengintegrasikan kedua-dua kehidupan pintar dan pengalaman runcit fizikal yang memberikan suasana “Smart Living” 


Reka bentuk dalaman OGAWA Concept Store ini menggabungkan warna rose gold dan putih sebagai warna utama yang dipadankan dengan warna coklat kayu bagi memberikan mood yang tenang dan harmoni. Pencahayaan di setiap ruang juga menyerlahkan lagi kualiti produk OGAWA yang dipamerkan. Bahagian dinding yang direka secara membulat menjadikan ruang di dalam kedai nampak lebih luas. Selain itu, susunan kerusi urut OGAWA yang disusun secara teratur dan rapi dengan jarak yang bersesuaian memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk berinteraksi secara langsung dengan consultant OGAWA dan seterusnya mencuba sendiri produk tersebut. Paling ketara, perubahan logo OGAWA yang diberi nafas baru yang ditukarkan daripada warna hijau kepada warna putih.


“Selepas pertimbangan dan penyelidikan yang teliti, kami menghasilkan reka bentuk dan konsep dalaman baharu yang melambangkan kemodenan dan inovasi - elemen utama yang menyampaikan misi dan orientasi kami sebagai peneraju inovator kesihatan global, sambil kekal berpegang teguh pada reputasi kami yang sentiasa menginovasi teknologi kesihatan. dan produk untuk meningkatkan gaya hidup orang di seluruh dunia, untuk hari ini dan juga esok.

“Kami mahu pelanggan kami menikmati kehidupan yang menyenangkan, maju dan sihat apabila mereka berada dalam keselesaan rumah mereka sendiri, tetapi juga dengan mudah menyepadukan dengan gaya hidup pintar yang (hampir) setiap isi rumah Malaysia wujudkan. Oleh itu, bukannya konsep runcit biasa, kami mencipta persekitaran yang selesa lagi futuristik di mana apabila mereka melangkah masuk ke kedai kami, ia akan berasa seperti di rumah sendiri.”

Datuk Lim Mee Ling, 
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia


Bahagian kaunter untuk Customer Service (Khidmat Pelanggan) juga telah dinaik taraf. Nampak lebih mewah dan gah. Paling mencuri perhatian, OGAWA Concept Store menyediakan satu bahagian VVIP eksklusif didedikasikan khas untuk pelanggan setia OGAWA. Alang-alang dah sampai sini, sempat juga merasai kecanggihan produk OGAWA Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk penyelesaian kesihatan yang luas dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Penjejak Kesihatan dan Pengimbas™, dengan kuasa automatik AI.


Memang best giler, siap ada penganalisis yang menggunakan algoritma untuk mengumpul dan mengurus data untuk menyesuaikan kerusi urut ini dengan senarai penyelesaian yang disyorkan dan diprogramkan bagi menyasarkan kawasan masalah kita dengan tepat. Teknologi AI pula membolehkan kerusi urut ini dikawal dengan hanya menggunakan suara (voice recognition). Hanya dengan command "Hello OGAWA. Start Massage", kerusi urut ini automatik akan mula berfungsi. Dengan command "Stop Massage" sekaligus akan menjadikan kerusi urut berhenti berfungsi.


Jadi, kalau korang berkunjung ke MidValley Megamall, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman hebat ini di OGAWA Concept Store yang berada di tingkat 2. Selain produk kerusi urut, pelbagai produk mesin urut dan barang elektronik berteknologi tinggi ada ditawarkan di sini. Paling best, sekarang ni ada promosi sempena Krismas dengan harga diskaun sehingga 50%.


Alang-alang dah masuk OGAWA Concept Store, tak lengkap kalau tak rasai sendiri pengalaman menggunakan kerusi urut dengan teknologi canggih. Tengoklah, ramai betul yang menikmati pengalaman istimewa duduk relax dan chill di kerusi urut OGAWA. Aku sendiri pun tak lepaskan peluang untuk try beberapa jenis kerusi urut yang ada. Fuh, memang ohsem. Rasa macam nak angkut je satu bawa balik rumah. 



Ada yang tengah plan nak dapatkan kerusi urut OGAWA untuk mak ayah kat kampung ke? Atau nak bagi kejutan untuk orang tersayang? Sempena pembukaan semula outlet, OGAWA menawarkan jualan eksklusif Krismas. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50% dengan pelan 0% sehingga 68 bulan. Hanya di cawangan OGAWA. Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Store atau promosi terkini, korang boleh layari https://www.ogawaworld.net/

Post a Comment

0 Comments