Header Ads Widget

Tarikh Cuti Umum Malaysia 2022

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua pembaca blog penaberkala.com. Semoga tahun baru ini jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seperti biasa, masuk je tahun baru mesti kita tercari-cari "tarikh cuti umum 2022" dan mungkin juga ada yang tak sabar nak tengok "tarikh cuti panjang untuk tahun 2022". Bukan apa, dengan info yang kita ada, at least kita dapat merancang denga lebih awal bila nak ambil cuti, bila nak balik kampung dan bila nak habiskan cuti yang kita "carry forward" dari tahun lepas sebelum "expired". Jadi, untuk perkongsian kali ini, jom kita kita tengok tarikh cuti umum Malaysia untuk tahun 2022 dan cadangan tarikh untuk kita apply cuti sempena cuti umum atau cuti perayaan. Semoga bermanfaat!


Tarikh Cuti Umum Malaysia 2022

Januari 2022

1 Jan (Sabtu): Tahun Baru 2022
Kecuali Kelantan, Kedah, Perlis, Johor dan Terengganu

14 Jan (Jumaat): Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan
Negeri Sembilan

18 Jan (Selasa): Thaipusam
Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor

19 Jan (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah

Februari 2022

1 Feb (Selasa): Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

1 Feb (Selasa): Chinese New Year
Semua Negeri

2 Feb (Rabu): Chinese New Year
Kecuali Terengganu & Kelantan

Mac 2022

1 Mac (Selasa): Israk dan Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu & Perlis

4 Mac (Jumaat): Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu

23 Mac (Rabu): Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor

April 2022

3 Apr (Ahad): Awal Ramadan
Johor, Kedah, Melaka

15 Apr (Jumaat): Good Friday
Sabah & Sarawak

15 Apr (Jumaat): Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah
Melaka

19 Apr (Selasa): Nuzul al-Quran
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu

26 Apr (Selasa): Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu

Mei 2022

1 Mei (Ahad): Hari Pekerja
Semua negeri

3 Mei (Selasa): Hari Raya Aidilfitri
Semua negeri

4 Mei (Rabu): Hari Raya Aidilfitri
Semua negeri

17 Mei (Selasa): Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis
Perlis

30 Mei (Sabtu): Pesta Keamatan / Pesta Menuai
Sabah & Labuan

31 Mei (Ahad): Pesta Keamatan / Pesta Menuai
Sabah & Labuan

Jun 2022

1 Jun (Rabu): Hari Gawai Dayak
Sarawak

2 Jun (Khamis): Hari Gawai Dayak
Sarawak

6 Jun (Isnin): Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong
Semua Negeri

19 Jun (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah

Julai 2022

9 Jul (Sabtu): Hari Ulangtahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang

10 Jul (Ahad): Hari Raya Aidil Adha
Semua Negeri

11 Jul (Isnin): Hari Raya Aidil Adha
Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis

22 Jul (Jumaat): Hari Kemerdekaan Sarawak
Sarawak

30 Jul (Sabtu): Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang

30 Jul (Sabtu): Awal Muharam
Semua Negeri

Ogos 2022

24 Ogos (Rabu): Hari Ulangtahun Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka

31 Ogos (Rabu): Hari Kebangsaan
Semua negeri

September 2022

3 Sep (Sabtu): Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor

16 Sep (Rabu): Hari Malaysia
Semua negeri

Oktober 2022

1 Okt (Sabtu): Hari Ulangtahun Yang di-Pertua Negeri Sabah
Sabah

8 Okt (Sabtu): Hari Ulangtahun Yang di-Pertu Negeri Sarawak
Sarawak

9 Okt (Ahad): Maulidur Rasul
Semua negeri

24 Okt (Isnin): Deepavali
Kecuali Sarawak

November 2022

4 Nov (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak

11 Nov (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan

12 Nov (Sabtu): Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan

Disember 2022

11 Dis (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor

25 Dis (Ahad): Krismas
Semua negeri

Cadangan Cuti Panjang 2022

Untuk mereka yang merancang untuk balik kampung atau travel, cadangan tarikh cuti ini amat penting untuk perancangan awal. Especially untuk cuti panjang sempena cuti umum. Jadi, untuk kita manfaatkan cuti hujung minggu dan cuti umum yang lebih panjang, boleh cuba apply cuti pada tarikh-tarikh seperti yang dicadangkan. Boleh rujuk box warna biru untuk cadangan apply cuti antara cuti hujung minggu dan cuti umum. Setidak-tidaknya, kita dapat bercuti dengan lebih panjang dan manfaatkan masa bersama keluarga terutama untuk mereka yang terpaksa travel jauh untuk pulang ke kampung halaman. 

 

Kalau korang masih ada banyak cuti "carry forward" dan cuti tahunan, boleh merancang dengan lebih awal terutama sekali di awal tahun. Tak ada lah nanti pakat berebut nak cuti dan habiskan cuti yang berbaki di hujung tahun dan cuti perayaan sahaja. Nak cuti ni kadang-kadang kena ada sikap toleransi antara kita rakan sekerja dan majikan. Rancang awal-awal untuk persetujuan bersama. Ingat, sesibuk mana pun kita dalam kerjaya, jangan lupa untuk luangkan masa bersama orang tua dan keluarga. Hilang kerja kita boleh cari, tapi hilang mak ayah dan keluarga tiada galang ganti.

Selamat tahun baru 2022!

Post a Comment

0 Comments