realme Malaysia today released the realme GT Master Edition in the market followed by its global launch during the realme Fan Festival 2021. The realme GT Master Edition is furnished with a Qualcomm Snapdragon 778G processor chip, 120Hz Super AMOLED Fullscreen, and supports 65W SuperDart Charge. realme fans will be able to purchase the long-awaited flagship series of realme smartphones lineup starting from 9 September via its official first sale on Lazada.


“Two weeks ago, we have just launched realme Book in Malaysia, and today we are thrilled to bring another product which many Malaysian fans have been waiting for, the realme GT Master Edition. The realme GT Master Edition is the birth of another masterpiece through realme’s collaboration with Mr. Naoto Fukasawa. This Master Edition of realme flagship smartphones is the first brand to introduce 3D vegan leather technology in the smartphone industry. Fans can expect realme to continue its Dare to Leap spirit by developing and presenting more comprehensive devices and flagship experiences to them in the future,” said Tiffany Teh, Brand Director of realme Malaysia.

Award-winning Master Design by Naoto Fukasawa

The design of realme GT Master edition is inspired by the most representative thing in travel – suitcases. Every time people open and close their suitcases, they will recall the story of their travels. Naoto Fukasawa extracts inspiration from life and amazes the industry with a new and interesting horizontal grid suitcase design on the smartphone that will arouse the urge of people to travel and explore. realme GT Master Edition also adopts a concave vegan leather process which is the industry's unprecedented vegan leather design.


realme GT Master Edition offers two color options: Voyager Grey and Daybreak Blue. The use of low saturation and high tolerance grey color makes people feel comfortable and tranquil at a glance. realme used the most direct method - a 6-step ink printing process to achieve a delicate color effect. The color of daybreak used Japan's patented PICSUS®️ technology - nano-laminate coating to give the phone a metallic shiny feel and enable it to refract holographic colors at different angles.

Qualcomm Snapdragon 778G 5G Flagship Processor that adopts 6nm advanced process

The device undoubtedly brings a comprehensive and powerful performance experience as it is powered by the Qualcomm Snapdragon 778G 5G flagship processor, adopting the current 6nm advanced process, four A78 architecture super cores, and the main frequency is up to 2.4GHz. realme GT Master Edition already supports the 90-frame mode of Honor of Kings.


Flagship Display

realme GT Master Edition’s 6.43-inch display features the Samsung AMOLED Fullscreen. It supports 120Hz screen refresh rate and 360Hz touch sampling rate, and has 100% DCI-P3 wide color display. It has rich color expression, narrower frame and lower energy consumption.


4300mAh Battery Pairs Up with realme 65W SuperDart Charge

realme GT Master Edition has discovered 65W low-voltage high current flash charging and adopted a 3C-Certified dual-cell design, supporting a higher charging efficiency and making it safer to the users. VCVT intelligent tuning algorithm can intelligently adjust the voltage and current, finely adjust the unit and thus improve the charging efficiency along with reducing the unnecessary heat loss caused during charging.

Flagship Camera

realme GT Master Edition’s camera is able to satisfy users’ photography needs as it is equipped with a 64MP primary camera, a 119° ultra-wide lens, and a 4cm macro lens. The 64MP professional camera can record perfectly from far to near, from day to night, and from portrait to landscape. On the front, the device features a 32MP selfie camera with a Sony IMX615 sensor, F2.45 aperture, 85-degree field of view (FOV), and 6560*4928 resolution.


This sensor allows better image quality with high resolution, enabling every selfie to be super sharp. realme introduces the exclusive and professional street photography mode in realme GT Master Edition after working with many professional street photographers to discuss the methods in creating emotive and storytelling street photography. The two characteristics of ‘fast’ and ‘real’ are the keys to developing this new mode that can quickly capture and reduce the interference of algorithms.

In terms of filters, photography enthusiasts will also be able to try out the new Street filter that provides a science of colour for street photography. realme simulates film effects based on Kodak, a century-old imaging brand, to provide a visual effect with strong color contrast.


GT Mode On to Unleash The Greatest Performance

When GT Mode is on, the peak performance will be unleashed with maximum CPU, Ultra Reality Enhanced Picture Quality, Ultra-HD Visual Effects, Game quick launch, and 4D gaming vibration On. The Vapor Chamber Cooling System is efficient in reducing the temperature while keeping the phone in a high performance state.


8GB RAM + 256GB ROM, Steps Advance with DRE Technology

Furthermore, the Advanced Dynamic RAM Expansion Technology (DRE) equipped in realme GT Master Edition can convert ROM into virtual RAM in order to multitask more smoothly. In regards to that, the device will expand its 8GB RAM with an additional 5GB virtual RAM. With the huge RAM size, users will not have to worry about lagging issues and assured super smooth daily use performance.



Product Availability

Product: realme GT Master Edition
8GB + 128GB
RRP: RM1,499

Color
Voyager Grey
Daybreak Blue

Sales Info
First Sale on 9th of September via realme Malaysia’s Lazada Flagship Store
● Promotional Price: RM1,399
● Only on 9.9 Sales

Product: realme GT Master Edition
8GB + 256GB
RRP: RM1,699

Color
Voyager Grey
Daybreak Blue

Sales Info
First Sale on 9th of September via All Authorized Stores and Lazada
● Only on 9.9 Sales
● Free Gift: realme Soundbar worth RM129

To find out more about realme’s events and promotion, do follow our Facebook page and Instagram at @realmemalaysia.

#realmeGTMaster
#MasteryBeyondSpeed
#GoToExplore
#FlagshipKiller2021
Adakah korang ada masalah kulit muka yang berjerawat? Adakah kulit korang kusam, gelap dan berparut? Kalau jawapan korang adalah "YA", perkongsian ini mungkin bermanfaat untuk korang untuk membantu menyelesaikan masalah yang korang hadapi selama ini. Kenapa penjagaan kulit wajah ini penting tak kira untuk kaum Adam mahupun kaum Hawa tak kira peringkat usia? Kerana di situlah terletaknya keyakinan diri kita. Most of the people yang ada masalah kulit, kebiasaanya secara automatik akan kurang keyakinan (low self-esteem). Jadi, jangan pernah sesekali kita terperangkap dalam belenggu masalah seumpama ini, let's move on! 


Kalau korang dah cuba bermacam-macam cara, tapi still menghadapi masalah kulit berjerawat, berparut atau kusam. Jangan risau, jangan khuatir. Mungkin ini jawapan atau jalan penyelesaian yang korang cari selama ini. Untuk perkongsian kali ini, aku nak memperkenalkan Crystal Skin iaitu suplemen yang dirumuskan dari bahan semulajadi penuh berkhasiat. Crystal Skin ini adalah produk yang mampu membantu untuk  kulit kita tampil kelihatan lebih sihat dan menawan. Crystal Skin terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam agar anda lebih sihat, menawan dan berkeyakinan. Crystal Skin sesuai untuk diminum oleh prempuan mahupun lelaki.


Kalau nak tahu, Crystal Skin merupakan produk tempatan bumiputra Muslim. Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA yang diproses di kilang berstatus Halal dan mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Crystal Skin ni juga memang cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendi. Jangan risau, jagan khuatir, Crystal Skin adalah produk yang dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Soalan favorite kalau bercerita tentang produk supplement, "Halal ke ni?", "Selamat ke ni kalau kita consume?", "Apa bahan yang digunakan untuk hasilkan produk ni?" dan macam-macam lagi. Sebelum korang tertanya-tanya, better aku share terus kat sini. Crystal Skin adalah minuman botani yang mengandungi Tomato Kristal, Kolagen dan Habbatus Sauda. Selain daripada bahan-bahan utama ini, Crystal Skin dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi yang berkhasiat.

Kandungan Crystal Skin

Tomato Kristal
Anti-oksidan terkuat, kurang jeragat & melindungi dari kerosakan sinar matahari

Habbatus Sauda
Anti-radang, kurangkan jerawat & membunuh kuman

Vitamin C
Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat

Collagen
Tambah keanjalan kulit & cegah kedutan

Ekstrak Biji Anggur 
Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka

Jus Blackcurrant
Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Okey, sekarang kita dah tahu bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Crystal Skin. Dah tahu bahan-bahan, baru kita yakin nak consume. Betul tak? Next, jom kita tengok pula apa manfaat atau kebaikan bila kita mengamalkan pengambilan Crystal Skin.

Manfaat Crystal Skin

  • Merawat masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan muka berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Menambah kelembapan kulit

Tips Pengambilan Crystal Skin

Untuk memastikan kesan yang optimum selepas consume Crystal Skin, meh nak share beberapa tips untuk kita ambil perhatian semasa mengamalkan Crystal Skin. Semoga dengan cara pengambilan yang betul, kita dapat rasakan kesan yang sepatutnya.
  1. Elakkan minuman yang berkafein, beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.
  2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
  3. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

Cara Pengambilan Crystal Skin

Untuk pengambilan, kita disaranakan untuk minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Kenapa perlu ambil sebelum breakfast? Kerana time waktu pagi adalah time paling optimum kita nak bekalkan tubuh badan kita dengan nutrien yang sepatutnya.




Harga Crystal Skin

Ada yang berminat nak try dan dapatkan produk Crystal Skin? Korang boleh dapatkan secara atas talian (Online) di website rasmi, Shopee ataupun Lazada. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga lebih jimat dengan diskaun istimewa.    


1 Kotak 
Harga Tawaran RM69 
Harga Biasa RM89 (DISKAUN 23%)

2 Kotak 
Harga Tawaran RM132 
Harga Biasa RM178 (DISKAUN 26%)

3 Kotak 
Harga Tawaran RM187 
Harga Biasa RM267 (DISKAUN 30%)

4 Kotak 
Harga Tawaran RM230 
Harga Biasa RM356 (DISKAUN 35%)


Setiap kotak Crystal Skin mengandungi 15 sachet. Untuk dapatakan Crystal Skin, boleh dapatkan di website rasmi Rish Beauty ataupun di platform Lazada atau Shopee.

Lazada

Shopee

Website

Untuk maklumat lanjut, contest-contest menarik seperti Lucky Draw dan promosi terkini, boleh hubungi pihak Rish Beauty ataupun follow Rish Beauty di laman sosial media.

Tel
+60-11-62000032

FB

IG

TikTok

YouTube

Pengasas Crystal Skin

Pengasas Crystal Skin, Airiey Sayuti mempercayai bahawa berkelihatan anggun amat penting agar seseorang itu berasa baik namun akan berasa lebih yakin dan bersemangat.


Ketika zaman remaja berat badan Airiey keterlaluan dan beliau mempunyai tone kulit yang gelap dan banyak jerawat namun dia kerap merasa rendah diri, segan , seorang pemalu & pendiam dan sering dipersendakan kerana gemuk dan kulit berjerawat dan gelap.


Walaupun beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama skincare yang popular, makan suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul atau serbuk dan juga menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam, namun dia merasa kecewa kerana resultnya lambat dan tidak berapa berkesan. Akibatnya, Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dan selamat. Maka, wujudlah Crystal Skin.

Untuk mengetahui lebih tentang kisah Airiey, sila melayani https://www.rishbeauty.com/tentang-kami/
Pernah korang rasa resah dan gelisah? Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Bukan itu sahaja, kadang-kadang korang rasa tak nak buat apa-apa, nak menyendiri dan tak nak jumpa sesiapa. Bila sampai waktu malam, kerap kali susah nak tidur. Pendek kata, hidup korang rasa kosong, tak tentu arah dan perasaan tak tenteram. It's okay to not be okay! Korang tak keseorangan. Memang lumrah manusia, ada perasaan suka dan duka, ada naik dan turun. Cuma, jangan sesekali kita melayan perasaan yang tak sepatutnya terlalu lama dan terperangkap dalam situasi yang mendatangkan kemurungan.

Statistik Mental Health di Malaysia

Sebelum aku   bercerita panjang, aku tertarik nak kongsikan beberapa fakta penting tentang isu masalah kesihatan mental. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tahun 2021, secara purata 4 kes bunuh diri berlaku setiap hari. Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 117 kes. Berdasarkan statistik, 83.5% (1427 kes wanita) dan 16.5% (281 kes lelaki) dicatatkan mengikut jantina. Untuk perhatian semua, majoriti kes iaitu 56.6% (872 kes) melibatkan mangsa berusia 15-18 tahun manakala 43.4% (668 kes) melibatkan mangsa berusia 19-40 tahun. Ini antara angka-angka yang patut kita beri perhatian. Dalam keadaan yang meruncing sekarang ni, semua pihak perlu bergabung tenaga untuk sama-sama prihatin dengan orang sekeling terutama sekali ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

Setiap orang ada masalah sendiri dan setiap orang ujiannya berbeza-beza. Jadi, jangan pernah banding-bandingkan. Apa yang perlu kita buat adalah saling support each other. Kalau ada masalah, cuba cari orang yang terdekat untuk kongsikan. Actually, banyak benda-benda yang kita boleh buat untuk cuba melupakan seketika segala masalah yang kita ada atau untuk kurangkan tekanan perasaan yang kita hadapai. Antaranya, cari circles yang positif, amalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman ringkas dan lakukan aktiviti yang kita suka seperti hobi. Kalau suka masak, boleh share resipi-resipi. Kalau suka ambil gambar atau video, boleh share di sosial media. Janji, kita happy.

Alang-alang bercerita tentang isu ni, di kesempatan ni aku nak share satu aplikasi yang patut korang install di smart phone masing-masing iaitu Mindful Muslim. Kalau nak tahu, aplikasi Mindful Muslim ni dapat membantu mengisi jiwa dengan kerohanian. Mungkin kita dah terlampau fokus kejar dunia, sampai terlupa tentang sesuatu yang patut kita utamakan iaitu iman dan Islam. Jadi, aplikasi seperti Mindful Muslim ni adalah salah satu tool yang boleh membantu kita semua untuk dekatkan diri kita dengan sang pencipta. Kalau kita lapar, kita cari makanan dan order di aplikasi seperti Food Panda atau Grab Food. Macam tu juga makanan rohani untuk diri kita, aplikasi Mindful Muslim adalah aplikasi yang dapat membantu kita dapatkan juadah untuk santapan rohani.

Kalau korang dah try macam-macam cara lain, tapi still tak dapat merasai ketenangan dan tak dapat nak kurangkan keresahan dalam diri, cepat marah, kerisauan melampau dan sukar untuk bertenang. Apa kata korang cuba guna aplikasi Mindful Muslim. Mungkin korang akan jumpa jawapan kepada setiap permasalahan yang korang hadapi.


Mindful Muslim 

Untuk Kehidupan Yang Lebih Tenang

Personally, aku pun dah setahun  lebih Work From  Home (WFH). It's not easy to adapt to a new thing. Aku ambil masa yang lama juga untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kalau dulu, kita kerja dari jam 845 pagi sehingga 545 petang. Kadang-kadang, terpaksa stay back sehingga jam 7-8 malam. Tapi, bila kerja di rumah segalanya berbeza. Jadual kerja kita berubah. Sometimes, kena standby di luar waktu kerja. Bila keadaan macam ni berlarutan, kerja yang banyak ditambah pula dengan tak dapat keluar rumah dek kerna COVID19 yang semakin teruk melanda, keadaan jadi makin rumit. Rasa segala benda tak kena dan mula rasa burntout. For the past 1 year, ini antara perkara yang aku cuba buat untuk kurangkan tekanan dan mengatasi kegelisahan.
  • Bersenam
  • Amalkan pengambilan makanan yang sihat
  • Dapatkan tidur yang berkualiti
  • Mula mengamalkan Essential Oils
  • Berada dalam 'circle' yang positif
  • Memasak
  • Belajar sesuatu yang baru iaitu buat video, FB/IG Live dan sebagainya
  • Mula menggunakan Mindful Muslim apps


Alhamdulillah, berkat semua usaha yang telah dibuat, dengan izinNya sedikit-sebanyak hidup aku mula berubah. Kalau dulu rasa cepat nak marah, alhamdulillah sekarang dah cool sikit. Kalau dulu susah nak fokus, sekarang hidup rasa lebih produktif. Kalau dulu segala benda malas nak buat, rasa nak berkurung dalam bilik dan tidur je, sekarang aku cuba untuk keluar dari comfort zone dan cuba sesuatu yang baru seperti buat IG Live dan sebagainya. Hopefully, dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu korang kat luar sana untuk cuba amalkan dan rasai sendiri perubahan dalam hidup.

Mindful Muslim

Di kesempatan ini juga, aku nak share serba-sedikit tentang Mindful Muslim. Applikasi ini telah dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dalam kalangan keluarga dan teman rapatnya. Beliau berasal dari Singapura dan baru berusia 33 tahun. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology, New Zealand dalam bidang Masters of Communication.


Jujurnya, applikasi ini agak baru dan mula diperkenalkan pada Mac 2020.  Apa yang menarik perhatian, Mindful Muslim merupakan aplikasi penenang jiwa pertama yang berteraskan Islam di dunia. Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan penyumbang voice over. Lebih membanggakan, aplikasi ini telah berjaya menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge.


Biarpun baru setahun jagung, penerimaan dan penggunaan aplikasi sebenarnya sudahpun meluas. Ketika ini, dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Berdasarkan statistik, pengguna yang memuat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates.


Kandungan Mindful Muslim Apps

Mindful Muslim adalah aplikasi yang merangkumi segala perkongsian berteraskan Islam. First time buka aplikasi Mindful Muslim, aku tertarik dengan interface yang sangat cantik. Memang kena dengan trend zaman sekarang. Selain itu, aplikasi Mindful Muslim ni sangat mesra pengguna. Mudah untuk kita explore dan guna walaupun pertama kali masuk.


Antara kandungan menarik yang dimuatkan dalam Mindful Muslim adalah bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas. Pengisian dalam Mindful Muslim ni memang padat dengan ilmu dan boleh dijadikan tools untuk "Food for Thought" ataupun santapan rohani. Selain itu, ia dilengkapi dengan bunyi-bunyi semulajadi dan sebagainya untuk memberi ketenangan kepada kita especially untuk sesiapa yang ada masalah susah nak tidur malam.


Kalau korang dah install Mindful Muslim, disarankan untuk korang cuba amalkan buka aplikasi ni setipa hari. Cuba luangkan masa antara 15-30 minit setiap hari untuk belajar sesuatu yang baru ataupun dengar ceramah motivasi dan ayat-ayat suci al-Quran. Seriously, mesti korang akan rasa lebih tenang dan happy. Trust me!


Sirah Nabi dan bacaan Al-Quran

Kalau korang dah lupa tentang sirah Nabi dan kisah-kisah al-Quran, Mindful Muslim adalah sesuai untuk dijadikan refresher untuk kita recall balik. Antaranya, korang boleh dengar 51 kisah para Nabi yang akan dimuatnaik 7 episod baru untuk setiap bulan. Kalau yang susah nak tidur malam tu, boleh buka dan dengar kisah-kisah Nabi sebagai bedtime story.

Contohnya kisah Nabi Nuh, Kisah Malik Ibn Dinar, Kisah Rober Davila, Kisah Nabi Yusuf dan macam-macam lagi. Lebih menarik, setiap penceritaan diselit dengan bacaan ayat al-Quran. Buat masa ini, kesemua voice over adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama-sama kita doakan semoga satu hari nanti akan ada voice over dalam Bahasa Malaysia dalam Mindful Muslim. 


Lagi satu features yang best dalam Mindful Muslim, kita boleh susun sendiri playlist. Contohnya, kita nak dengar surah apa, kisah motivasi apa ataupun kisah Nabi, boleh add to playlist. Selain itu, kita boleh buat tetapan bunyi apa yang kita nak dengar sebagai background music. Bila kita dah buat tetapan dalam playlist, kita just klik play dan segalanya akan diputarkan. Jadi, memang sesuai kalau nak pasang buat halwa telinga time kerja ataupun sebelum tidur. Sibuk dengan kerja atau tugas harian, tiada alasan lagi untuk kita dengar ayat-ayat al-Quran dan dengar kisah-kisah motivasi sebagai santapan rohani.


Untuk korang yang perlukan sesuatu yang menenangkan dan ilmu tanpa sempadan, aku syorkan untuk korang cuba install aplikasi Mindful Muslim. Aplikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Kalau dah bosan buka radio dan lagu-lagu, apa kata kita tukar selera untuk dengar alunan zikir, surah-surah yang terdapat dalam Rukyah, Doa, motivasi dan pelbagai lagi yang terdapat dalam Mindful Muslim. At least, sedikit-sebanyak kita siram hati kita yang kering sebelum ia menjadi gersang, kita baja hati kita supaya jadi lebih subur untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Bila jiwa kita tenang, inshaAllah segalanya akan dipermudahkan.


Cara Nak Download Mindful Muslim

Untuk pengguna Android, korang boleh download aplikasi Mindful Muslim di Google Play manakala untuk pengguna iPhone, korang boleh download aplikasi Mindful Musli di iOS.

iOS: 

Andriod: 


Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga RM7.90 sebulan ataupun RM64.90 setahun. Buat masa sekarang, kandungan Mindful Muslim dalam versi Bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.

Akhir kata, apapun yang kita hadapi, kita kena ingat "Emotions are temporary". So, handle with care! Jom sama-sama kita support each other, be positive and optimise dalam usaha menjaga kesihatan mental dan fizikal. Kalau korang rasa aplikasi Mindful Muslim ni bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan juga kepada orang sekeliling untuk sama-sama kita mendapat manfaat bersama.

Take cara and stay safe!
Dulu, saya adalah antara pelajar yang tidak tahu tentang halatuju selepas SPM. Oleh kerana kurang pendedahan tentang jurusan-jurusan yang ditawarkan di peringkat universiti dan tidak mempunyai cita-cita yang jelas, jadi agak keliru untuk pilih universiti mana dan jurusan apa pada ketika itu. Saya menamatkan SPM pada tahun 2006 dan cabaran paling besar adalah nak buat keputusan jurusan apa yang saya nak pilih. Pada ketika itu, alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Percubaan SPM dan telah mendapat beberapa tawaran. Antaranya adalah tajaan dalam jurusan Medic di Russia, Engineering di Universiti Teknologi PETRONAS dan Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. 

Akhirnya, saya tekad untuk pilih jurusan Chemical Engineering di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Walaupun saya tidak pernah ada cita-cita untuk menjadi Engineer, kerana minat dan cintakan subjek Kimia dan subjek-subjek kira-kira, saya rasa tawaran untuk sambung dalam jurusan Engineering adalah pilihan yang tepat pada waktu itu. Selepas menamatkan 1 tahun asasi dan 4 tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda, alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama (First Class). Walaupun saya tidak menjadi seorang Engineer pada hari ini, berbekalkan segala ilmu yang saya belajar selama ini, saya cuba sebaik mungkin untuk aplikasikan apa jua yang saya tahu dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya saya sekarang. Syukur sangat sebab saya buat keputusan yang tepat pada waktu itu. Bayangkan kalau dulu saya pilih jurusan Medic semata-mata nak sambung belajar di oversea, walhal saya sedikitpun tak berminat nak belajar tentang ilmu perubatan. Agak-agak apa jadi? Pastinya, pengakhiran pendidikan dan permulaan kerjaya saya tidak seperti hari ini. 


Jadi, di kesempatan ini saya nak ambil peluang untuk berpesan kepada semua adik-adik lepasan SPM supaya tidak membuat keputusan yang salah dalam menentukan halatuju selepas SPM. Kalau tak tahu? Sila bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. Sekarang ni dunia semakin canggih, segala di hujung jari. Banyak ilmu dan informasi dapat diperoleh di atas talian (online) secara percuma. Macam saya dulu, sumber rujukan adalah agak terhad. Ada phone pun semata-mata untuk call dan sms sahaja. Tetapi, adik-adik hari ini masing-masing ada telefon canggih. Jadi, manfaatkan apa yang ada untuk cari lebih banyak info berkaitan dengan jurusan yang ditawarkan di universiti dan juga tawaran kerjaya masa kini. Paling penting, kenalpasti minat, jangan ikut cakap-cakap orang, inshaAllah semuanya akan baik-baik saja.

Kalau ada adik-adik lepasan SPM yang masih ragu-ragu dan dilema dalam memilih halatuju selepas SPM, tak pasti nak ambil jurusan apa, jom ambil peluang ini untuk turut serta dalam YEG EduCareer Bootcamp. Tak perlu risau, program ini PERCUMA untuk semua peserta. Paling menarik, ada penampilah istimewa daripada pemimpin hebat negara yang mengharumkan Malaysia di seantero dunia iaitu Tun M. Saya menyeru untuk ibu bapa di luar sana untuk sama-sama mengajak anak-anak lepasan SPM untuk turut serta dalam sesi eksklusif ini. Jangan sia-siakan peluang yang ada, inshaAllah banyak manfaat yang akan dapat diperoleh. Nak tahu kenapa pentingnya program seumpama ini? Jom, baca perkongsian ni sampai habis.


90% GRADUAN KESAL DENGAN JURUSAN DIPILIH : KUPASAN EKSKLUSIF BERSAMA TUN MAHATHIR DI PLATFORM YEG ACADEMY

Platform pendidikan dan kerjaya atas talian , Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.


Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.


Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya, mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.


Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” 
Encik Hasan Bin Ithnin, Pengarah YEG Academy

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM. Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” 
Azizulhakim

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak”
 
Encik Hasan Bin Ithnin, Pengarah YEG Academy

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy 


YEG Academy

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023, Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistemnya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.
Semenjak pandemik COVID-19 melanda ni, macam-macam resipi dah try kat rumah. Sambil eksperimentasi buat resipi baru, sambil menikmati juadah hasil air tangan diri sendiri. Bila kita memasak dan menghasilkan sesuatu hidangan, lepastu kita menikmati dengan penuh perasaan, rasa happy tu lain macam. Dah macam terapi, dapat kurangkan stress dan lupakan sekejap tentang kesibukan kerja sehari-hari. Korang pun mesti ada hobi tersendiri kalau nak release stress kan? But for me, cooking adalah antara aktiviti yang best untuk me-time!


Bercakap soal memasak, aku jarang sekali masuk dapur untuk baking. Biasanya lebih prefer untuk masak lauk-pauk dan makanan berat. Untuk kelainan, kali ini kita nak baking dan sediakan salah-satu menu pencuci mulut (dessert) berasaskan Oregon & Washington Blueberries. Kebiasaanya, aku suka guna Blueberries untuk buat smoothie. Kali ni, aku nak share resipi Bluberries Oatmeal Muffins. Seriously, memang cepat, mudah dan senang. Aku jamin korang pun boleh buat sendiri di rumah. Paling penting, resipi ni sihat dan disarankan sendiri oleh pakar dietitian. 


Untuk resipi kali ini, aku menggunakan Oregon & Washington Blueberries. Untuk pengetahuan semua, Oregon & Washington Blueberries mendapat nama dari dua negeri utama yang menghasilkan Bluerberries di U.S. Oregon dan Washington adalah dua lokasi yang mempunyai suhu yang sesuai untuk penanaman Blueberrries. Jadi, tidak hairanlah Oregon dan Washington cukup terkenal sebagai pengeluar Blueberries utama yang berkualiti tinggi di U.S dan seluruh dunia.


Pada asasnya, Blueberries secara semulajadi mempunyai rasa manis dan masam. Blueberries juga selalu diberi jolokan nama sebagai "super-food" yang mempunyai nutrisi dan khasiat yang tinggi.  Dari segi rupa pula, Blueberries memang nampak menarik dan sedap dengan warna yang menyerlah iaitu ungu (purple). 

Memang tak dapat dinafikan, Blueberries berkhasiat dan mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Blueberries mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang dapat membantu tubuh badan kita untuk kekal sihat dan sekaligus dapat membantu mencegah dari sebarang penyakit terutamanya yang berkaitan dengan penyakit seperti diabetes, kanser, jantung dan sebagainya.


Menurut pakar pemakanan bertauliah iaitu Georgen Thye, beliau berkongsi pelbagai fakta pemakanan dan faedah kesihatan yang berkaitan dengan Blueberries. Di kesempatan ini, aku nak share serba-sedikit info berkaitan Blueberries yang dapat kita ambil tahu untuk pengetahuan tambahan.

1. Satu cawan (148g) Blueberries menyumbang 25%kand ungan vitamin C harian kita iaitu 14.4 miligram vitamin C.
  • Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu untuk menstabilkan radikal bebas untuk mencegah kerosakan sel.
  • Vitamin C membantu menghasilkan kolagen, membantu penyerapan zat besi dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi.
  • Vitamin C boleh membantu menyokong sistem imunisasi badan.

2. Satu cawan (148g) Blueberries mengandungi 3.6g gram serat iaitu bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian kita
  • Serat makanan banyak memberi manfaat untuk kesihatan kita seharian termasuklah meningkatkan kandungan lipid dalam darah, mengatur glukosa dalam darah dan meningkatkan rasa kenyang lebih lama sekaligus dapat membantu untuk kita menjaga makan untuk proses menurunkan berat badan.

3. Blueberries kaya dengan antioksidan
  • Blueberries diyakini mempunyai tahap antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur biasa.
  • Antioksidan melindungi tubuh kita dari radikal bebas iaitu molekul yang tidak stabil dalam badan yang mampu merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan risiko penyakit.

4. Satu cawan (148g) Blueberries menyumbang 36% kandungan vitamin K harian kita iaitu 28 mikromiligram vitamin K.
  • Pengambilan vitamin K yang rendah berkait rapat dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. 
  • Pengambilan vitamin K yang mencukupi mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Selain khasiat nutrisi yang terkandung dalam Blueberries seperti yang disenaraikan tadi, Blueberries juga telah mendapat perakuan dari pihak American Heart Association bahawa ia mempunyai kompaun semulajadi yang mampu membantu utnuk menguatkan otak dan digelar sebagai "heart-healthy food".


Sekarang kita dah tahu kan betapa besarnya khasiat Blueberries. Selain daripada pengambilan Blueberries sebagai buah-buahan, kita juga boleh olah Blueberries untuk digunakan sebagai bahan utama dalam masakan atau hidangan kita sehari-hari. Antara hidangan yang biasanya disediakan menggunakan Blueberries adalah salad, kek, puding, smoothie dan sebagainya. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share salah satu resipi ringkas iaitu Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffins. Jom, check it out!

Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffins

Untuk resipi ini, tak banyak bahan-bahan yang diperlukan dan masa penyediaan pun tak lama. Jadi, korang boleh cuba buat di rumah bersama family. Memang sedap makan especially untuk breakfast ataupun minum petang. Yang penting hidangan ni berkhasiat.


Bahan-bahan (Hidangan untuk 6 biji muffins)
  1. Rolled Oats (200g)
  2. Oregon & Washington Blueberries (200g)
  3. Madu (50g)
  4. Baking Soda (1/2 sudu kecil)
  5. Baking Powder (1 sudu kecil)
  6. Garam (1/4 sudu kecil)
  7. Telur (2 biji)
  8. Pisang (1 biji)
  9. Vanilla Essence (1 sudu kecil)
  10. Minyak zaitun (80ml)
  11. Almond Flakes (topping) 

Cara Penyediaan
  1. Masukkan rolled oats dalam pengisar dan kisar sehingga betul-betul hancur seperti tepung
  2. Tambah satu sudu kecil baking soda, baking powder dan garam. Gaul sehingga sekata.
  3. Lenyekkan sebiji pisang.
  4. Masukkan 2 biji telur, minyak zaitun, madu dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
  5. Masukkan tepung oat tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan Blueberries dan kacau sehingga sebati.
  7. Sediakan muffin paper cup, letak adunan tadi ke dalam acuan muffin
  8. Taburkan beberapa biji Blueberries dan Almond flakes sebagai perhiasan
  9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190°C selama 20 minit
  10. Periksa sama ada muffins yang dibakar sudahpun masak atau tidak dengan menggunakan sebilah lidi. Jika tidak melekat, maksudnya muffins sudahpun masak dengan sempurna.
  11. Blueberries Oatmeal Muffins siap sedia untuk dihidangkan

Nutrition Information (1 serving)
  1. Energy (Kcal) 323
  2. Carbohydrate (g) 35.8
  3. Protein (g) 6.1
  4. Fat (g) 17.2
  5. Fibre (g) 4.3

Selain dari resipi Blueberries Oatmeal Muffins, kat sini aku sertakan juga video resipi lain berasaskan Blueberries iaitu Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake dan Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles dari Georgen Cooking. Selamat mencuba!

Oregon Washington Blueberries Oatmeal Muffien by Georgen Cooking


Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake by Georgen Cooking


Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles



Websites



Instagram




Kalau dah cuba resipi berasaskan Blueberries, jangan lupa share di social media dan guna hashtag #Oregonblueberries #Washingtonblueberries #GrabABoostOfBlue #blueberrygoodness #healthyblueberries
Tahukah anda? 1 Ogos merupakan Hari Nasi Lemak MB. Tahun 2021 merupakan tahun ke-dua sambutan Hari Nasi Lemak MB yang telah diperkenalkan oleh Marrybrown. Dengan kempen seumpama ini, Marrybrown menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus setia dengan hidangan kebanggaan negara kita iaitu Nasi Lemak MB. Percaya tak, kalau kita travel oversea, antara menu yang paling kita rindu adalah Nasi Lemak. Paling menarik, Nasi Lemak adalah antara hidangan ikonik yang sangat sinonim dengan Malaysia. Jadi, tidak hairanlah ramai orang dari luar negara sangat suka dengan Nasi Lemak dan sentiasa menjadikannya topik perbualan mereka bila berbicara soal makanan Malaysia.


Semenjak pandemik COVID-19 melanda, bukan setakat nak travel ke luar negara, malah kita juga tak dibenarkan untuk balik kampung. Aku yakin dan percaya, masing-masing rindu nak makan Nasi Lemak air tangan mak masing-masing kan? Betul tak? Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun berada di setengah tahun pertama 2021 dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemik sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok. Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat di kalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga.


Bukti jelas rakyat Malaysia bersatu padu dalam mengatasi kesukaran dikala pandemik ini dapat dilihat apabila mereka sering mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya petugas-petugas barisan hadapan. Analogi mudah seperti Nasi Lemak, hidangan kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa yang dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.


Untuk pengetahuan semua, Marrybrown kini sudahpun 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia. Untuk tahun 2021, Marrybrown sekali lagi dengan bangganya meraikan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menjadikan Nasi Lemak MB sebagai makanan kebanggan semua!


Sempena sambutan ke-40 tahun kewujudan Marrybrown, dengan berbesar hati pihak Marrybrown menjemput semua rakyat Malaysia untuk memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee. Untuk sambutan Hari Nasi Lemak 2021, Marrybrown menawarkan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1! Jadi, kalau korang antara peminat fanatik Nasi Lemak MB, jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan juadah istimewa ini dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB.


Personally, aku rasa Nasi Lemak MB adalah nasi lemak paling sedap yang aku pernah makan di restoran fast food. Hidangan nasi lemak yang dihidangkan lengkap dengan Crispy Chicken MB, timun batang, kacang goreng, ikan bilis goreng dan sambal nasi lemak yang sangat sedap. Pendek kata, makan sebungkus memang tak cukup. Jadi, jangan lupa malam ini masing-masing standby dengan telefon bimbit masing-masing untuk merebut peluang untuk dapatkan tawaran voucer Buy 1, Free 1 di Shoppe. Mark your calendar!

Tarikh: 
Ahad, 1 Ogos 2021

Masa: 
Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya

Platform: 
Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit)


Setiap tahun, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown. Bukan itu sahaja, kalau korang nak tahu, Marrybrown juga menawarkan tawaran menarik pada setiap 1 hari bulan untuk bulan-bulan berikutnya. Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, korang boleh kunjungi:

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

YouTube: 

Delivery: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...