TEKUN MART, TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS) KINI DIBUKA!

Mesti korang pernah singgah di Terminal Berseepadu Selatan (BTS) kan? Bagi aku, TBS adalah Hub pengangkutan awam yang paling lengkap di Kuala Lumpur selain KL Sentral. Di TBS, kita boleh commute ke destinasi seterusnya dengan menaiki LRT, KTM, ERL, bas, teksi ataupun Grab. Paling penting, TBS adalah hub untuk bus ekspress antara negeri. Tak kira destinasi kita ke Utara, Selatan, Pantai Timur atau Pantai Barat, semua destinasi menyediakan perkhidmatan bas. 

Bila tersampai awal di TBS dan menunggu bas untuk berangkat ke destinasi, mesti korang akan cari port untuk lepak dan makan-makan di TBS. Betul tak? Untuk perkongsian kali ini, aku nak share satu tempat yang patut korang singgah di TBS sementara menunggu masa untuk menaiki bas. 


Selalunya, mesti orang akan tanya, "Kat mana tempat makan best di TBS?" atau "Kat mana tempat best nak lepak di TBS? Jawapannya, kalau korang nak cari port makan yang best di TBS, korang boleh singgah di TEKUN Mart yang terletak di Tingkat 4. TEKUN Mart ni baru sahaja dibuka dan beroperasi di TBS yang terletak betul-betul bersebelahan KK Mart. 


Apa yang menarik di TEKUN Mart? Bagi aku, TEKUN Mart ni menarik sebab ia menyediakan menu-menu yang aku suka dan tak dapat nak cari di tempat lain sekitar TBS. Selain menyediakan barang runcit, TEKUN Mart juga mempunyai mini bar yang menyajikan menu yang sedap-sedap. 


My favorite semestinya ODEN TomYam dan Ais Jagung. Kalau korang singgah di TEKUN Mart, korang boleh try sendiri. Thai Red Tea dan Thai Green Tea kat sini pun sedap dan kaw! Banyak lagi menu yang ada. Nanti aku share kat sini dengan harga sekali. Mudah korang nak buat bajet untuk makan-makan, hahaha. 


Just nak share sedikit info berkaitan TEKUN Mart. TEKUN Mart dimiliki penuh oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD dan ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia. Maksudnya, kalau korang ke tempat lain, korang tak akan jumpa TEKUN Mart. The one and only, hanya di TBS buat masa ni. Semoga lepas ni, lebih banyak rangkaian TEKUN Mart dibuka di lokasi-lokasi lain. 


TEKUN Mart ini adalah kedai runcit serbaneka yang mengetengahkan produk tempatan dan yang pastinya  Halal. Bila berada di TEKUN Mart, kita boleh tengok pelbagai produk usahawan Bumiputera dan IKS ada kat sini. Paling menarik adalah produk ready to eat seperti Nasi Lemak segera, Asam Pedas, Nasi Goreng dan banyak lagi yang memang sesuai untuk dibeli dan dibawa untuk travel. Dah macam one stop centre untuk traveller yang nak cari produk makanan ready to eat untuk dibawa ke destinasi yang nak dituju. Tak kira lah, balik kampung atau melancong ke luar negara.


Selain pelbagai produk Bimiputera dan IKS, TEKUN Mart juga ada mini bar yang menjual pelbagai jenis menu yang murah dan sedap. Macam-macam ada. Kalau korang merancang untuk singgah di TEKUN Mart, mungkin boleh rujuk senarai menu dan harga yang sempat aku try tempoh hari. Check it out!

SENARAI HARGA MAKANAN DI TEKUN MART, TBS


Antara juadah yang dijual di mini bar TEKUN Mart adalah seperti Jagung Manis, Spaghetti, Dim Sum, Meatball, Chicken ball, Durian Crepe, Bomboloni, Pau dan AIS krim. Selain minuman dalam kotak atau botol, TEKUN Mart menyajikan minuman istimewa seperti Thai Red Tea, Thai Green Tea, Ais Jagung dan macam-macam lagi.

ODEN - RM2/ stick

Fishball

 Jagung Susu – RM3.00
Jagung CHEESE - RM3. 50

Meatball – RM6.00
Chicken ball - RM6.00

Thai Red Tea dan Thai Green Tea – RM3.00

Spaghetti – RM6.00

Dim Sum 6pcs – RM5.00

Aiskrim Kon Vanilla – RM1.50
Aiskrim Kon Coklat – RM2.00
Aiskrim Kon Vanilla + Coklat – RM1.80

Aiskrim Sundae

Durian Crepe 6pcs – RM13.00

Pau

Selain itu, pihak TEKUN Mart juga ada menyediakan perkhidmatan catering ODEN Halal untuk majlis-majlis tertentu. Jadi, kalau korang ada plan untuk buat open house, jamuan makan-makan atau event, maybe boleh consider untuk ambil pakej ODEN. Baru lain dari yang lain. Kan? 


Katering / Tempahan ODEN

Tel :0
16-964 5544 (Kak Wani)

Email :
tekunmart@gmail.com



Hah, mesti ada tertanya-tanya, "Jam berapa TEKUN Mart buka?" Nanti, dah sampai TBS jam 5 pagi, nak pergi makan di TEKUN Mart, Tengok-tengok tutup korang Marsh aku pulak, hehe. Actually, TEKUN Mart dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi, kalau korang berada di sekitar TBS time tu, bolehlah singgah di TEKUN Mart. 


Pendek kata, TEKUN Mart ni bukan hanya sekadar kedai runcit serbaneka biasa, malah TEKUN Mart juga mempunyai mini bar yang menyahikan aneka jenis juadah untuk para pelanggan. Memang aesuai untuk korang yang nak makan dan alas perut sebelum memulakan perjalanan di TBS. Boleh lepak santai isi perut kat sini. Kalau nak singgah beli dan tapau pun boleh. Highly recommended!

Selamat mencuba! 



TEKUN Mart

Lokasi:
Tingkat 4, Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Waktu operasi :
7 pagi hingga 11 malam (dibuka setiap hari)

Tel :
016-9645544 (Kak Wani)

Email :
tekunmart@gmail.com

Post a Comment

9 Comments

  1. Selamat maju jaya dan tahniah 👍👍👍 all the best

    ReplyDelete
  2. Wah!!! macam macam ada, i want to try their tom yam oden looks like its so delicious.

    ReplyDelete
  3. Alaaa nape lah jauh sangat. Huhu. Hope ada banyak cawangan dibuka sperti kt jb ke. Oden tu tak penah rasa lagi. Jagung susu biasalah makan tapi jagung cheese tak penah. Macam2 ada mudah untuk mereka cari menu favourite.

    ReplyDelete
  4. Pergh! Seronok sungguh dapat ke tekun mart ni ya. Dahlah mcm² ada. Terbaiklah. Takya risau kot² ke tbs tu tak tau nak cari kat mana barang keperluan atau makan, boleh ke sana terus. Tuju satu tempat he. Settle!

    ReplyDelete
  5. Wahhh lepas nie tak perlu lagi runsing2 akan halal haram oden nie kan. Sudah2 tentu halal kalau beli di tekun mart. Nanti boleh singgah sbb selalu mmg naik bas dari tbs pon utk kemana2.

    ReplyDelete
  6. Eh ada pergi TBS tapi x perasan pun tekun mart ni. lepas ni boleh lah singgah sana kan. nak cuba oden dia. tapi makanan lain pun banyak jugak. terliur dah tengok gambar

    ReplyDelete
  7. All the best dan moga tercapai dgn jayanya selain dpt memperkenalkan dan memperbanyakan lagi promosi

    ReplyDelete
  8. OMG JAGUNG SUSU tu!! HAHAHHAHAHA menggoda giler hhahaha adoi

    ReplyDelete
  9. Omg ini memang berita gembira ni! Senang sebab lebih banyak pilihan nak membeli dan berehat kat TBS sementara menanti bas tu kan. Siap ada oden pulak tu. Yummeh!

    ReplyDelete