SUB-ZERO CHALLENGE DI SNOW WORLD, RESORTS WORLD GENTING

/
0 Comments
Aku memang suka travel time musim winter. Especially kalau time snowing atau daapt main salji, memang excited weh. So far, alhamdulillah dah pernah rasa experience snowing dan main salji di Osaka, Jepun dan Jeju, South Korea. Akan datang, inshaAllah nak pergi lagi negara-negara lain time musim winter.


So, bila Snow World, Resorts World Genting bertukar menjadi Antartika untuk Cabaran Suhu Bawah Sifar (Sub-Zero Challenge), aku jadi excited. Bukan niat nak compete atau menang hadiah pun, cuma nak tahu tahap mana aku boleh tahan dengan keadaan sejuk. Nak pergi Antartika tak tahu bila kan? So kita cuba di Snow World Genting je dulu, hehe. Lagi best bila compete sesama rakan-rakan bloggers. Memang seronok habis. 

Apapun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Resorts World Genting kerana telah menganjurkan cabaran ini. Actually, untuk Sub-Zero Challenge, pemenang ditentukan dengan mencari orang terakhir yang masih boleh bertahan dalam Snow World dengan Suhu Bawah Sifar. Hanya berbekalkan pakaian yang minimum, kami kena stay selama yang mungkin dalam Snow World. 


Dulu pernah masuk Snow World, tapi kesejukan dia tahap biasa. Don't worry, kalau masuk Snow World, setiap orang akan diberikan winter coat, glove dan winter boot masing-masing. Bila first time nak merasa Snow World bertukar menjadi kawasan kutub untuk Cabaran Suhu Bawah Sifar, ia mencipta kelainan untuk tarikan di Resorts World Genting bertukar menjadi satu dunia baharu yang penuh dengan keseronokan serta cabaran. Hopefully, selepas ni pihak Resorts World Genting boleh jadikan Sub-Zero Challenge ni sebagai event tahunan dan open to public! Next time, bolehlah korang pulak cuba join. Apapun, sama-sama kita nantikan lebih banyak lagi tarikan menarik di Resorts World Genting selepas ini.


Peraturan Sub-Zero Challenge


Peraturannya memang mudah, tapi nak buat tu yang susah, hahaha. Kena kuat mental dan fizikal. Snow World Genting bertukar daripada sebuah perkampungan Alpine kepada Artartika dengan suhu -6 °C. Kami dikehndaki stay dalam Snow World selama mana yang boleh berbekalkn satu lapisan pakaian bersama jaket, boot dan sarung tangan yang disediakan.


Memandangkan first round ramai yang tak nak mengalah, kami diarahkan untuk berdiri di satu kawasan yang sama. Masing-masing kental dan cuba sebanyak mungkin buat pergerakan (berjalan, berlari setempat, menari, senamrobik) untuk hilangkan kesejukan dan papanskan badan. Surprisingly, ramai yang still mampu bertahan. Memang kental!



Next stage, kami kena buang jacket. Masa ni, dah mula ada peserta yang mula mengalah. Yang mana dah mula rasa sejuk dan kebas, dah ada peserta yang guna imuniti time-off 5 minit untuk toilet break. Ada juga peserta yang guna strategi untuk simpan time-off 5 minit yang sangat berharga untuk digunapakai di saat genting nanti.


Final stage, kami kena buang glove pulak. Hah, ini memang sehelai sepinggang je. Hanya berbekalkan boot kami kena bertahan. Stage ni paling mencabar dan mula nampak seorang demi seorang peserta mengundur diri. Finally, tinggallah 5 finalist yang masing-masing tak nak mengalah. Jujurnya, antara part yang paling mencabar adalah kesejukan pada bahagian kaki. Memang perit woo. Tapi, kami still steady bertahan sampai ke akhir cabaran.


Untuk pengetahuan korang, Snow World dibuka pada tahun 2003 dan ditutup pada tahun 2011 untuk kerja-kerja menaiktaraf secara besar-besaran dengan kos sebanyak RM15 juta meliputi kawasan seluas 22,800 kaki persegi. Ia mula beroperasi pada 31 Ogos 2013 dengan kemampuan memuatkan seramai 250 pengunjung pada satu-satu masa, sekaligus menjadikanya sebagai tarikan salji terbesar di Malaysia. Pada suhu sejuk beku -6 °C, korang boleh merasai keseronokan bermain gelongsor dengan tobogan atau “berperang” dengan melontar bola salji sesama sendiri. Bukan sahaja salji, terdapat juga seni helah 3D dan port "instaworthy" di dalam Snow World. Memang berbaloi!





Tahniah kepada semua pememang! Semoga Snow World Genting Highland akan menganjurkan event seumpama ini di masa akan datang! Kami excited nak join lagi dan tekad nak pecahkan rekod yang ada sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan Snow World, korang boleh kunjungi website mereka di www.rwgenting.com



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...