BUFFET RAMADAN 2019 DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG

Nampaknya Ramadan 2019 bakal kunjung tiba tak lama lagi. Mesti semua tengah excited untuk buat persiapan nak sambut Ramadan. Di bulan Ramadan inilah biasanya ramai orang akan cari lokasi atau tempat berbuka puasa yang murah dan berbaloi. Paling tidak, sekali setahun sempena bulan Ramadan, mesti ada yang merancang untuk berbuka puasa bersama family atau sahabat handai. Ada juga yang akan merancang untuk buat reunion atau berbuka puasa bersama officamates. Jalan terbaik, mereka akan cari lokasi buffet Ramadan yang berbaloi untuk pergi. Jadi, untuk perkongsian kali ini aku nak share satu lokasi pilihan Buffet Ramadan 2019 iaitu Lugar De La Boda yang terletak di Puchong.


Bunyi nama tempat macam di luar negara kan? Actually, nama tempat ni diambil dari perkataan Sepanyol yang bermaksud "Wedding Place". Aku pernah share tentang majlis kenduri kahwin di Lugar De La Boda Puchong baru-baru ni. Boleh baca kat sini! Actually, lokasi untuk Buffet Ramadan ni merupakan dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Kalau bulan-buolan biasa, dewan ini digunakan sebagai dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi raja sehar. Sepcial untuk bulan Ramadan, lokasi ini dijadikan sebagai salah satu lokasi pilihan Buffet Ramadan untuk berbuka puasa bagi orang Puchong dan orang sekitar Selangor. Selain di Puchong, Hanana Group juga mengadakan Buffet Ramadan Putrajaya di lokasi mereka iaitu di Ambassador Putrajaya.



Personally, bagi aku Lugar De La Boda adalah lokasi berbuka puasa yang ideal di Selangor. Selain menwarkan harga buffet Ramadan yang berpatutan, lokasi Lugar De La Boda juga strategik. Dengan ruang yang besar dan selesa, dihiasi pulak dengan konsep ala garden, sememangnya menjadikan lokasi ini cantik, menarik dan lain dari yang lain. Ia mampu menampung sehingga 1000 orang tetamu dalam satu-satu masa.


Hari tu aku sempat join majlis preview Ramadan Buffet Selangor di Lugar De La Boda, Puchong. Honestly, bagi aku dengan harga yang ditawarkan tak sampai RM70 sekepala, dan hidangan yang ditawarkan juga banyak dan sedap, memang berbaloi. Dengar kata, lebih daripada 60 juadah makanan akan dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk berbuka puasa di sini. Antara juadah yang dihidangkan adalah nasi beriani, nasi putih dan lauk-pauk masakan Melayu seperti Ayam Rendang, Gulai Kawah Daging, Daging Masak Lemak Cili Api, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, aneka jenis kerabu, aneka jenis kuih-muih dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau nak senarikan semua menu-menu yang ada, jenuh korang nak baca satu per satu, hehe. Apa kata, aku share je gambar yang sempat aku snap tempoh hari. Check it out!








Bukan itu sahaja, kalau korang datang berbuka puasa di Lugar De La Boda ni, korang juga boleh try macam-macam jenis makanan di gerai-gerai yang disediakan di sepanjang kaki lima dewan. Macam-macam ada. Memang meriah. Antara juadah yang mencuri perhatian adalah Kambing Bakar Lemon, Laksa, Bihun Sup, Dim Sum, Roti John, Air Batu Campur, Keropok Lekor, Cucur Udang, Char Kuey Teow dan aneka jenis air minuman. Seriously, aku tak boleh move on dengan Kambing Bakar Lemon kat sini. Tak pernah makan kambing yang sedap macam ni, rasa dia lain dari yang lain. Korang wajib cuba kalau datang makan sini. The best kambing bakar in town!








Aku sangat selesa makan kat sini. Selain makanan yang dihidangkan sedap dan banyak pilihan, kemudahan atau fasiliti yang ada memang cukup lengkap. Korang tak payah risau bab parking. Memang ada FREE pariking di sediakan di perkarangan dewan. Then, lepas bebruka puasa nak pergi solat Maghrib pun mudah. Lugar De La Boda menyediakan surau untuk solat. Tandas yang disediakan pun bersih. Highly recommended!


Jadi, untuk korang yang tengah mencari Buffet Ramadan 2019 yang berbaloi, aku cadangkan korang book dengan Hanana Group sama ada di Lugar De La Boda, Puchong ataupun di Ambassador Putrajaya. Ada berita baik, kalau korang book awal sebelum Ramadan, korang akan dapat harga lagi murah. Special untuk early bird!


Early Bird
Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00

Walk-in
Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00

Special Price
RM580 
1 Meja (10 pax)

*Kanak-kanak (6-12 tahun)


Untuk apa-apa pertanyaan mengenai tempahan atau info lanjut berkaitana Buffet Ramadan Selangor (Lugar De La Boda, Puchong) ataupun Buffet Ramadan Putrajaya (Ambassador Putrajaya), korang boleh terus berhubung dengan pihan Hanana Group. Kat bawah ni, aku sertakan sekali contact number untuk korang hubungi. 


Buffet Ramadhan Selangor 2019

Alamat : 
Lugar De La Boda @ Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100, Puchong

Nombor Telefon : 
016-6700471 (Sarah)
016-3111074 (Zuraini)
016-4318434 (Liana)
016-6700473 (Atul)

Facebook : 


Buffet Ramadhan Putrajaya 2019

Alamat : 
Ambassador Putrajaya
No 92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Nombor Telefon : 
016-4318434 (Liana)
016-6700473 (Atul)
016-6700457 (Farah)
016-6700471 (Sarah)
017-2435297 (Fazlin)

Facebook : 


Salam Ramadan Al-Mubarak!

Post a Comment

18 Comments

  1. Wah! banyak betul pilihan makanan! Nampak sedap semuanya!

    ReplyDelete
  2. Lawanya set up tempat tu, nampak selesa. Makanan pun nampak sedap, especially kuih muih tradisional tu. Terus rasa lapaq ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Argh banyak sangat buffet ramadhan yang best-best sampai tak tau nak try mana satu ni tapi semestinya sini masuk dalam list dah

    ReplyDelete
  4. Aduhai.. Meriahnya menu mereka sediakan. Banyak pilihan.
    Boleh jadi sampai tak termakan semua ni kan..
    Menarik konsep mereka la. Mcm makan di majlis perkahwinan.
    Cumanya makan pada waktu berbuka gitu.
    Bestnyaaa..

    ReplyDelete
  5. Lokasinya menarik.
    Harganya sangat berpatutan.
    Makanannya kelihatan sangat menggugat jiwa dan raga!

    Bila PB nak ajak Rawlins pergi berbuka bersama ni? Lama gila tak jumpa.

    ReplyDelete
  6. Banyak juga pilihan menu makanan yang ada di sini. Kenyang macam ni .Tapi tuhlah jadi rambang mata lah nak pilih makan yang mana satu kan. Kuih muih pun banyak jenis. Nasib baiklah jauh kat Puchon , kalau dekat memang dah terjah vawak family berbuka di sini

    ReplyDelete
  7. nampak meriah betul ye hidangan di sini. pelbagai variasi makanan ditawarkan. harga yg ditawarkan juga berbaloi dan setimpal dengan makanan dan lokasi. nanti nk ajak family berbuka di sini

    ReplyDelete
  8. Sedapnya semua makanan di sini. I should go try this buffet too

    ReplyDelete
  9. Nyesal pulak tgk siang2 ni , semua nampak sedap2 omg ..

    ReplyDelete
  10. LOKASI DIA MEMNG STRATEGIK YE..BESAR PULAK TU DEWAN..KAWASAN LUAS..PARKING PUN BANYAK..MEMANG SEDAP MAKANA DEKAT SINI..KITA SUKA SEMUA..EHHEE.E..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah gambar2 makanan ni semua buat orang terliur je kat sini. Haha.. Setting tempat ni nampak menarik sangat dan santai2.. Menu makanan yang ada pun menarik dan harga pun berpatutan. Cuma alaa kat Puchong tu yang macam susah sikit nak pergi nak redah jam dari Kajang ni. Bertuah orang2 Puchong tu dpt berbuffet di sini Ramadan ni.

    ReplyDelete
  12. Menu pelbagai dgn harga yg berbaloi.. Mmg wajib AM singgah nnti .. Lagi berbaloi beli pakej satu meja kan?? Leh la ajak boss berbuka ramai2 dgn staff lain di sini nnti..

    ReplyDelete
  13. Tengok makanan dia sedap-sedap. Nama dia macam kat luar negara. Ingatkan moka gi luar negara tadi. Kira berbaloi la harga bawah Rm70 tu. Kalau ada review kat Puchong boleh singgah sini buka puasa.

    ReplyDelete
  14. Nampak selesa aje tempat ni..sure pengunjung dtg berbuka rasa best. Makanan pun tgok sedap2 gak. Harga pun berpatutan lagi. Kalau sis ada hal kat area sana..boleh le singgah berbuka kat sini

    ReplyDelete
  15. perghhhhh! rindu gila dengan kambing grill lemon tu! Makanan dekat Lugar De La Boda ni semua puas hati dan rasa macam nak pergi berbuka puasa lagi kat sana ni,hehe..parking kereta pun luas.

    ReplyDelete
  16. Syoknya tengok Menu2 dia yg meriah, ada kambing grill best tu.. klu kak dah blur nk mkn mana dulu

    ReplyDelete
  17. Menarik menu nye. Bagus dia buat pakej macam ni. Boleh book 1 meja, dan pakat tong² dengan family members.

    ReplyDelete
  18. Wah best, tempat nyer menarik and varieties of makanan pun lengkap. Spotted many dishes that i like plus the price pun reasonable kan.

    ReplyDelete