KURMA SEDAP DAN SEGAR DI BERKAT MADINAH KAJANG

Kurma cukup sinonim dengan Bulan Ramadan. Makan buah kurma ketika berbuka puasa dan bersahur adalah sunnah. Jadi, tidak hairanlah kalau orang berpusu-pusu mencari kurma bila menjelangnya Bulan Ramadan. Persoalannya, kat mana nak dapatkan kurma segar dari Madinah atau Tanah Arab di Malaysia dengan harga yang murah dan berpatutan?


Untuk perkongsian kali ini, aku nak kongsikan satu lokasi terbaik untuk korang mencari dan membeli kurma. Bukan setakat kurma ada, malah macam-macam jenis makanan dari Tanah Arab ada dijual di sini. Pendek kata, Pasar Raya Arab Berkat Madinah ini adalah antara one stop centre terbaik yang ada di Malaysia untuk mendapatkan produk makanan Arab especially kurma.


Hari tu aku ada share insta stories dan gambar di Instagram dan Facebook time pergi ke Berkat Madinah Cawangan Kajang. Ramai yang duk tanya, "Murah ke kurma kat sana?', "Apa lagi yang ada di Berkat Madinah tu?", "Kat mana Berkat Madinah ni?", dan macam-macam lagi. Jadi, untuk menjawab semua soalan korang, aku terpanggil untuk share semua info berkaitan Berkat Madinah di blog. Semoga bermanfaat untuk korang yang tengah mencari tempat membeli kurma borong di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Paling penting, kurma di Berkat Madinah adalah segar dan sedap.


Selain pelbagai jenis kurma, Berkat Madinah juga ada menjual pelbagai produk makanan lain dari Arab. Antaranya kekacang seperti kacang gajus, kacang pistachio, badam, walnut dan macam-macam lagi. Selain itu, Berkat Madinah juga ada menjual roti segar dan manisan dengan menggunakan resepi dari Tanah Arab setiap hari. Antara yang mencuri perhatian aku semestinya Baklava. All time favorite.


Kalau korang masuk je Berkat Madinah, korang pusing-pusing la satu pasaraya. Definitely, korang akan jumpa semua produk dari Tanah Arab. Antaranya yogurt, minyak zaitaon, rempah-ratus, nasi beriani, madu, coklat, perfume dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua ada! Syiok betul datang shopping kat sini. 


Apa yang paling aku suka tentang Berkat Madinah selain daripada variati produk yang ada dijual, kat sini juga ada macam-macam jenis kurma. Nak yang timbang kilo ada, nak yang dalam kotak-kotak kecil ada, nak beli borong dalam kotak besar ada, nak yang mahal atau yang murah ada. Dan lagi satu nak beli yang kotak eksklusif untuk buat ole-ole atau buah tangan untuk orang lain pun ada. Complete! Pilih je nak yang mana. Kurma yang ada di Berkat Madinah korang boleh try dulu, then baru beli. Yang penting, kurma yang dijual sedap dan segar dari Madinah.


Bila masuk je Berkat Madinah, aku jadi excited. Ye lah, time ni la nak try semua jenis kurma yang ada. Aku excited bila dapat try kurma Ajwa yang paling mahal tu. Subhanallah, rasa dia memang sedap. No wonderlah mahal. Antara jenis kurma yang ada di Berkat Madinah adalah Mabroom, Safawi, Anbara, Ajwa, Sukari, Mariami dan macam-macam lagi.


Mesti korang tertanya-tanya kan, apa kelebihan beli kurma di Berkat Madinah? Hah, kat sini aku nak share beberapa info menarik tentang kurma yang ada di Berkat Madinah.

  1. Kurma yang dijual adalah segar mengikut musim
  2. Aneka jenis kurma
  3. Menawarkan lebih dari 100 jenis kurma segar
  4. Kurma dijual pada harga borong. Lebih menjimatkan!
  5. Menyediakan kurma premium yang tiada di tempat lain
  6. 100% diimport dari Madinah


Sesetengah orang suka beli yang timbang, sesetengah orang suka beli dalam kotak. Don't worry, kalau datang beli kurma di Berkat Madinah, korang ada banyak pilihan. Btw, kat sini aku nak share beberapa jenis kurma dan produk-produk lain yang ada di Berkat Madinah. Mana tahu, dah dekat Ramadan ni korang tengah survey nak beli kurma untuk family atau member-member office ke kan!? Check it out!







Berbalik kepada soalan korang, "Kat mana lokasi Berkat Madinah ni?". Ok, untuk pengetahuan korang semua, Berkat Madinah ada membuka cawangan di Kajang, Ampang dan Shah Alam. Selain itu, Berkat Madinah juga ada membuka kiosk di Ampang Point dan MyTown. Jadi, kalau korang nak beli kurma dengan harga borong atau kurma fresh dari Madinah, bolehlah berkunjung ke cawangan Berkat Madinah yang berdekatan.



BERKAT MADINAH CAWANGAN KAJANG

Alamat:
Ground Floor Unit No. PA-S-17 Pearl Avenue,
Shop Jalan Pasir Emas,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari
10 Pagi hingga 11:30 malam

Telefon:
011-11113442

Website

Facebook

Instagram


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat mneyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat especially kepada semua pembaca blog ni. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah. Banyaknya pilihan dan pelbagai jenis kurma yang ada. Disebabkan bulan puasa pun sudah hampir tiba, elok sangat kalau boleh dapatkan kurma ini dengan segera.

    ReplyDelete