BUFFET RAMADAN 2017 : BANGI GOLF RESORT

/
0 Comments
Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort adalah antara buffet Ramadan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan Bangi, Kajang, Kuala Lumpur dan Selangor. Selain menyajikan ratusan juadah untuk berbuka puasa, harga yang ditawarkan juga adalah antara yang termurah berbanding buffet-buffet Ramadan di tempat lain. Dengan hidangan yang pelbagai dan hidangan yang memenuhi citarasa, semestinya Buffet Ramadan 2017 di Bangi Golf Resort menjadi lokasi tumpuan para pelanggan.


Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort


Setiap tahun, kami juga tak akan melepaskan peluang untuk berkunjung sendiri ke Bangi Golf Resort bagi menikmati juadah Buffet Ramadan di sini. Untuk tahun ini, Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort bermula dari 29 May 2017 hingga 23 Jun 2017. Untuk pengetahuan korng, Restoran BGR adalah antara restoran yang telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Paling penting, Bangi Golf Resort merupakan antara kelab golf di Malaysia yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009. 


Seleksi Menu Pilihan


Setiap orang ada menu favorite masing-masing kalau pergi makan buffet. Contohnya, buffet Ramadan macam  ni. Kalau nak datang buffet Ramadan, mesti kita dah aim nak makan apa kan? Macam aku, aku paling gemar kambing bakar dan part dessert. Part ni memang wajib try. Yang lain-lain tak apa tak dapat try, yang penting apa yang ada dalam list sempat rasa.


Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak


Kalau korang pergi berbuka puasa atau Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort, jangan lupa untuk mencuba sendiri kambing bakar dan sup kambing mamak. Dua menu utama ini memang wajib cuba! Walaupun ramai yang beratur tunggu giliran untuk dapatkan daging kambing dan sup kambing mamak, tapi memang kena gigihkan diri untuk dapatkannya. Rugi beb kalau tak try, hehehe.


Lemang, Rendang Daging, Serunding Ayam dan Serunding Daging


Then, menu seterusnya yang aku suka adalah lemang dan rendang daging. Kalau nak lagi sedap, boleh juga makan lemang bersama serunding daging dan serunding ayam. Walaupun menu macam ni biasanya disediakan di hari raya, namun boleh didapati di buffet Ramadan termasuklah di Bangi Golf Resort. 

Juadah Buffet Ramadan 2017 

Bangi Golf Resort


Selain menu-menu pilihan seperti di atas, terdapat beratus-ratus lagi menu yang disajikan di Buffet Ramadan, Bangi Golf Resort. Pendek kata, kalau nak cerita satu per satu, memang tak habis lah, hehe. Apa kata, untuk pendekkan cerita, korang tengok je gambar-gambar yang sempat aku snap sewaktu kunjungan ke Bangi Golf Resort. Mana tahu, ada yang tengah survey mencari tempat untuk berbuka puasa dan buffet Ramadan. At least, boleh tengok menu-menu yang disediakan sebelum korang decide untuk booking.
 

Sup Kambing Mamak


Kambing Bakar


Satay Ayam dan Satay Daging


Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak merupakan menu tarikan utama yang disajikan di Bangi Golf Resort. Ia disediakan oleh chef yang berpengalaman. Selain itu, korang juga berpeluang untuk menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas-panas. Bukan itu je, satay ayam dan daging pun ada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.


Soto Ayam


Lagi satu, korang wajib cuba menu special di Bangi Golf Resort iaitu "Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma". Bukan menu masakan Melayu je ada, western foods pun ada seperti Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara yang semestinya menjadi pilihan alternatif kepada penggemar makanan barat. Selain itu, jangan lepaskan peluang menikmati sendiri menu terbaru tahun ini iaitu Peri-Peri Chicken Drumlets.


Lasagna


Peri-Peri Chicken Drumlets


Rendang Daging Tahi Minyak


Untuk tahun ini, pihak Bangi Golf Resort menampilkan Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama. Menu ini dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato. Amacam, menarik kan? Hah, belum cuba belum tahu!


Nasi Lemak


Mee Rebus


Ayam Goreng


Golden Sand Spaghetti Carbonara


Oh, sebelum terlupa. Nak bagitahu, korang juga seharusnya mencuba sendiri Nasi Ayam Hainan/. Menu ini adalah salah satu masakan Oriental yang diketengahkan oleh pihak Restoran BGR. Mereka telah berjaya mengaplikasikan teknik terbaik dalam penyediaan menu Nasi Ayam Hainanese dengan memasak ayam sehingga empuk untuk mendapatkan tekstur yang sempurna. Nasinya pula diperkaya dengan lemak ayam untuk memberi rasa yang lebih umphhh! Nasi Ayam Hainanese lebih sempurna jika dipadankan dengan sos cili halia dan bawang putih.

Variasi Seleksi Dessert

Tidak lengkap buffet Raamdan di Bangi Golf Resort tanpa variasi seleksi dessert seperti tahun-tahun sebelumnya. Antara yang menjadi tarikan untuk tahun ini adalah "Spanish Churros" bersama sos coklat pekat, pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. Selain itu, ada beberapa penambahan dari segi seleksi dessert untuk memastikan para pengunjung berpuas hati dengan pilihan yang ada dan berbaloi dengan harga yang dibayar.


Aneka jenis kek dan puding


Aneka jenis kuih-muih


Antara barisan pencuci mulut yang bakal memberikan kepuasan adalah Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Valvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate ), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.


Kuih-muih Melayu


Swiss Rolls


Untuk Buffet Ramadan kali ini, satu kelainan yang dibawakan oleh pihak Bangi Golf Resort adalah bila mereka juga turut menyediakan durian sebagai salah satu menu tambahan. Jadi, untuk korang yang suka makan durian, boleh membeli durian dan aneka jenis juadah yang berasaskan durian seperti kek, gelato ais krim dan sebagainya pada harga yang berpatutan di sana!


Chef Kamaruddin di Stall Durian


Secara keseluruhannya, Bangi Golf Resort menyajikan lebih kurang 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular ala melayu, barat dan timur. Buffet Ramada pada harga serendah RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak, semestinya ia cukup berbaloi. Para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara "live" dan buffet Ramadan di BGR bermula dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. 


Usah risau, usah khuatir dengan tempat parking. Pihak BGR telahpun menyediakan kawasan parking yang luas dan mampu memuatkan sehingga 800 buah kereta. Untuk menunaikan solat, surau juga disediakan berdekatan dengan dewan makan. Jadi, kalau berminat untuk mencuba buffet Ramadan di sini, cepat-cepat buat tempahan sebelum terlambat.


Harga Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort 2017
RM58 nett dewasa
RM28 nett kanak-kanak
6.30 pm hingga 9.30 pm setiap hari

Alamat:
Bangi Golf Resort,
No 1 Persiaran Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


Untuk maklumat lanjut tentang pakej Buffet Ramadan 2017 di Bangi Golf Resort atau buat tempahan/ booking, bolehlah hubungi nombor dan email seperti berikut:

No. Telefon:
+603 89253728 / 603 8210 2288

Email:
sales@bgrrest.com


Ikuti perkembangan terkini mengenai Bangi Golf Resort dan promosi-promosi hebat di website dan laman sosial media Bangi Golf Resort. Cekidoutt!!!

Website:

Facebook:

Instagram :


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...