HAINAN BREAD SET DI PAPPARICH HANYA RM8.88

Ini cerita minggu lepas. Cerita hujung minggu, seminggu sebelum menjelangnya bulan Ramadan. Macam biasa, hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk projek Jalan-Jalan Cari  Makan (JJCM). Dan kali ini, aku terjah Restoran PappaRich di Scott Garden. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang menu baru dan promosi terbaru yang ada di PappaRich. Mana tahu kan, ada pembaca di luar sana mati kutu nak pilih menu apa bila bertandang ke PappaRich. Jadi, meh nak suggest menu yang patut korang cuba. Here we go!


Biasanya, kalau singgah di PappaRich apa yang korang order? Kalau aku, menu yang selalu order di PappaRich adalah Nasi Lemak Ayam Rendang. Tapi, kali ini aku rasa nak cuba sesuatu yang lain. Bila sampai di PappaRich outlet di Scott Garden, ternampak bunting yang diletakkan di sebelah pintu masuk. "All-day Hainan Bread Set for RM8.88". Fuh, tengok macam mengancam! Memang tak fikir panjang, memang dah aim nak order set roti Hainan. Dengan harga di bawah RM10, dapat satu set roti dan secawan kopi/ teh tarik. Paling penting, menu ini bukan terhad untuk breakfast sahaja. Hainan Bread Set ini available sepanjang hari di semua outlet PappaRich seluruh Malaysia. 


The Hainan bread served at PappaRich comes from a 70-year-old recipe


Siapa kat sini tahu asal-usul Roti Hainan? Kalau nak tahu, asal-usul Roti Hainan datangnya daripada peneroka kaum Cina yang menetap di Malaysia. Hainan di sini bukanlah merujuk kepada daerah Hainan di China, tapi kepada kelompok masyarakat yang mendiami Malaysia sejak bepuluh tahun yang lalu. Dan menariknya, menu roti Hainan ini sudah sebati dengan masyarakat Malaysia dan resepi turun-temurun ini sudahpun mencecah 70 tahun. Wow! Dah jadi makanan tradisi ni. 


Steamed Hainan Bread with butter + kaya and White Coffee


Dan untuk kali ini, aku mencuba Steamed Hainan Bread yang dihidangkan bersama butter dan kaya. Tidak ketinggalan, set yang dipesan dilengkapi dengan secawan White Coffee. It's a perfect combination. Setiap orang ada preference masing-masing. Ada yang suka roti steam, ada yang suka roti bakar. For me, I more prefer roti steam. Tekstur rotinya yang lembut dan gebu, disapu pula dengan butter yang lemak masin dan kaya yang lemak manis, memang memberikan rasa yang cukup sempurna. 


Untuk setiap set yang dipesan, kita ada 3 pilihan minuman yang boleh dipadankan dengan set roti Hainan. Boleh pilih original coffee, white coffee atau teh tarik. Antara ketiga-tiga pilihan yang ada, I go for white coffee! Fuh, at the first sip, it made me smile. Pilihan yang tepat. Apa yang aku suka white coffee berbanding dengan original coffee adalah rasanya yang lebih creamy dan manis. 


PappaRich is a food and beverage franchise which started in Malaysia around 2006
They offer traditional Malaysian cuisines and drinks as well as other types of dishes


Selain daripada menu baru "Hainan Bread Set", PappaRich juga menyajikan pelbagai menu tradisi Malaysia dan pelbagai jenis minuman. So guys, kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa terjah ke outlet-outlet PappaRich yang berdekatan. Oh ya, sebelum terlupa. Promosi Hainan Bread Set yang aku makan tu hanya untuk beberapa bulan je tau. Hah, cepat-cepat lah pergi cuba sementara promosi berlangsung. Murah je, cuma RM8.88!


Hainan bread set comes in either traditionally toasted or steamed Hainan bread
Served with a rich serving of kaya and butter
3 drinks choices that comes with the set are; classic PappaRich coffee, teh Tarik, or white coffee


Untuk korang yang berminat nak mencuba sendiri set roti Hainan di Papparich, tak kiralah untuk breakfast, lunch atau dinner, bolehlah pilih sama ada nak makan Toasted Hainan Bread atau Steamed Hainan Bread. Kedua-dua menu dihidangkan bersama butter dan kaya. Set hidangan dilengkapi dengan 3 pilihan minuman iaitu coffee, white coffee. 


Hainan Toast with butter + kaya
1 cup of drink - Coffee / Teh Tarik / White Coffee
Additional RM1 for ice - Coffee Ice / Teh Tarik Ice / White Coffee Ice


Steamed Hainan Bread with butter + kaya
1 cup of drink - Coffee / Teh Tarik / White Coffee
Additional RM1 for ice - Coffee Ice / Teh Tarik Ice / White Coffee Ice


Nak tengok promosi-promosi hebat lain dari PappaRich, korang boleh refer laman sosial media PappaRich seperti Facebook dan Instagram. Apapun, selamat mencuba!


Website:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

0 Comments