JOM UNDI SHORT FILM FILODOXIA

First time tengok video Filodoxia adalah di website plus.com.my! Bila tengok je pelakon untuk short film Filodoxia ni, "Eh, macam kenal!". Rupa-rupanya, memang betul dia. Siapa tak kenal dengan Dhiya Aizat kan? Bukan  setakat seorang PR yang sangat friendly, malah seorang runner kental. So, guys. Siapa yang kenal Dhiya jom kita pakat support video penyertaan beliau untuk contest ini dengan hanya mengundi (VOTE) menggunakan akaun facebook masing-masing.



Anda bukan sahaja membunuh nyawa
Malah anda membunuh impian

JANGAN GUNAKAN TELEFON KETIKA MEMANDU!





Short fiml Filodoxia ini adalah hasil karya saudara Syahiran Bin Sukardi. Filodoxia mengisahkan tentang seorang pemuda, Dhiya yang sangat obses terhadap smartphone. Pendek kata, 24 jam lah dengan  smartphone especially rekod video, selfie dan buat live on social media. Nak tahu apa kesudahan cerita seorang Filodoxia? Hah, korang kena tengok sendiri video ini. Kesudahan yang agak mengejutkan dan memberi tamparan hebat buat kita semua yang terlalu taksub dengan gajet. 


Semoga selepas ini, kita semua sedar akan bahana apabila terlalu taksub dengan smarphone tak kira tempat dan masa. Lepas ni semua kena pakat beringat. Bila berada di jalan raya terutamanya ketika driving atau melintas jalan, mata kena alert dan beri tumpuan seratus peratus. Simpan dulu smartphone dalam poket. Dah sampai ke rumah/ pejabat, baru sambung balik aktiviti bersama smartphone. Okay?




Memandangkan short filem Filodoxia ini dah tersenarai sebagai Top 10 finalist untuk PLUS MUFORS ROAD REELS Short Video Competition 2017, jadi nak ajak kawan-kawan semua supaya pakat VOTE video ini. Caranya mudah saja, boleh refer step by step seperti di bawah!

CARA-CARA MENGUNDI

1. Klik link http://www.plusmuforsroadreels.com.my/
2. Pilih short film berjudul "FILODOXIA -Syahiran Bin Sukardi"
3. Klik "VOTE"
4. Log in dengan menggunakan FACEBOOK
NOTE: Tick box "I have read and agreed to the Terms & Conditions"
5. Setiap orang boleh VOTE 5 kali


Ingat tau! Boleh vote 5 kali. So, jom pakat VOTE FILODOXIA


SHORT FILM FILODOXIA 


Video Short Film Filodoxia ini adalah video untuk kempen #SaferTogether anjuran PLUS sempena PLUS MUFORS Road Reels Short Video Competition. Boleh tonton kat sini dan jangan lupa vote di website http://www.plusmuforsroadreels.com.my/


 


Kepada Dhiya dan team, all the best for this competition! Semoga ada rezeki buat Dhiya dan rakan-rakan. Kepada semua yang sudah mengundi untuk short film Filodoxia, terima kasih banyak-banyak. Nanti pakat tolong hebah-hebahkan ye. Tarikh akhir undian adalah pada 19 May 2017 dan keputusan akan diumumkan pada 23 May 2017.

Post a Comment

0 Comments