3 KOLEKSI MEN SHIRTS PILIHAN HATI

/
0 Comments
Fesyen untuk lelaki tidak terlalu rumit dan kompleks macam fesyen untuk perempuan. Cukuplah 3 jenis shirts yang kita ada, maka sudah memadai untuk disesuaikan dengan apa jua situasi dan keadaan. Mesti korang nak tahu kan? Apa jenis-jenis men shirts yang perlu kita ada sebagai lelaki untuk tampil segak dan bergaya setiap masa tidak kira untuk kerja, leisure ataupun casual looks.





Untuk perkongsian kali ini, aku nak share sedikit sebanyak pengalaman aku memilih shirts untuk memenuhi tuntuan harian sebagai seorang full-time Executive Officer dan part-time blogger.


Berbicara soal fesyen hari ini, ia bukan hanya tertumpu kepada golongan perempuan sahaja. Fesyen untuk lelaki pun tidak kurang hebatnya. Semakin meluas dan diterima umum saban hari. Macam-macam gaya, macam-macam style, dan macam-macam design mengikut trend ada di pasaran untuk kaum lelaki. Hanya perlu pilih ikut kesesuaian dan citarasa.


Untuk perkongsian kali ini, meh nak share koleksi men shirts yang akan membantu kita untuk tampil maskulin, tampan dan bergaya setiap masa. Muka tak handsome tak apa, janji pakaian kena kemas, hehehe. Itu aku lah. Korang yang sedia handsome, pakai apa pun confirm terletak elok!


1. KERJA


Aku adalah seorang pekerja full-time. 5 hari seminggu, dari hari Isnin hingga Jumaat. Mula kerja 8:45 pagi dan balik 5:45 petang. Itulah rutin harian sebagai pekerja tetap sepenuh masa yang menuntut aku untuk sentiasa berpakaian kemas, formal dan mengikut dress code yang telah ditetapkan.


Mungkin ada di antara kita yang kerja di office juga. Tetapi ada yang bebas untuk berpakaian casual atau leisure. Bertuah mereka! Macam aku, memang kena selalu berkemeja lengan panjang. Mujurlah sekarang koleksi baju kemeja pun banyak yang style dan trendy. Bukan yang besar, gelebeh dan corak old school. Sekarang dah ada yang slim fit dan ada yang cutting biasa dengan pilihan warna yang pelbagai. Apa yang pasti, pilihan kita mestilah tepat untuk tampil smart dan confident di tempat kerja.





2. LEISURE


Untuk hari Jumaat pula, aku memang diberi sedikit kelonggaran. Kalau hari Isnin sehingga Khamis kena berkemeja lengan panjang, hari Jumaat kami diberi kebebasan untuk pakai polo shirt atau short sleeve shirt. Boleh la bergaya sikit tanpa nampak terlalu formal.


Biasanya, hari Jumaat dapat balik awal sikit berbanding hari biasa. 4:45 petang dah boleh balik. Time ni lah ada masa terluang untuk keluar lepak-lepak dengan member. Kick start untuk weekend orang kata. Jadi, shirt yang menjadi pilihan semestinya kemeja lengan pendek. Tampak lebih santai, tapi tetap ada gaya. Sesuai untuk leisure! Habis waktu kerja, terus keluar lepak dengan member-member.





3. CASUAL


Hidup sebagai part-time blogger pula menuntut aku untuk tampil kemas dan bergaya setiap masa. Especially apabila menerima jemputan untuk menghadiri event, food review dan sebagainya. Untuk situasi macam ni, biasanya aku akan pilih shirt yang sesuai ikut majlis. Looks more casual! Casual ni nak kata formal tidak, nak kata leisure pun tidak. Ia berada di kelas pertengahan. Suite for both situations, and more universal!


Kadang-kadang, time hujung minggu kalau ada kenduri-kendara atau meeting dengan clients, casual shirts akan menjadi pilihan. Yang penting, kena padankan dengan seluar dan kasut yang sesuai.




So, itulah antara 3 koleksi men shirts yang wajib kita ada. Work, leisure and casual! Kalau dah ada kesemua koleksi macam kat atas tu, don't worry. You'll not go wrong. Anytime, anywhere, just wear it! 


Pssst! Nampak ada promotion di Zalora.com untuk design men shirts terbaru. Harga pun murah-murah. Nak pi skodeng sat, nak beli tambah koleksi. Jom!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...