ROOPAWAN TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA 2017

Roopawan merupakan portal membeli-belah atas talian yang semakin mendapat tempat di hati para peminat fesyen tanah air. Dengan tagline, "Modern, Modest, Muslims", Roopawan berada di kelasnya yang tersendiri. Tampil berbeza dengan portal membeli-belah yang lain, Roopawan mengambil pendekatan menghimpunkan jenama-jenama terkenal di Malaysia dan juga jenama-jenama antarabangsa di bawah satu bumbung. Kini, para pelanggan boleh mendapatkan koleksi terkini yang menjadi idaman mereka hanya di hujung jari di www.roopawan.com!




Roopawan tampil dengan Koleksi Raya 2017 sempena Roopawan Lebaran Fashion Preview 2017 yang telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur selaku penaja lokasi. Majlis yang julung kalinya diadakan oleh pihak Roopawan ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah,


Kempen #LebaranRoopawan menampilkan koleksi istimewa dari seleksi fesyen Aidilfitri 2017. Antara jenama yang diperagakan termasuklah Nawre, Eddymohaizz, FAKL x Hijrah Couture, Bajufoundry, Syaraz Couture, Tuhfah. Selain itu, koleksi oleh Karyaneka juga turut diperagakan kepada hadirin yang datang. Majlis Peragaan fesyen Aidilfitri kali ini dimeriahkan dan diserikan  lagi dengan persembahan istimewa oleh Ismail Izzani selain kehadiran selebriti remaja Nabila Razali, Mia Sara dan lain-lain. Jadi, untuk anda yang tak sempat pergi ke event Roopawan tempoh hari, don't worry! Kalau anda mencari baju raya, bolehlah kunjungi laman portal roopawan.com untuk melihat sendiri koleksi istimewa sempena Raya 2017.


ROOPAWAN
Lebaran Fashion Preview 2017












MAJLIS PELANCARAN ROOPAWAN.COM


Sempena Majlis Lebaran Fashion Preview 2017 juga, maka dengan itu portal membeli-belah atas talian, Roopawan.com dilancarkan dengan rasminya oleh YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, Dato’ Mohamed Zain Abdul Malek (Presiden Kelab Rakan Malaysia), Dato’ Siti Hendon (Presiden Perak Ladies Club) dan Dato, Hajah Zuraida (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Tahniah diucapkan kepada team Roopawan dan #Roopawaners!





“Kami komited untuk terus menyahut agenda kerajaan dalam memacu perniagaan e-dagang di Malaysia. Malah, Roopawan mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia menerusi penembusan pasaran ke seluruh Asia Tenggara kelak menerusi strategi pemasaran yang berkesan selain sokongan pelabur berpotensi,” 

Mohd Fuad Mohd Noor, Pengasas bersama Roopawan





“Roopawan menyasarkan kepada pasaran Muslim yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Roopawan melihat potensi dunia perniagaan atas talian Muslim yang belum diteroka sepenuhnya, justeru Roopawan dilihat berada pada kedudukan strategik untuk berkembang lebih jauh,”

Siti Amalina Ariffin, pengasas bersama Roopawan




Kalau nak tahu, bukan koleksi Raya 2017 je ada, macam-macam barang keperluan harian seperti perfume dan pewangi rambut, kurta lelaki, pakaian perempuan, naskhah Al-Quran, masker kunyit, jam tangan, aksesori wanita, sejadah dan macam-macam lagi. Pelbagai jenama dari dalam dan luar negara ada. Untuk korang yang pertama kali mendengar tentang Roopawan. kat sini diselitkan sedikit-sebanyak info berkaitan Roopawan.com. Cekidout!!!


ROOPAWAN.COM


  1. Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2017 oleh YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, Dato’ Mohamed Zain Abdul Malek (Presiden Kelab Rakan Malaysia), Dato’ Siti Hendon (Presiden Perak Ladies Club) dan Dato, Hajah Zuraida (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 
  2. Portal Roopawan telah menyenaraikan lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa menerusi platform e-dagangnya yang memfokuskan kepada pasaran fesyen Muslim, produk kecantikan halal termasuk kelengkapan ibadah. 
  3. Semenjak diperkenalkan mulai Ogos 2016 yang lalu, Roopawan telah mencatatkan sehingga 222,661 bilangan paparan halaman dan 18,244 jumlah pelawat unik. 
  4. Antara jenama fesyen yang ditawarkan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Celovis, Gung Jewellery, K’EET Jewels, Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah), Dokoh yang popular di kalangan selebriti dan Kurta Lelaki dari jenama FAKL2015.
  5. Antara jenama antarabangsa yang menyertai termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia. 



Di kesempatan ini, MoKA nak ucapkan selamat maju jaya kepada Roopawan di atas pelancaran rasmi laman portal www.roopawan,com dan kejayaan mereka melancarkan Majlis Lebaran Fashion Preview 2017. Semoga semakin sukses selepas ini.


Untuk semua pembaca yang ingin menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com atau ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.

Post a Comment

2 Comments