INOVASI TERUNGGUL DASHING ADVENTURER 2.0

/
0 Comments
Ingat lagi tak pasal rangkaian produk pembersih muka dari Dashing yang aku pernah share di blog hujung tahun lepas? Kalau tak ingat, atau tak pernah baca, boleh klik sini. Frankly speaking, dari tahun lepas sampailah sekarang, still guna produk pembersih muka dari Dashing. Genap setahun, nampaknya stok pun dah habis. Untuk perkongsian kali ini pula, aku berbesar hati nak share tentang satu lagi produk dari Dashing. Ini pun produk yang sedang aku guna sekarang. Nak tahu apa? Nin dia, inovasi terunggul yang pertama di Malaysia iaitu Dashing Adventurer 2.0!




Sebut saja pasal Dashing Adventurer 2.0 ni, memang sesuai sangatlah dengan gaya hidup aku yang suka ke sana ke mari. Kalau weekdays, pergi kerja pagi, balik petang. Kadang-kadang, sampai ke malam in case ada food review atau ada kena attend event bloggers. Weekend pulak, kalau tak travel ke mana-mana, atau balik kampung, aku prefer join event bloggers tak pun keluar jalan-jalan. So, memang kena spare Dashing Adventurer 2.0 dalam bag setiap masa. Rasa tak selesa, boleh sembur-sembur kasik bau wangi sikit. This one is special for explorer and adventurer!


Untuk golongan lelaki di luar sana yang lasak, cergas, dan mempunyai semangat ingin tahu especially untuk traveler/ explorer yang suka mengembara ke seluruh pelosok dunia, penjagaan diri adalah amat penting. Sebagai jenama yang melambangkan gaya santai, gaya hidup yang menyeronokkan dan penuh keyakinan, Dashing sentiasa tampil untuk melengkapi gaya hidup lelaki untuk tampil wangi tak kira di mana jua kita berada dan amat berguna pada bila-bila masa. Pendek kata, Dashing ni dapat menjadi senjata utama untuk tampil hebat sebagai Adventurer!




Kini, Dashing memperkenalkan produk Adventurer 2.0 baharu yang merangkumi Wangian EDT, Deadoran Spray dan Deadoran Roll-on. Paling menakjubkan, Dashing tampil dengan Deadoran spray tanpa gas. Hebatkan? Dengar kata, inovasi Dashing seumpama ini merupakan yang terunggul dan pertama di Malaysia.


Mesti korang tertanya-tanya kan, apa beza deadoran spray ada gas dan tanpa gas? Definitely, the volume inside the bottles. Kalau deadoran spray ada gas, basically cecair semburan dalam tu sikit je sebenarnya. Kadang-kadang, korang sembur tak sampai sebulan dah habis. Sebab apa? Sebab gas yang banyak, cecair wangian dalam tu sedikit je hakikatnya. But, don't worry! Dengan Dashing Adventurer 2.0 ni, special sikit. Deadoran Spray Tanpa Gas pertama di Malaysia yang semestinya tahan lebih lama untuk kegunaan harian dan dijangka mampu bertahan sehingga 2 bulan. Fuh, jimat banyak tu beb.


Ok, selain Dashing Deadoran Spray tanpa gas, 2 lagi produk yang dikeluarkan adalah EDT Perfume dan roll-on. Nak tahu berapa harga untuk setiap produk dan variasi pilihan yang ada? Boleh cek di bawah!


EDT 50ML
Terdapat dalam 2 variasi: EDGE 2.0 dan XTREME 
Harga: RM18.90

EDT 100ML
Terdapat dalam 3 variasi: BOLD 2.0EDGE 2.0 dan PURE ENERGY
Harga: 34.50 


Semburan Deadoran "No Gas" 150ML
Terdapat dalam 3 variasi: BOLD 2.0EDGE 2.0 dan PURE ENERGY
Harga: RM18.90


Deadoran Roll-Ons 40ML
Terdapat dalam 3 variasi: BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY
Harga: RM6.50


Siapa kat sini pengguna Dashing? Yeazza, kita gang! So, kalau nak try Dashing Adventurer 2.0 ni, bolehlah dapatkan produk terbaru mereka di pasaran sekarang. Untuk awek-awek di luar sana, akak-akak dan makcik-makcik, bolehlah beli produk Dashing untuk pasangan masing-masing ye. Beli buat hadiah birthday ke, anniversary ke, cun jugak ni, hehehe. Kalau dorang tak mau, bagi je kat saya, kikikiki. 


Apapun, untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Dashing, boleh layari laman sesawang ataupun hubungi mereka melalui laman media sosial seperti di bawah!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...