JENAMA UNTUK SEMUA DI LAZADA ONLINE REVOLUTION

/
0 Comments
Sebut saja tentang online shopping, antara website paling user-friendly di Malaysia adalah Lazada. Sama ada akses menggunakan laptop/ komputer, ataupun menerusi aplikasi di mobile phone, Lazada menjanjikan pengalaman shopping online yang mudah, cepat dan efficient.  Secara peribadi, dah banyak produk yang telah aku beli menggunakan servis dari Lazada tak kira untuk penggunaan peribadi, travel-essential, mahupun barang keperluan untuk keluarga especially peralatan memasak. Pendek kata, macam-macam ada di Lazada.


Overall experience shopping di Lazada, semua barang yang dipesan diterima dalam keadaan yang baik. Cuma ada sekali tu parcel yang ditunggu tak sampai-sampai. Rupa-rupanya, barang yang dibeli returned kepada pihak Lazada atas sebab pihak courier (GDEX) tak dapat hubungi penerima. Fortunately, setelah berurusan dengan customer service Lazada, bagi details produk yang dipesan semua tu, akhirnya dapat balik duit yang telah dibayar sebagai refund. Fuh, lega! Apa yang terjadi, tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus shopping di Lazada. Lebih-lebih lagi, banyak produk/ barang dari pelbagai jenama dijual pada harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran.




Terkini, pihak Lazada menjalankan satu kempen jualan atas talian (online sale) secara besar-besaran sempena Online Revolution bermula 11 November 2016 sehingga 12 Disember 2016. Jadi, kalau korang mencari-cari produk/ barang dengan harga murah dan diskaun hebat, boleh terjah website Lazada sekarang. Masih belum terlambat ni sebelum Online Revolution 2016 berakhir.


Online Revolution


Lazada Online Revolution



Mesti ada yang tertanya-tanya, "Apa dia Lazada Online Revolution ni sebenarnya?". Untuk menjelaskan dengan lebih terperinci, kat sini aku share 9 fakta menarik mengenai Lazada Online Revolution. Cekidout!!!

  1. Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
  2. Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia
  3. Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa
  4. Lazada Online Revolution bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016
  5. Penganjuran jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.
  6. Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. 
  7. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
  8. Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. 
  9. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.

“Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.
“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur” 
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia


Parcel of Joy


Sempena berlangsungnya kempen Online Revolution, pihak Lazada telah menghantar satu parcel eksklusif yang dinamakan Parcel of Joy! Macam biasa lah, bila kita dapat parcel, excited nak buka tu lain macam sikit happy. Nak tahu apa yang kita dapat. Macam tu juga kalau kita shopping online, bila barang yang dah kita order sampai depan pintu, fuh excited dia lain macam. Rasa nak terkam je buka terus. Betullah tu mesej yang pihak Lazada nak sampaikan kat sini, "Parcel of Joy". Nak tengok apa yang ada dalam "Parcel of Joy" yang aku terima tempoh hari? Jom, cekidout!!!




Fuh, memang enjoy habis bila buka parcel yang diterima especially bila buka kotak "Find Joy In Every Parcel" tu. Kenapa? Sebab macam-macam produk ada dalam satu kotak. Sama konsep macam Lazada Malaysia, dalam satu platform macam-macam brand ada. So, kat bawah ni aku list down all the items that I've received from Lazada Malaysia. Kalau korang nak dapatkan produk-produk berikut dari Lazada, boleh klik link yang aku sertakan. Happy shopping :)


MILO Promotion Bundle- MILO 2kg X 1 MILO 3in1 18's X 2 MILO NutriG 190ml X 2 FOC Delivery & Ola Bola Bag (Klik sini)


NESCAFE White Coffee Pandan 8x36g (Bundle of 2) (Klik sini)


Nestle Just Milk Full Cream (Klik sini)


Lactokid (Klik sini)


Maggi Royale


Maggi Oat Mee


Mamy Poko


L'Oreal Paris (Klik sini)


Find Joy In Every Parcel by Lazada

Hah, dah tengok kan semua items yang diterima? Chop! Bukan tu je. Ada lagi satu item yang sangat-sangat aku perlukan. Nak tahu apa? Semestinya produk kat bawah ni haaa.

TP-Link Wi-Fi Range Extender

TP-Link Wi-Fi Range Extender (Klik sini)

Produk  ni sangat berguna untuk boost wi-fi coverage tak kira di dalam rumah ataupun di pejabat. TP-Link Wi-Fi Extender ini akan bertindak sebagai external antennas untuk sambungan internet (wi-fi) yang lebih pantas dan laju. Dengan sokongan mode AP, TP-Link Wi-Fi Extender ini akan dijadikan sebagai access-point wi-fi yang baru. So, kalau modem wi-fi duk jauh nun di ruang tamu, kita boleh pasang benda ni di dalam bilik untuk dapatkan connection yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di TP-Link


Ok, sementara Lazada Online Revolution tengah berlangsung beberapa hari lagi sebelum berakhir pada 14 Disember 2016 ni, aku nak sambung usha-usha beberapa produk yang menjadi idaman. Antaranya Trio Cupcake Maker TCC-227 (Blue) yang baru-baru ni out of stock. Sekarang nampaknya dah ada balik. So, better grab cepat-cepat sebelum out of stock. Dah lama family pesan nak suruh beli 3 unit. Apa fungsi produk ni? Kalau nak tahu, benda ni boleh digunakan untuk buat akok. Resepi? Nanti aku share next time ye. Yang penting kena beli ni dulu, hahahaha. Kbai 


Untuk pengalaman shopping yang mengujakan, korang boleh pi serbu www.lazada.com.my sekarang!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...