BUFFET RAMADAN KLANA RESORT SEREMBAN MENAWARKAN KIBAS

/
4 Comments
Buffet Ramadan Klana Resort Seremban menawarkan kibas dari Australia | Tampil dengan juadah yang berbeza sempena bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba, pihak Klana Resort Seremban mempertaruhkan hidangan kibas panggang yang diimport khas dari Australia sebagai juadah utama. Kibas? Ya kibas. Lain dari yang lain. Kebiasaannya hotel-hotel atau lokasi lain menawarkan kambing golek, tapi di Klana Resort Seremban ada kibas. Nak cuba? Jom jom!


Encik Yazid, Pengurus Besar Klana Resort Seremban

Baru-baru ni, aku dan team Projek Travel sempat pergi ke majlis preview Buffet Ramadan Klana Resort Seremban. Actually, sebelum tu kami dah pergi ke sana untuk aktiviti team building (baca sini). Cuma kali ni, lebih excited sebabnya first time nak try makan kibas. Omnomnom! And this is the first Ramadan Buffet review for this year. Jom, aku kongsikan sedikit-sebanyak info berkaitan Buffet Ramadan di Klana Resort Seremban. 


Chef Razak

Untuk Buffet Ramadan kali ni, pihak Klana Resort Seremban menawarkan Kibas import dari Australia sebanyak lebih kurang 200 ekor. Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa beza kambing dengan kibas? Yes, aku pun tanya benda yang sama. Jadi, bila tengok sendiri depan mata dan try sendiri makan, hermm not bad! Antara perbezaan ketara kibas dan kambing adalah kibas kurang hamis dan kebanyakannya mudah didapati di Middle East. Belum cuba belum tahu, nak cuba datang lah sini ye!


Masakan tradisional Negeri Sembilan

Selain kibas dan sos istimewa iaitu sos BBQ kurma, sos coke dope dan sos lada hitam, terdapat pelbagai menu menarik lain yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Antaranya adalah nasi hujan panas, masak lemak perut dengan rebung, udang harimau lemak tempoyak, rendang betik mudo dan ikan sembilang goreng berlado. Macam mana? Menarik tak? Kepada penggemar masakan kampung, memang berbaloi kalau datang sini sebabnya ada banyak pilihan dan paling penting menu yang terhidang memang sedap. Yummeh!


Kuih-muih, Puding, cake dan pastry

Kalau nak tahu, Klana Resort Seremban menyajikan lebih kurang 200 menu di bawah teraju utama iaitu Chef Razak. Menu setiap hari adalah berbeza mengikut 8 pusingan menu yang akan silih bertukar on rotation basis. Selain itu, Klana Resort Seremban menampilkan 16 gerai dengan pelbagai menu istimewa. Dengan kapasiti 700 orang pada satu-satu masa, pengalaman merasai sendiri aneka juadah di sini amatlah bermakna. Nak tahu apa yang ada? Jom, cekdiout!!! 


Aneka pencuci muut dan salad

Mee goreng

Apam Balik

Masak lemak perut dengan rebung

Ikan sembilang goreng berlado

Rendang betik mudo

Gulai telur itik

Udang Harimau lemak tempoyak

Nasi hujan panas

Cekodok pisang, Cucur,, keropok lekor, ubi goreng

Ikan Bakar

Satay ayam dan satay daging


Kalau pergi Buffet Ramadan, mesti ada menu favorite kan? So, untuk Buffet Ramadan di Klana Resort Seremban ni semestinya kibas panggang bersama sos BBQ kurma. Seriously, sos BBQ kurma ni sangat sedap. Korang kena cuba kalau pergi makan kat sana nanti, ok! Lagi satu, masakan-masakan tradisional seperti ikan sembilang goreng berlado, udang lemak tempoyak, rendang betik mudo dan gulai telur itik memang umphhhhhhh! Jumpa masakan kampung macam ni, dapatlah lepas rindu kat masakan bonda kat kampung sana.


Kibas panggang dan sos BBQ kurma. Yummmehhhh!

Menu wajib cuba di Klana Resort Seremban


PROMOSI HEBAT!!!

Promosi Early Bird Ramadan Bulan Mei kini sedang berlangsung sehingga 31 May 2016  yang menawarkan baucer Buffet Ramadan dengan harga serendah RM55/pax SAHAJA (Normal price: RM75/pax). Hidangan utama Buffet Ramadhan kali ini di Klana Resort Seremban yang menjadi tumpuan ialah KIBAS PANGGANG (DORPER SHEEP) yang diimport khas dari Australia.


Pihak Klana Resort Seremban juga menyediakan pakej Buffet Berbuka Puasa 2016 untuk perseorangan, korporat, kerajaan, berkumpulan kecil atau berkumpulan besar. Apa yang perlu anda lakukan, hanya tetapkan tarikh majlis berbuka puasa anda dengan harga hanya RM55 sehingga hujung Mei ini. Jom, jom cepat sebelum terlambat!


Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi pihak Klana Resort Seremban di talian 016-6616089 atau 06-7667888.


Sebelum itu, meh nak share video ringkas sempena kunjungan kami (Projek Travel) ke Ramadan Buffet review di Klana Resort Seremban untuk tontonan semua. Semoga dengan perkongsian info, gambar dan video berkaitan buffet Ramadan di Klana Resort Seremban ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda di luar sana dalam membuat pilihan untuk memilih destinasi/ lokasi terbaik majlis berbuka puasa kelak.




Antara aktiviti sempena bulan Ramadan yang sentiasa pihak Klana Resort Seremban adakan setiap tahun adalah pengagihan bubur lambuk kepada orang awam 3 hari sebelum bulan puasa bermula bertempat di entrance Klana Resort Seremban. Menurut Pengurus Besar Klana Resort Seremban, Encik Yazid, sebanyak 4000 hingga 5000 bungkus bubur lambuk akan diagihkan kepada semua. 


Untuk maklumat lanjut berkaitan Klana Resort Seremban especially mengenai promosi terkini, bolehlah check di laman media sosial mereka. Untuk yang berhajat nak berkunjung ke sana, bolehlah rujuk alamat dan nombor telefon seperti yang dilampirkan.

Alamat:
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tel:
06 7667888 ext 3181 or 3005

Fax:
06 7667999

Email:
info@klanaresort.com.my


Website:

Facebook:

Instagram:


NOTA KAKI: Jangan lupa untuk ikuti perkongsian menarik tentang menu-menu istimewa di lokasi-lokasi terbaik sempena Buffet Ramadan di instagram @penaberkala ataupun search hashtag #PenaBersantap dan #25PilihanRamadanPT


You may also like

4 comments:

  1. Pertama kali dapat tau restoran menyediakan juadah kibas dari Australia. Tentu ramai yang nak cuba makan kibas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time try makan kibas.. memang sedap lagi-lagi dengan sos bbq kurma tuu..

      boleh la pi try ye.. bukan senang nak jumpa kibas kat Malaysia :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...