FRADOO ABC SPECIAL DI SEKSYEN 2, SHAH ALAM

/
8 Comments
FRADOO ABC SPECIAL DI SEKSYEN 2, SHAH ALAM | Sebenarnya, dah lama aku dengar orang duk cerita pasal Fradoo ABC Special yang sedap di Seksyen 2, Shah Alam. Lama juga pasang angan-angan nak pergi try sendiri Fradoo ABC Special ni. Bulan lepas, pergi join treasure hunt di Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SeKkyen 2 pun lupa nak singgah. Padahal dah dekat sangat kot. Adeh, melepas.


Semalam, akhirnya angan-angan Mat Jenin nak pergi try sendiri Fradoo ABC Special ni sudahpun termakbul. Fuuuh, happy sungguh rasa. Tak dapat try Ice Bucket di AEON Mall Shah Alam pun tak apa lah. At least, dapat pekena Fradoo ABC Special yang diidam-idamkan selama ni, ngeh3. Mesti korang nak tahu kan. Apa yang special sangat ABC di Fradoo ni? Meh lah, alang-alang korang dah baca sampai sini, aku cerita sedikit-sebanyak. Aku rasa, rata-rata orang dah pernah try kot. Cuma, aku je ketinggalan gerabak sikit, keh3. Thank you +Ahmad Fauzi Aryaan , +Khai Artzfar  dan +Mek Onie yang sudi jadi partner ternak lemak semalam :)



First time sampai sini, biasa lah. Tak tahu nak order apa. Tapi, Fradoo ABC Special ni boleh dikatakan agak customer-friendly. Sebab apa? Sebab mereka tak biarkan kita terpinga-pinga duduk melangut kat meja makan nak order apa. Duduk je, terus dia kasi menu untuk order. Dan, menu yang diberikan bagi aku amatlah membantu dalam membuat pilihan. Jelas, terang dan nyata. Kalau tak tau nak pilih apa, order je semua, kah3. Apa pilihan aku?




Untuk first timer macam aku, aku order ABC Special. Dengan harga RM4.00 satu bekas. Rasa dia memang umphhhh. Aku suka sebab ais krim dia banyak, cream coklat dia sedap. Fuuuh, memang sedap tak terkata. Finally, aku jumpa ABC Special yang sedap. Memang benar apa yang dikata. Verified!




Hah, ini pula ABC Milo, dengan harga RM4.50. Konsep dia macam air milo tabur. So, bila divariasikan dengan ABC, maka jadi lah ABC Milo. Not bad, sedap jugak. Aku sempat paw yang +Khai Artzfar punya sikit, keh3.




And one more choice yang kami pilih adalah Cendol Pulut Ais Krim dengan harga RM3.50. Pulut dia bukan main banyak. Selonggok haaa. Memang sedap dan nikmat. Dengan cuaca panas macam sekarang ni, dapat pulak pekena ABC dan cendol, memang layan. Syiok! Pandai +Ahmad Fauzi Aryaan  buat pilihan.




Overall, aku berpuas hati dengan pengalaman pertama singgah mencuba sendiri Fradoo ABC Special. Rasanya, it's worth to try. And definitely I'll come again. Dengan harga yang sangat-sangat berbaloi dengan rasa yang tip-top. So, it's a good choice! Kudos to Fradoo ABC Special, Seksyen 2, Shah Alam. 


Pssssst, ini bukan entri berbayar. Aku tulis ni dengan sukarela dan ikhlas, Sebab bagi aku, kedai makan yang best dengan harga berpatutan macam ni perlu diwar-warkan. Semoga makin murah rezeki untuk owner Fradoo ABC Special. Kekalkan kualiti ABC Special dan teruskan berniaga dengan ikhlas. Semoga terus maju!



You may also like

8 comments:

  1. lunch td mkn kt medan slera sini and kwn order fradoo ni

    ReplyDelete
  2. aah memang best makan abc fredo.. cendol dia pun sedap, tapi paling suka coconut shake dia.. pendek kata semua terbaiklah (y)

    singgah dari blog http://neezaohneeza.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Semua pilihan Fradoo ABC Special nampak menarik dan sedap.

    ReplyDelete
  4. Pergghhh.. sedap siot tengok abc tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...