5 KUNCI KEJAYAAN MAK CUN

/
5 Comments
Pernah tak, bila tengok orang berniaga, korang terdetik dalam hati nak berniaga. Bila orang dah ada business sendiri, korang rasa berminat untuk ada business sendiri. Lepas tu, mula lah korang berangan-angan, "syoknya kalau ada business sendiri". Tapi, bila nak start buat business, tiba-tiba korang tak jumpa punca. Tak tahu dari mana nak mula. Mungkin kita belum bersedia atau kita takut nak mulakan langkah pertama? Entah. Aku pun sedang mengalami benda yang sama. Minat ada, semangat ada, tapi jalan belum jumpa. One fne day, maybe :)


Dalam aku duk termenung tu, aku terfikir pasal Mak Cun. Eh, tetiba pulak fikir pasal Mak Cun ni ape kes? hahaha. Korang kenal tak Mak Cun? Alah, yang dalam drama bersiri TV3 tu, watak lakonan Erma Fatima. Haaa, kalau korang nak berniaga, atau nak bergelar so call "usahawan", better korang tengok cerita Mak Cun ni. Kenapa? Sebab dari situ, kita dapat tengok macam mana Mak Cun berhempas-pulas nak berniaga jual produk sampai berjaya. Walaupun hanya berbekalkan produk bedak sejuk, namun business Mak Cun still berjaya. Mungkin bedak sejuk tu apalah sangat kan? Tapi, kalau kena cara, bedak sejuk pun jadi laris.


Mesti korang cakap, "alah, tu dalam drama je beb. Ko jual tahi hidung pun laku kalau dah namanya lakonan. Bukan real pun". Tapi, bagi aku menerusi drama dan jalan cerita dalam Mak Cun, aku dapat ambil beberapa tips yang cuba disampaikan. Ya, kadang-kadang hiburan yang muncul depan mata kita, bukan sekadar untuk kita berhuha-huha je. Kadang-kadang, kena celik sikit mata, buka sikit akal fikiran, ambil mesej yang terselit. Dan dari cerita Mak Cun inilah, aku rasa tersuntik semangat untuk start business sendiri. Lagi-lagi, bila pergi tengok pementasan teater muzikal Mak Cun di Instana Budaya baru-baru ni. Jadi, kalau nak tahu apa mesej yang ada dalam naskhah Mak Cun. boleh baca perkongsian kat sini. Happy reading :)




Rentitan dari kejayaan tayangan drama bersiri di TV3, naskhah Mak Cun menapak lebih jauh dengan pementasan teater muzikal Mak Cun di Panggung Sari, Istana Budaya. Walaupun hanya ditayangkan 9 episod di kaca TV, namun sambutan luar biasa yang diterima dan impak kepada penonton membakar semangat pengarah drama dan teater terkenal tanah air iaitu Erma Fatima untuk pergi lebih jauh. Aku tak sempat nak tengok kesemua 9 episod di TV, tapi sekali-sekala aku tengok, dapatlah aku faham karakter dan perjalanan hidup Mak Cun. Aku setuju, Mak Cun bukan karya "lawak bodoh", tapi sarat dengan mesej dan nasihat untuk sama-sama kita renungkan. Akan datang, siri drama Mak Cun di TV3 akan kembali. Haaaa, stay tuned! Dan kunci kejayaan naskhah Mak Cun semestinya terletak pada mesej yang disampaikan yang berjaya sampai ke hati penonton walaupun dengan lawak jenaka dan lakonan yang santai.




Sebenarnya, aku betul-betul rasa bertuah bila berkesempatan menonton sendiri Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya bersama gang Projek Travel. Antara barisan pelakon yang menjayakan pementasan teater kali ini adalah Erma Fatima, Nora Danish, Datuk Rahim Razali, Balkish Semundur Khan dan dua pelakon baharu yang menyertai karya berkenaan iaitu Ungku Ismail dan Dafi. Di babak-babak akhir pementasan, penonton dikejutkan dengan penampilan istimewa Dato' Fauziah Ahmad Daud (Ogy). Riuh satu pentas bila kak Ogy muncul. Tahukah anda? Mak Cun ni sebenarnya watak rekaan semata-mata? Hebat kan kuasa Mak Cun, sampai ramai orang minat dengan karakter Mak Cun. 




Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan sekalung tahniah kepada semua tenaga produksi dan para pelakon yang menjayakan teater muzikal Mak Cun. Dalam banyak-banyak teater yang pernah aku tengok di Istana Budaya, teater kali ni buat aku tergelak non-stop. Memang betul-betul lawak, dengan penyampaian mantap dari barisan pelakon handalan dan paling penting, sarat dengan mesej. Meh nak share, beberapa mesej yang sempat aku grab dari pementasan teater muzikal Mak Cun untuk sama-sama kita renungkan dan praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Semoga bermanfaat :)


1) Angan-angan itu percuma. Kenapa perlu takut untuk berangan?

Jadilah macam Mak Cun, walaupun hanya jual bedak sejuk, tapi cita-cita dia sampai nak pergi jual bedak sejuk ke Europe memang wow! Mungkin, kalau benda ni berlaku di alam realiti, ada yang bergelak ketawa atau memperlekehkan bila dengar angan-angan macam Mak Cun ni. Betul tak? Ya, memang susah nak tutup mulut manusia yang suka merendah-rendahkan impian orang lain. Yang penting, kita kena berusaha sampai berjaya dan sekaligus tutup mulut-mulut yang banyak bunyi tadi.


Persoalannya? Kenapa kita takut untuk pasang angan-angan? Takut kena gelak? Takut ditertawa? Abaikan semua tu. Angan-angan itu kan percuma. Yang penting, angan-angan perlu disulami dengan usaha yang berterusan dan semangat yang kental. Contohi Mak Cun, dengan sebulat tekad, akhirnya dia berpeluang memasarkan produk dia sampai ke UK hasil kemenangan dalam program yang dianjurkan pihak MARA. Kelas kau Mak Cun!





2) Belajar kuasai bahasa Inggeris untuk pergi lebih jauh

Lagi satu isu yang dibangkitkan dalam naskhah Mak Cun adalah penguasaan Bahasa Inggeris. Ya, dalam realiti kehidupan seharian pun berlaku. Bila kita mula bertatih dan slow-slow nak cuba untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, terus diejek, dicerca, ditertawa dan diusik. Sampai bila? Sampai bila satu tahap, kita menyesal sebab tak dapat berbahasa Inggeris sebab dulunya malu dengan orang sekeliling? Rasanya, mungkin time tu kita sudah terlambat.


Bila ada peluang, just grab. Buang malu tu untuk belajar sampai mahir dan mampu kuasai Bahasa Inggeris. Bukan untuk berbangga atau meninggi diri, tapi untuk pergi lebih jauh. Percayalah, dunia hari ini amat mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris. Dalam naskhak Mak Cun, kita dapat tengok Mak Cun dan orang-orang kampung ramai-ramai dating ke kelas Bahasa Inggeris Pak Akob. "Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya". Macam tu jugaklah kalau nak dapatkan sesuatu ilmu atau kemahiran. Yang penting, kena usaha.



3) Jangan lupa asal-usul


Bila dah berjaya, jangan lupa asal-usul. Hak ni, point paling penting untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita. Dalam kisah Mak Cun, kita dapat tengok watak Aton (Nora Danish) yang mula hanyut dengan dunia dia sendiri bila jumpa pasangan Mat Salleh. Fasih berbahasa Inggeris tak salah, tapi bila lupa Bahasa sendiri itu yang salah. Itu realiti yang cuba disampaikan dalam naskhah Mak Cun. Apa yang cuba disampaikan, bila mahir berbahasa Inggeris, jangan sampai lupa Bahasa sendiri. Sampai cakap pun pelat manglish (Melayu + English), hahaha. Seriously, part ni dalam teater yang paling lawak.






4) Abaikan orang yang tak suka apa yang kita buat

Seperti dalam kisah Mak Cun, Manisa (Ummie Aida) adalah orang yang paling tak suka dengan apa jua yang Mak Cun buat. Buat itu, tak kena. Buat ini, tak kena. Mesti ada je yang tak kena. Kadang-kadang, apa yang Manisa buat, membangkitkan kemarahan Mak Cun. Siap tabor fitnah dan mengada-adakan cerita. Ya, macam tu jugak realiti hidup kita seharian. Dalam apa jua yang kita buat, pasti akan ada segelintir orang yang tak suka dengan apa yang kita buat. Pendek kata, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. "Never please anybody, yet we never please anyone". So, let them be. Yang penting, kita buat apa yang kita suka, capai apa yang kita mahu, tak kacau hidup orang, inshaAllah kita akan bahagia. 




5) Butakan mata, pekakkan telinga, cekalkan hati untuk berjaya

Last but not least, pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua, "Butakan mata, pekakkan telinga, dan cekalkan hati untuk berjaya". Melalui watak Mak Cun, macam mana dia boleh berjaya dengan angan-angan dia, dia tak peduli apa yang orang fikirkan dan apa yang orang kata. Dia buat kerja dia sampai dia berjaya. Itulah tips yang paling berguna untuk berjaya. Nilai yang paling menyuntik semangat untuk kita semua berjaya dalam apa jua yang kita buat.


Pernah dengar tentang cerita katak pekak yang nak panjat pokok?

A frog decided to reach the top of a tree.
All frogs shouted,
"It's impossible, it's impossible"
Still the frog reached the top.
How?
Because he was deaf!
And he thought everyone was encouraging him to reach the top.


Konklusi kat sini, buat je lah apa yang kita nak. Anggap je lah apa jua yang orang kata tu sebagai penguat semangat.




Rasanya, cukuplah kot 5 mesej yang dapat aku kongsikan menerusi naskhah Mak Cun. Mungkin banyak lagi mesej-mesej yang cuba disampaikan. Korang boleh tengok menerusi drama bersiri Mak Cuk yang kini diulang-tayang di TV3. Ambil mesej-mesej positif yang cuba disampaikan sebagai pemangkin semangat untuk lebih berjaya dan motivasi diri.



Nota Kaki: Interpretasi teater Mak Cun ini adalah daripada pandangan dan pendapat peribadi. Apa yang ditulis di sini adalah pandagan daripada kacamata penulis sendiri. Apa yang baik, ambillah sebagai penyuntik semangat dan apa yang tak baik tu, abaikan je lah ye. Semoga bermanfaat!


You may also like

5 comments:

  1. bestnyer.... dh lama tak tgk teater...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best. Teater Mak Cun ni boleh dikatakan teater paling best 2015!

      Delete
  2. pinjam kunci mak cun satu blh dop?

    ReplyDelete
  3. Aku tau nya cuman Mak Iti hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...