TERIMA KASIH ABANG POSMEN

/
33 Comments
"Terima Kasih abang posmen"

"Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca harap balas"


Masihkah kau ingat di mana terbitnya kata-kata ini?

Masihku ingat, kata-kata inilah yang selalu terpampang di sampul-sampul surat sewaktu era 90-an.

Ya, satu kenangan yang cukup manis untuk dikenang, kerana sekarang tiada lagi.
Hanya SMS, FACEBOOK, TWITTER, EMEL, MYSPACE, FRIENDSTER, FORMSPRING, BLOG dan anak-beranaknya mengambil tempat kini.

Tahun ini dalam sejarah, bilamana buat julung kalinya setelah hampir beberapa tahun lamanya tidak berkunjung ke Pejabat Pos untuk mengutus surat/ kad ucapan, maka berpeluanglah untuk berkunjung pada tahun ini.


Destinasi kali ini adalah ke Pejabat Pos Bayan Baru. Tujuan utama adalah untuk renew rodtax motosikal dan insurans. Bak kata pepatah melayu, "sambil menyelam minum air". Bak kata pepatah omputeh, "kill two birds by a stone". Bak kata pepatah cina dan india, tak tahulah tak sempat nak belajar lagi buat masa ini. Maka, adalah tujuan sampingan bertandang ke Pejabat Pos iaitu untuk....

Inilah dia, tujuan sampingan itu. Tibalah masanya untuk menghantar KAD RAYA yang telah dijanjikan tempoh hari kepada yang sudi mahu menerimanya pada tahun ini. Kiriman kad ucapan ini sempena KEMPEN KAD RAYA yang telah diadakan setelah sekian lama tidak melakukan tradisi menghantar KAD RAYA.


Maka, 11 penerima bertuah telah pun dipilih. Nampaknya, posmen akan bekerja untuk menghantar kad-kad raya pada tahun ini ke beberapa lokasi yang berbeza iaitu ke lokasi berikut:
  • KEDAH
  • PULAU PINANG
  • SELANGOR
  • TERENGGANU
  • KELANTAN
  • JOHOR
  • SABAH

Sorry la ye, janji nak umumkan senarai penerima pada 1 September 2010. Dek kerana kesibukan melanda, blog tidak ter'update' dan senarai tidak ter'publish'. Kat sini, ada senarai penerima bertuah pada tahun ini. Terima kasih di atas kesudian kalian membuat slogan dan drop komen di entri sebelum ini. Semoga, KAD RAYA tahun ini dapatlah menjadi tanda penghargaan buat kalian.


Berikut merupakan 11 penerima bertuah:

AMIRAH
orang penang yang dengar kata sudah sampai ke kampung halaman. Selamat bercuti dan selamat membuat persiapan hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta.

PAPABEAR

dedikasi khas kad raya buat adik Pasha bersama papa dan mamanya. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagian buat kalian sekeluarga.

LIFE KAMI
Dengar kata akan beraya di perantauan pada tahun ini. Semoga kalian tabah menghadapinya, jangan sedih-sedih di hari lebaran nanti. Semoga kad ucapan dapat membuat kalian berdua mengukir sekuntum senyuman menjelang Syawal nanti.

HAZWAN ARIF
Walaupun dapat balik kampung lewat, harap bersabar. Semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta sebelum pagi Aidilfitri. Walaupun cuti pendek, 4 hari sahaja, marilah kita berusaha memohon cuti untuk lebih panjang. Semoga berjaya melanjutkan cuti menjadi seminggu.

HANS
Harap-harap, dapatlah hang terima kad raya cheq kasi yang tak seberapa ni. Sekadar tanda penbghargaan buat hang yang selalu jenguk blog ni sejak November 2009 sehinggalah hari ini. Terima kasih daun keladi, kalau free datang lagi. Selamat bercuti di kampung halaman di samping keluarga tersayang.

UMMI HANIE
Selamat berangkat ke Singapura. Semoga hari lebaran tahun ini penuh makna, pulang beraya menaiki kapal terbang bersama suami tercinta dan anak-anak. Semoga kak hanie sekeluarga selamat pergi dan balik. Harap-harap, sempatlah kad raya sampai sebelum kalian berangkat ke seberang laut.

WHITEDAISY
Buat kawan lama, semoga kehadiran sekeping kad ucapan pengganti diri dapat meriahkan lagi Aidilfitri tahun ini. Ilmu masakan sudah penuh di dada, harap-harap dapatlah merasa hidangan istimewa dari Chef Yana di hari lebaran nanti.

IKHWAN
Nun jauh di sana kad raya akan terbang ke Sabah. Semoga selamat sampai ke tangan saudara. Salam Aidilfitri dari warga semenanjung!

MISS LYA
Johor pun ada jugak seorang wakil. Semoga Kad Raya kali ini dapat menyerikan lagi Aidilfitri kali ini. Salam Aidilfitri in advance buat Miss Lya sekeluarga

NICK IRFAN
Nick, seorang yang suka bercerita tentang kisah-kisah teladan yang penuh pengajaran. Rupanya orang Penang. Dapat kad raya yang kurang elok mata memandang pun, harap terimanya dengan hati terbuka. Salam kenal dan teruskan ber'blogging' dengan menghidangkan lebih banyak kisah yang menarik selepas ini.

FARHAN ALI
Puncak Alam, lokasi sementara. Ingat lelaki bila tengok nama, rupanya member lama, classmate time upper form dolu-dolu. Buat saudari Wan Nur Farhanim Radziah yang sememangnya nama yang agak 'pendek', selamat pulang ke kampung. Raya jemput datang rumah. Selamat menunggu kad raya dari orang pulau.


Eh la, rupanya 12 keping kad yang dihantar hari tu. Ni penerima ke-12:

ROBIN
Muzakkir Aziz, orang Alor Star. Sahabat yang sedang menjalani latihan industri di tempat yang sama. Walaupun jumpa hari-hari, posmen jugak kena buat kerja. Salam aidilfitri buat anda sekeluarga


Kenapa dia? Ni la kerja bila free sewaktu di office. Belek blackberry di celah rak buku. Rupanya duk skodeng blog aku. Tenkiu la weh kadang-kadang hang jadi silent reader. Kadang-kadang dipaksa baca bila ada entri yang berkaitan.


TIPS : POS LAJU

Sempena Raya, mesti ramai ibu bapa yang berhajat nak pos barang atau bekalan kepada anak-anak di perantauan. Apa yang berjaya dipelajari di Pejabat Pos tempoh hari adalah berkaitan dengan bungkusan untuk hantaran Pos Laju.

Untuk membolehkan kotak LULUS untuk dihantar melalui Pos Laju, kita sebagai pengguna ada dua pilihan iaitu:
  1. Menggunakan kotak tanpa tulisan diluarnya sebagai bungkusan untuk dipos atau
  2. Membalut kotak bungkusan yang mempunyai tulisan dengan menggunakan kertas minyak
Akibat tidak mematuhi syarat itulah, ada seorang makcik tuh terpaksa bawa balik 3 kotak besar pulang ke rumah untuk dibalut. Kesian, tapi apakan daya itulah prosedurnya sejak zaman berzaman.


Akhir kalam, TERIMA KASIH POS MALAYSIA. Walaupun persaingan hebat dengan media elektronik, tetapi POS MALAYSIA tetap menjadi pilihan utama pengguna dan masih unggul sehingga hari ini.


Pelbagai urusan masih dapat dilaksanakan di Pejabat Pos, bukan sekadar menghantar surat semata-mata termasuklah:
  1. Jualan setem
  2. Pos surat / pos ekspress / pos laju
  3. Pembayaran bil
  4. Insurans
  5. Cukai jalan (roadtax)
  6. Pembaharuan lesen (renew lesen)
  7. Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Dah melalut dah aku, nak cerita pasal pos kad raya je. Takpelah, sekadar memberi maklumat. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang baca dan akan Google nanti. Rujukan lanjut, bolehlah layari website berkaitan ataupun POS MALAYSIA.


You may also like

33 comments:

  1. asal aku xde..arghh...lama xdpt kad raya ni..haha..T_T

    ReplyDelete
  2. asal aku xde..arghh...lama xdpt kad raya ni..haha..T_T

    ReplyDelete
  3. thnkz bro! terharu aku buat pertama kali dalam hidup aku dpt kad raya! perghh!! rasa mcm nk tayang 1 dunia... hehehe best2... thnkz! aku suka kad raya ko kasi tu mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  4. timekaseh byk2 ye penaberkala...

    iye,moga2 sempat sampai sebelum kami berangkat..mungkin simpan dulu utk kegunaan tahun depan ke...hehehe...

    aah betul tu,sis pun baru jugak blaja lebih lanjut selok belok mengepos brg ni sprt poslaju,pos bungkusan...mmg kena balut dulu..mujur pos ofis dlm USM tu ada tempat nk mmbungkus2 ;)

    ReplyDelete
  5. lame giler xgune khidmat posmen..dlu2 asyik tgu dpan tangga umah cz hrp2 ade posmen dtg anta surat...time raye paling best sbb byk dpt kad raye dr awek2.hehe

    ReplyDelete
  6. Hazwan Arif:
    padahal, blh je bagi kat tangan
    tp pos lah, nampak stylo siket sampai di halaman rumah,haha

    ReplyDelete
  7. Amin Baek:
    xde alamat, nak send macam mana bro
    emelkan alamat, boleh la aku anta nnt
    skali ngan syida punya
    sempat lg ni nk pos, tp tak sure smpai sbelum raya,haha

    ReplyDelete
  8. NICK IRFAN:
    welcome, no problem la
    insyaAllah, ada rezeki dan panjang umur tahun depan ada lagi
    sudah sampai ke blom ke teluk kumbar?

    ReplyDelete
  9. Ummi Hanie:
    sama-sama
    simpanlah ia buat kenangan,haha

    sy belajar melalui pemerhatian je, tak pernah lg pos barang
    so next time, tak akan jadi mangsa keadaan seperti itu

    selamat beraya di Singapura!

    ReplyDelete
  10. darkbatman:
    haha, tu pasal
    posmen pun boring gak takde keje

    part tunggu posmen datang,mmg betul
    pergh, dari awek-awek tuh..taun ni xde ka?

    ReplyDelete
  11. aku dah dapat
    tq pena
    hehehehe
    insyaallah
    tahun depan ada masa aku balas kad hang noh

    jemputlah datang rumah aku raya nih

    P/S : Aku Maluuu

    ReplyDelete
  12. kad raya nie memang sentiasa ada sentimental value....

    ReplyDelete
  13. hmmm.... tips yang bagus pasal penghantaran melalu pos laju.. baru tahu.... hihihi

    ReplyDelete
  14. hans:
    welkom, sori kecik siket
    yang besar dah abes utk orang yg dah berkeluarga,haha
    next year, pnjg umur dan murah rezeki ada lg

    ReplyDelete
  15. hazman aka species1980:
    ye, betul tuh
    klu tiada, masakan masih ada yg tetap hantar kad raya walaupun zaman sudah maju dan moden

    ReplyDelete
  16. kisahsensasi:
    bagusla dh tau, harap-harap tak jadi macam makcik dlm foto tuh next time
    tak psal-pasal kena buat kerja 2 kali

    ReplyDelete
  17. ha3..
    lol i tot u know!

    dan thanx sbb ingat name sy yg pendek itu =)

    pelita kecil dtutup smentara,
    sbb kepala tgh biol nk raya
    *mcm tgh bpantun la pulak*

    kalo keep on, gayanya hari2 sebok duk bukak nk update. kalo delete bole bukak balik dlm mase 3buln anywy he. jmputla mlwt himpunan-tazkirah.blogspot.com ble free k :)

    n thnks kad raya, mekasih bnyk2. tgh tggu la ni pun. nk wat cmane blik lmbt lg heh.

    ReplyDelete
  18. eh! lupa nk kasi thu dh sampai dh.. thnkz!

    ReplyDelete
  19. farhan ali:
    know already laa..mesti la igt nama member. member sekolah rendah dolu pun masih igt, takkan skolah menengah tak igt kot
    long term memory

    sama la kita, masih belum balik kampong
    apapun, tunggulah ketibaan kad raya anda

    ReplyDelete
  20. NICK IRFAN:
    orite bro, welkom
    dah ada kat kampong ka
    slamat bercuti dan salam aidilfitri in advance

    ReplyDelete
  21. psst..bila nk pos duit raya plak? hahahah gurau2 jer.. :)

    ReplyDelete
  22. salam aidilfitri
    rasanya umah saya dekat aja dgn pjbt pos byn baru tp apasal la abg posmen xhantar lagi ek....wuwuwuwu

    ReplyDelete
  23. NICK IRFAN:
    next year buat kempen duit raya lak,haha
    sabor-sabor

    ReplyDelete
  24. amirah:
    salam aidilfitri
    aik, xdapat lg?
    orang Teluk Kumbar dah dapat
    orang Kedah pun dah terima
    posmen sesat kot

    ReplyDelete
  25. hans:
    baguih gak cadangan ko bro
    bagi at least 3 org bertuah
    tgk la next year camne, ada rezeki panjang umur boleh la buat lg

    ReplyDelete
  26. dh dapat....pas komplen dan2 dapat terus..tengs en khairul

    ReplyDelete
  27. amirah:
    welcome
    seb baik dh dapat, baru nk pi tnya posmen esok,haha
    btw, salam aidilfitri in advance

    ReplyDelete
  28. hans:
    orite, no prob
    klu aku lupa, nnt ko tolong remindkan

    ReplyDelete
  29. kad raya dah sampai..yeay..terima kasih..menceriakan saya yang penat2 balik keje tadi..hihii..

    oh, kad raya dalam gambar tu, nama saya kan yg atas skali tuh..hihii..suke2..

    Thanx again yea..

    Selamat hari raya..;)

    ReplyDelete
  30. Miss Lya:
    oo, dh selaamt smpai
    okla, ceria-ceria slalu terutama di Aidilfitri

    yup, your namedlm pic tuh
    baru prasan,haha
    btw, selamat hari raya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...