PRET A PORTER | BUTIK VENDOR TERBESAR DI KUALA LUMPUR

/
1 Comments
Berita baik untuk peniaga-peniaga online ataupun pemilik business busana tanah air. Kalau teringin nak pasarkan produk, tapi tak cukup modal nak buka butik sendiri, sekarang ni ada satu peluang terbaik untuk anda semua. Butik vendor terbesar Pret A Porter bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan.




Butik tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita. Dengan konsep "Ready To Wear", semestinya Pret A Porter akan menjadi "one stop centre" untuk pencinta fesyen untuk mendapatkan pakaian dengan fesyen terkini. Pendek kata, Pret A Porter bukan saja lokasi tumpuan untuk vendor dari pelbagai label dan jenama, malah turut menjadi lokasi tumpuan untuk pencinta fesyen untuk membeli-belah.


Ok, jom kita tengok 10 info menarik mengenai Pret A Porter.

  1. Menyediakan ruang kepada usahawan baru yang ingin meluaskan perniagaan dengan kos rendah di mana Pret A Porter akan menyediakan staf, menjalankan promosi, iklan dan sebagainya.

  2. Pihak vendor tidak perlu memikirkan soal kos-kos promosi dan pasaran produk kerana ianya ditanggung oleh pihak Pret A Porter.

  3. Pret A Porter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara termasuklah vendor dari Amerika Syarikat, Turki dan Netherland yang telah bersetuju untuk menjadi vendor butik tersebut.

  4. Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan dengan adanya produk dari dalam dan luar negara, pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

  5. Walaubagaimanapun, pihak Pret A Porter akan memberi lebih keutamaan kepada peniaga-peniaga tempatan dengan pelbagai sokongan lain.

  6. Telah melantik artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut dalam rangka mempromosikan butik Pret A Porter

  7. Lufya dan beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik Pret A Portal.

  8. Dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April 2016.

  9. Butik berkeluasan 7000 kaki persegi itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.

  10. Pret A Porter turut menyediakan pekej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.




Jadi, kalau rasa berminat untuk menjadi salah satu vendor di Pret A Porter, boleh ajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi talian +60126474508 (Suci) atau  +60173911491(Lyna). Kalau ada kenal mana-mana kenalan yang sedang mencari butik vendor untuk memasarkan produk mereka, jangan lupa tolong war-warkan ye. Apapun, semoga maju jaya kepada semua vendor yang terlibat dalam pembukaan butik vendor terbesar di Kuala Lumpur iaitu di Pret A Porter. All the best! 


You may also like

1 comment:

  1. The best foods are vegetable soups (no tomatoes, potatoes or eggplant) with spices, (cardamom, cumin, coriander,
    fennel, black pepper, turmeric, etc. From the simple plastic or wooden constructions that young kids can ride on, to pull or push toys that toddlers would enjoy to ride on, to motor-driven riders and miniaturized versions of popular car brands
    and makes that are popular with young children, ride-on toys
    would often be a portion of any child's playtime menagerie.

    It is not uncommon for an orphan to go through various therapy sessions using
    a psychologist.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...