BREAKOUT NU SENTRAL | PORT BEST UNTUK TEAM BUILDING DI KL

/
4 Comments
Tak tahu nak ke mana time weekend? Nak buat game outdoor dengan cuaca sekarang, memang tak lah kan. Panas terik, bahang menyengat dek kerna fenomena el-nino, jadi kami pilih untuk lakukan aktiviti indoor. Apa aktiviti indoor yang best di Kuala Lumpur? Haa, salah satu aktiviti indoor yang best dan wajib cuba di Kuala Lumpur ni adalah di Breakout NU Sentral. Actually, Breakout Malaysia ada 2 outlet di KL iaitu di Avenue K dan NU Sentral. So, pilihlah lokasi yang berdekatan dengan korang. Kami pilih NU Sentral memandangkan majoriti member-member nak lepak di NU Sentral. Sempena Anniversary Projek Travel ke-2, kita acah-acah buat team building sekali dengan gang bloggers kat sini.




Korang dah pernah main Breakout? Kalau tak pernah try, apa kata ajak member-member dalam 4-5 orang, pergi try main. Alang-alang datang melepak di NU Sentral atau KL Sentral, singgah di Breakout di tingkat 4 NU Sentral. Seriously, kalau dah try main sekali, konpem nak cuba lagi untuk bilik-bilik cabaran yang lain. Addicted sebab seronok sangat. Walaupun berasap kepala otak nak solve puzzle dan cari jawapan untuk keluar dari bilik cabaran dalam masa 45 minit, tapi tetap enjoy. Time ni lah sel-sel otak mula berhubung, hahaha. Ok, kali ni meh nak share experience kami pergi Breakout last weekend.





So far, ada 6 bilik cabaran untuk dicuba di Breakout NU Sentral iaitu [1] The War for Rembrandt, [2] Dreadnaught, [3] The Testament of Tesla, [4] Materia Medica, [5] Terraform dan [6] The Secret of Hocus. Cuba teka kami cuba bilik mana satu? Dah pasti bilik cabaran yang terbaru iaitu Terraform.


Meh nak story sikit pasal Terraform. Terraform ni berkisarkan sekumpulan angkasawan yang buat kajian di planet Marikh untuk mengkaji persamaan kimia yang sesuai untuk menyesuaikan manusia untuk hidup di Marikh. Tapi, selepas 3 bulan 'hyper-sleep", krew tersedar dan mencari jalan untuk mencari jalan keluar. Objektif untuk Terraform ni adakah untuk evacuate dari ruang angkasa untuk pulang ke Bumi. Mampukah mereka pulang? Hah, itu bergantung kepada "teamwork" dan "creativity" setiap watak yang bermain dalam Breakout. Yang penting, setiap orang kena mainkan peranan masing-masing. Ini menjadikan Breakout ni istimewa berbanding Escape Room. Sebabnya, setiap daripada kita seolah-olah berada dalam filem dengan watak masing-masing. Korang kena try sendiri kalau nak tahu best ke tidak. 



TERRAFROM
After a collision with a stray asteroid, the Moon is slowly edging towards Earth. This alarming phenomenon is disrupting the gravitational force on Earth and will prove to bring impending doom to life on Earth. As a group of astronauts dispatched into Mars’ orbit, your primary objective is to analyze and create a suitable chemical equation to allow humans to breathe on Mars. While waiting for the analysis, your crew has gone into hyper-sleep for 3 months, but are awakened by a sudden impact on your space station. The unprecedented scenario forces you and your crew to make the inevitable and difficult decision to evacuate while abandoning years of research on Mars, along with the possible solution to human extinction.
Difficulty level: 4/5




For the first timer, don't worry. Tak payan bimbang, tak payah takut nak main Breakout. Sebelum game start, kita semua akan diberi penerangan tentang syarat permainan, apa yang perlu kita buat, dan watak apa yang kita pegang. Make sure, tanya je fasilitator yang bertugas tu kalau tak faham. Secara ringkasnya, setiap orang  kena pilih watak masing-masing. Ada 8 characters semua dengan kuasa imuniti masing-masing (boleh rujuk gambar).


Contohnya, lightbriger akan bawa torchlight sepanjang game berlangsung. Ye lah, kat dalam bilik cabaran, memang gelap dan perlukan bantuan torchlight untuk cari klu-klu dan jawapan. In case buntu atau stuck tak boleh nak proceed, boleh jual torchlight untuk dapatkan 1 hint. Persoalannya, sanggupkah nak bergelap? hahahaha. Haa, kat situ kena buat pilihan yang bijak.




Watak timebender pulak akan pegang jam untuk monitor masa 45 minit. Kuasa imuniti timebender ni, kalau dalam masa 45minit dah nak habis, dia boleh serahkan jam tu untuk claim extra 5 minit.


Scholar pulak kena tahu klu-klu yang berkaitan dengan bilik cabaran. Setiap level puzzle, ada tahap difficulties yang berbeza iaitu easy, medium, hard ataupun physical.


Lockmaster pulak watak yang bertanggungjawab untuk pegang kunci. So, in case ada pintu yang terkunci, hanya lockmaster saja yang dapat bukak pintu tu. Melainkan, pintu yang ada pin nombor, Hah, kalau yang tu kita kena solve puzzle dan find out the pin number.



Untuk game Terraform haritu, aku pilih untuk pegang watak Oracle. Bila pegang watak Oracle ni, berat sikit tanggungjawab dia. Kita akan dibekalkan satu album gambar. Dalam tu ada lebih kurang 10 keping gambar yang berkaitan dengan klu-klu dalam bilik cabaran. Dalam masa 2 minit, kita kena cuba ingat. Then, kita kena perhati betul-betul tempat yang ada objek dalam gambar tadi bila masuk dalam bilik cabaran nanti. Sebabnya, di situlah ada klu-klu berkaitan dan jawapan untuk menjayakan misi Terraform.




Ini antara angkasawan-angkasawan yang menyahut cabaran Terraform. Nak tahu tips and tricks pasal Terraform, korang kena tanya dorang, hahaha. Tak aci lah kalau aku share kat sini kan. Nanti, mudah la korang nak lolos dalam masa 45 minit. Apa kata korang pergi cuba sendiri. Yang penting, "teamwork" dan "sacrifice" kena ada kalau nak berjaya dalam cabaran Terraform.

Hint: Control room! Oppps




Terima kasih sahabat bloggers yang sudi luangkan masa untuk main Breakout last weekend especially team Projek Travel. Memang enjoy gila duk dalam tu. First time aku jumpa tempat, bila ada masalah nak kena selesai, kita masih mampu duk gelak-gelak sambil solve problem, hahaha. Kat sini juga aku belajar erti "teamwork" yang sebenar. Alangkah best kalau dalam hidup pun boleh buat macam ni. Once again, thank you Yazid, Khai, Uzu, Badin, Mawardi dan Amir. Next time kita repeat lagi ye!


Jadi, kalau korang mencari aktiviti indoor best di Kuala Lumpur ataupun cari aktiviti yang sesuai untuk team building company, aku cadangkan korang datang ke Breakout. Ya, tak payah pergi jauh. Jimat masa, jimat duit. Kat NU Sentral ni je. Haa, kat sini boleh tengok boss ke, staff ke, siapa-siapa je lah yang panjang akal dan boleh think out of the box untuk selesaikan cabaran macam ni. It's not easy, but it's fun! Enjoy :)



Thank you BreakoutMy for great hospitality!


Website:

Instagram:
#BreakoutMY
#AStoryPlayedByYou



You may also like

4 comments:

  1. Wah sangat menarik aktiviti ni, kalau blogger yang bujang elokla melepak kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sangat best. At least, dapat juga uji IQ nak selesaikan puzzle dalam tuh,hahaha

      Delete
  2. bestnya.....tapi takde gengggg....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...