MURAH DAN BERBALOI | APIAPI STEAMBOAT & GRILL, MELAKA

/
2 Comments
Nak cari tempat-tempat makan yang best di Melaka? Kalau baru-baru ni, aku cadangkan untuk cuba makan western food dan minum kopi di Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack. Kali ni, aku nak share satu lagi lokasi terbaik untuk makan-makan bersama keluarga dan sahabat handai iaitu di ApiApi Steamboat & Grill. Ye lah, kalau datang Melaka asyik-asyik Coconut Shake, Ikan Bakar, Asam  Pedas. Kali ni apa kata kita cuba cari kelainan. Ayuh, kita ber"steamboat"!



ApiApi Steamboat & Grill terletak di lokasi yang agak strategik, iaitu berhadapan (seberang jalan) AEON Bandaraya Melaka. Nak mudah, just guna waze cari ApiApi. Confirm akan jumpa. Oh, satu lagi. Kalau nak tahu, ApiApi ni betul-betul berada di sebelah Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack. Paling teruja, bila dapat tahu ApiApi pernah mendapat liputan dari Jalan-jalan Cari Makan di TV3. Fuuh, mesti best kan makan kat sini sampa masuk JJCM? Patutlah ApiApi ni cukup popular kalau cakap pasal steamboat & grill di Melaka. No wonder!



ApiApi Steamboat & Grill ni merupakan restoran steamboat & grill yang diiktiraf Halal. Diusahakan sepenuhnya oleh orang Islam. Jadi, jangan risau ye bab Halal. Sebelum korang pergi serang, make usre tahu waktu operasi. Nanti, pergi-pergi kedai tutup, nanya! Kalau nak tahu, ApiApi beroperasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 malam.



Dari segi makanan pulak, ApiApi menyediakan pelbagai jenis bahan mentah terutamanya seafood seperti ketam, udang, sotong, lala, kerang dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua ada lah. Korang pilih je mana yang rasa berkenan. Ada bahan untuk steamboat, ada bahan untuk grill seperti ayam, daging lembu dan kambing. But, make sure tak berlaku pembaziran. Kalau tak, kena caj extra!



Dari segi sos pula, ApiApi menyediakan lebih kurang 4 jenis sos. Untuk dessert pulak, ApiApi menyediakan beberapa jenis perisa ais krim dan topping. Rasanya, hidangan kat sini memang complete. Oh lupa, untuk steamboat korang boleh try tomyam atau sup.



Mesti ada yang tanya, "Itu je ke yang ada?", "Berbaloi ke dengan harga yang dibayar?". Jawapan dia, ada macam-macam lagi selain aneka jenis bahan-bahan untuk steamboat dan grill. Ada nasi lemak, ada nasi putih, ada mee goreng, dan macam-macam lagi lauk-pauk. Harga pulak memang berbaloi-baloi dengan makanan dan minuman yang disediakan. Harga serendah RM24.99 untuk dewasa dan RM9.99 untuk kanak-kanak pada hari biasa manakala RM29.99 untuk dewasa pada hari hujung minggu. Tapi, apa yang best kat sini, setiap hari ada promosi hebat mengikut tema. Cekidout!!!!



Isnin
Senior Citizen
45 tahun ke atas. IC diperlukan
RM19.99/pax | RM35.99/2 pax

Selasa
Couple Night
Untuk pasangan sahaja
RM44.99/2 pax | RM79.99/4 pax
 
Rabu
Ladies Night
Untuk wanita sahaja
RM22.99/pax | RM79.99/4 pax
 
Khamis
Student
Kad pelajar diperlukan
RM22.99/pax | RM79.99/4 pax
 
Jumaat
Pesta Jumaat
Bawa 9 orang, percuma untuk 1 orang
RM29.99/pax | RM59.99/2 pax
 
Sabtu
Hari Keluarga
Bawak 8 kanak-kanak, percuma untuk kanak-kanak ke-9
RM29.99/pax | RM59.99/2 pax
 
Ahad
Istimewa Ahad
Istimewa untuk semua
RM24.99/pax | RM44.99/2 pax


So, kalau korang nak pergi ke ApiApi, tips nak jimat kat sini, korang kena pilih korang tergolong dalam kategori mana dan pergi lah time hari promosi. Konsep kat sini, lagi ramai kita pergi, lagi murah kita dapat. Pendek kata, ApiApi steamboat & grill memang sesuai kalau nak dijadikan tempat untuk gathering atau jamuan bersama family dan kawan-kawan. Highly recommended!




Ini gambar kami dari Projek Travel merasai sendiri pengalaman makan steamboat dan grill di ApiApi Melaka. Memang meriah kat sini. Mana taknya, penuh dengan pelanggan. Dikhabarkan, ApiApi mampu menampung seramai 300 orang pada satu-satu masa. 



Make sure, korang datang sini dengan perut kosong. Baru berbaloi nak makan semua hidangan yang ada kat sini. Kalau tak, memang balik awal lah,haha. Aishh, duk tengok gambar-gambar ni teringat pulak kat ketam. Yummeh!



So, apa korang tunggu lagi. Cepat-cepat ajak gang pakat serang ramai-ramai ApiApi Steamboat & Grill. Aku yakin, orang-orang Melaka kebanyakannya dah sampai ke sini. Untuk yang lain-lain, kalau bertandang ke Melaka jangan lupa singgah ApiApi. Selamat mencuba!



Apapun, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua crew ApiApi Steamboat & Grill untuk layanan dan service terbaik. InshaAllah, ada rezeki, panjang umur kami singgah lagi. See you when I see you!


Api-Api Steamboat & Grill
No. 8, Jalan Jalan Lagenda 6,
Taman 1 lagenda,
Melaka Tengah,
75400 Melaka,
Email: 
apiapisteamboatandgrill@gmail.com
Telefon: 
013-304 0500
Facebook:


You may also like

2 comments:

  1. Bestnya dapat makan steamboat tak ajak..
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  2. tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

    tq.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...