10 FAKTA MENARIK TENTANG BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE & GRIND SHACK, MELAKA

/
16 Comments
10 fakta menarik tentang Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack, Melaka yang perlu korang tahu sebagai lokasi pilihan terbaik jalan-jalan cari makan. Fuuuh. Baca tajuk pun dah berpeluh kan? hahaha. Tiba-tiba, panjang pulak tajuk kali ni. Ok, actually aku baru saja balik dari percutian singkat di Melaka selama 3 hari 2 malam. Jadi, selain melawat tempat-tempat menarik di Melaka, kami sempat singgah makan-makan. Kali ni, aku nak share tentang satu lokasi menarik untuk lepak santai di Melaka. Cekidout!




Lokasi yang dimaksudkan adalah Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack. Mesti korang tertanya-tanya kan? Kenapa sampai dua-dua sekali kedai makan yang kami singah? Ini jawapannya. Kedua-dua cafe ini berada dalam premis yang sama. Konsep 2 in 1, nak makan order dengan Billionaire's Concept Cuisine dan kalau nak minum order dengan Grind Shack. Bergabung, meletop!


Hasil daripada pengalaman aku sendiri bersama rakan-rakan Projek Travel pertama kali sampai di sini, secara ringkas dan tuntasnya, dapat aku simpulkan 10 sebab kenapa cafe ini menjadi pilihan terbaik di Melaka. Here we go!


1. Lokasi mudah diakses



Lokasi Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack ni memang mudah untuk dicari. Landmarknya berdekatan dengan AEON Bandaraya. Nak mudah lagi, search je dekat waze, confirm akan jumpa. To be exact, lokasi cafe ni betul-betul bersebelahan dengan ApiApi iaitu restoran steamboat dan grill yang terkenal di Melaka.


Billionaire's Concept Cuisine
 8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400, Melaka.

Grind Shack
6-1 Jalan Lagenda 6 Taman 1 Lagenda 75400 Melaka

Contact no 
013-201 8282


2. Diiktiraf Halal dan harga berpatutan


Cafe ini milik bumiputera dan diusahakan oleh orang Islam. Lebih membanggakan, diuruskan oleh anak-anak muda tempatan. Salute! So, tak perlu risau soal status halal. Dari segi penyediaan makanan, supplier dan lain-lain, semuanya dijamin dari sumber yang halal. Why not makan di cafe yang diiktiraf halal macam ni daripada spend duit banyak-banyak makan di restoran-restoran western yang belum tentu diiktiraf halal? Elakkan yang syubhah, carilah yang halalan toyyiban. Jawapannya, ada di sini. Jom, cuba! Apa yang penting, diiktiraf halal dan harga yang berpatutan.


3. Western food yang tip-top

Menu-menu yang ditawarkan oleh Billionaire's Concept Cuisine memang menggiurkan. Dari segi presentation, rasa dan portion, memang tip-top. Dari segi menu pulak, memang banyak pilihan. Snack ada, pasta ada, grilled ada, meatball ada dan pendek kata macam-macam ada. Plih je mana yang berkenan dan yang kena dengan selera. So, for you guys yang tak pernah sampai ke sini, kat bawah ni, I'll share a few dishes yang sempat kami rasa tempoh hari.


Salmon Grilled


Grilled  Chicken Chop


Lamb Shoulder


Carbonara Beef


Meatball


Tortilla Chips & Cheese


Bruschetta


Aneka jenis kek

Jujurnya, banyak lagi menu-menu yang best. Korang boleh la datang dan cuba sendiri western food kat sini. Memang setanding dengan western food di restoran-restoran terkemuka yang lain. Malah, jauh lagi murah.


4. Coffee yang umphhh!

Selain western food yang tip-top, Grind Shack pula tampil dengan variasi kopi yang umphhh. Cafe yang sesuai untuk dijadikan lokasi mengopi bersama famili dan kawan-kawan ini menawarkan beberapa jenis minuman berasaskan kopi seperti hazelnut, mocha dan lain-lain.


Dekorasi simple dan menarik


Hazelnut - Cafe Mocha - Hot Chocolate


Untuk yang tak berminat atau kurang gemar minum kopi, don't worry. Grind Shack ada menyediakan minuman lain seperti chocolate, hazelnut, juice dan fresh drink yang mampu membangkitkan selera korang.


Caramel Macchiato Iced - Cafe Mocha Iced - Lychee Rasberry


5. Ice cream special

Satu lagi keistimewaan dan speciality di Grind Shack adalah ice cream special. For your info, ice cream di Grind Shack ni memang homemade yang disediakan dengan resepi sendiri. Tekstur yang lembut dan mulus, presentation yang memikat selera dan rasa yang kababoom, akan buat korang meronta-ronta nak order lagi.


Honey Bae - Caramel Sutra

Menurut crew Grind Shack, ice cream paling top yang laris dijual kat sini adalah Honey Bae dan Caramel Sutra. So, kami pun tak fikir panjang. Terus excited order dua jenis ni. Tu dia, siap ada pop corn lagi tu. Marvelous!


6. Free wifi

Untuk kaki online dan sesiapa yang susah nak berenggang dengan internet, don't worry sebab kat sini ada menyediakan free wifi. Lokasi terbaik untuk students yang nak buat discussion, meeting and so on. Lokasi terbaik untuk business meeting. Dan lokasi terbaik untuk lepak santai bersama kawan-kawan. Highly recommended!




Alang-alang dah dapat wifi free tu, apa lagi. Online la facebook, instagram dan twitter. Jangan lupa, upload gambar makanan dan moment best korang kat sini dengan menggunakan hashtag #GrindShack dan #BillionairesConceptCuisine




7. Cafe hipster yang unik


Jujurnya, aku tertarik dengan penampilan ringkas dan bersahaja cafe ni. Orang kata, cafe hipster. Interior design yang artistik dan penggunaan kerusi dan meja nostalgik, mencuri perhatian ssesiapa saja yang pertama kali datang ke sini. Ya, termasuklah kami semua. Contohnya, guna kaki mesin jahit untuk buat meja. Korang pernah jumpa? Haa, kalau tak pernah jumpa, boleh pergi tengok sendiri di Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack sekarang! Definitely, kita boleh label tempat ni sebagai cafe hipster yang unik.


8. Ruang lepak yang selesa


Selain dijadikan tempat makan-makan dan minum kopi, cafe ni juga sesuai untuk lepak santai. Ruang yang agak besar dan selesa serta pilihan seat yang pelbagai, semestinya memberi keselesaan untuk setiap pengunjung. Kalau nak privacy, haa carilah lokasi di bucu-bucu macam kami ni, hehe.




Mereka menyediakan dua ruangan utama iaitu smoking area dan juga indoor. So, boleh pilih mana satu yang korang suka. Kalau rasa kalah bab hidu asap rokok atau asap vapor, better korang pilih seat kat dalam. Boleh chillax tanpa gangguan.





9. Cozy ambiance



Feel bila berada di cafe Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack ni memang chill and relax. In other word, they offers cozy ambiance. Makan dah la sedap, tempat pulak best. Memang wow! Rasanya, kalau dapat bertapa kat sini lama pun ok.



Ehem! Untuk korang yang nak menghargai orang tersayang, tak kiralah isteri ke, tunang ke, girlfriend ke, bolehlah bawa dorang makan-makan kat sini. Boleh feeling romantik sambil menikmati makanan dan minuman yang best dan suasana persekitaran yang menenangkan.


10. Crew yang sporting


The most important thing, crew kat sini sporting habis. Service dorang memang boleh dipuji. So friendly dan helpful. So guys, if you are there, jangan lupa ajak dorang wefie sekali macam ni. Awesome kan? Hahaha. Dah, boleh balik dan simpan buat kenangan. Aku harap, next time bila datang Melaka I'll drop by again here.


Ok, sampai di sini saja perkongsian untuk kali ni mengenai 10 fakta menarik tentang Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack. Kalau korang rasa berminat untuk datang bertandang ke sini, jangan lupa cekidout laman  social media mereka di:

Instagram

Instagram

 
Klik Sini untuk menonton video ringkas Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack


You may also like

16 comments:

  1. Wahhh dah lama tak gi melaka, boleh singgah ni nanti berkesempatan gi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, kalau fifie pergi Melaka nanti, jangan lupa singgah tau
      Waze je cari Grind Shack

      Delete
  2. seriussssssssssssss ! Susah nak cari cafe hipster yang bukan saja lawoooooo ! tapi makanan dia tip top gila,lelagi steak dia,hadoiiiiiii...mengidammmm! lychee rasberry pun sedapppppppppp.... fresh je minum . Aiskrim! first time makan aiskrim yang sedap macam ni ! Yang popcorn serius best gila! adoiiiii,tak reti dah nak komen cane, semua puas hati ! Nanti memang nak singgah lagi ah kat sini bila p melaka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ais krim tu guna pop corn Garrett kot, tu yang meletops!
      suka konsep kedai ni, makanan tip top, minuman pun banyak pilihan. Worth it.

      pssst, jom repeat pi sana :)

      Delete
  3. Sedapnya western food dengan kopi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak
      portion besar, klu share pun takde masalah

      Delete
  4. Memang terbaik kan! Nice entry sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. torbaikkk yaya!
      tak puas nak lepak situ haritu,sebab kena rushing ke tempat lain

      btw, thanks for reading :)

      Delete
  5. Harga ok tak...? Cuba share sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga sangat berpatutan..
      price range starting as low as RM5++ dan yang paling mahal pun around RM39++
      Depends on menu yang kita pilih, but definitely worth it dengan portion yang kita dapat :)

      Delete
  6. Wah bole g try ni
    Western food my favourite

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang highly recommended untuk pergi try makan western food kat sini
      Marvelous!

      Delete
  7. Saya dah try . Indah kabar dari rupa. Lasagne serve dalam aluminium foil as if instant punya and panaskan di microwave. Tak sama langsung dengan gambar dalam menu. Harga promosi tak diberi seperti yang diwar war kan dlm instagram dan face book. Chic chop grill pada saya mahal dan portion small. Lain lain spaghetti rasa biasa biasa sahaja. Verdict: i will not come back. It hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Nabi muhammad s.a.w makanya sikit sikit,tapi ubat nabi muhammad s.a.w sikit sikit makan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...