Buffet Ramadan 2015 : Bangi Golf Resort

Destinasi Buffet Ramadan 2015 seterusnya adalah di Bangi Golf Resort (BGR). Korang dah pernah sampai ke Bangi Golf Resort? Actually, ni second time aku ke sana untuk menikmati sendiri kemeriahan dan keenakan juadah untuk buffet Ramadan di sana. Memang tidak mengecewakan, macam-macam juadah berbuka ada disediakan. Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Bangi Golf Resort Restaurant telahpun melancarkan Buffet Ramadan bermula sejak 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015. Apa yang paling penting, BGR adalah antara resort golf yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM.


So, kalau masih tercari-cari tempat untuk buffet Ramadan, boleh cuba di BGR. Apa yang menarik buffet Ramadan di Bangi Golf Resort berbanding dengan tempat-tempat lain adalah dari segi harga. Kalau nak tahu, harga untuk bufet Ramadan kat sini bermula dari harga serendah RM27 untuk kanak-kanak dan RM55 untuk orang dewasa. 


Bufet Ramadan BGR tahun ini sekali lagi membawa konsep dapur terbuka. Antara tarikan kat sini adalah tetamu yang datang dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Asli Tradisional yang didendangkan secara live oleh KUGIRAN. Jom kita tengok, menu apa yang menarik di Bangi Golf Resort. Cekidout!
 
 
 Antara rakan bloggers yang turut merasai kehebatan buffet Ramadan di BGR


MENU ISTIMEWA BUFFET RAMADAN BANGI GOLF RESORT (BGR)

Fuyoh, BGR menawarkan lebih kurang 200 jenis sajian istimewa. Jenuh aih nak memilih untuk makan yang mana satu. Dari masakan melayu popular, sehingga ke sajian barat dan masakan timur, semuanya ada di sini. Memang berbaloi kalau datang berbuka puasa ramai-ramai kat sini.




Orang kata, kalau buffet Ramadan takde kambing golek tak syiok kan? Hah, BGR juga ada menyediakan kambing golek untuk semua pengunjung yang suka makan kambing. Hidangan Sup Kambing Mamak pun ada disediakan di area Cooking Showcase. Tak nak makan kambing? Jangan bimbang, sate pun ada. Bagi penggemar sate, boleh pilih nak makan sate daging ataupun sate ayam bersama kuah kacang. Kuwy Teow Goreng dan Mee Goreng mamak juga ada disediakan bagi sesiapa yang tak nak makan nasi time berbuka.





Antara menu yang unik dan boleh dikatakan takde di tempat-tempat lain adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Sous yang merupakan menu signature bagi BGR untuk buffet Ramadan mereka dan boleh diperolehi di bahagian Western Appetizer. Di bahagian juga, kita boleh menikmati jenis hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Facaccia Panggang. Bukan tu je, Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce pun ada. 





Antara menu utama yang disediakan adalah Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Papper Beef, Fish Fillet dengan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros, dan Rendang Daging Taik Minyak.Pendek kata, memang terbaik menu-menu yang disediakan. Ada umppphhh!



Apa yang lebih menarik perhatian adalah aneka jenis kuih-muih dan pencuci mulut yang penuh warna-warni. Selain juadah manis sebagai pencuci mulut, terdapat pelbagai kuih muih, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. 
 


Tak nak kuih tradision, terdapat pelbagai pilihan popular gaya barat yang ada tersedia untuk kita semua nikmati seperti Italian Tiramisu, Chocolat Eclair, Blueberry cheese Cake, Red Velvet cake, Young Coconut Jelly, Creme caramel, Mix Berry dan panna Cotta. Nak tahu apa yang menarik untuk buffet Ramadan 2015? BGR tampil dengan ciptaan eksotik terkini mereka iaitu Infused Chocolate Ganache Tarlet. Kalau korang berkesempatan ke sana, jangan lupa try tau :)


Rasanya, kalau nak senaraikan semua list makanan kat sini memang tak habis, hehe. Apa kata, korang pergi sendiri. Ajak member-member office ke, bodek bos suruh belanja ke, tak pun ajak family datang bersama untuk berbuka. Bab nak parking kereta ataupun nak solat, jangan bimbang. Pihak BGR telahpun  menyediakan sebanyak 800 lot parking secara percuma kepada korang semua. Kemudahan surau lelaki dan wanita juga disediakan untuk keselesaan semua tetamu yang hadir.
 
 
Apa tunggu lagi? Dah jumpa tempat buffet Ramadan yang murah dan cukup lengkap dengan pelbagai menu, jom cepat-cepat buat tempahan sebelum penuh. Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh menghubungi Pn. Luliy Shalwanidi talian 016-2678284 / 016-9645544 atau email bgrrestaurant@gmail.com.

Lokasi:
Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.
Telefon
03-8925 3728
03-8210 0265 
 
Fax:
03-8925 3727
03-8925 3726
 
E-mail: 
Koordinat GPS:
2.95716N, 101.76518E
 

NOTA KAKI
Tukang ajak kali ini adalah MekOnie dan gang Projek Travel. Terima kasih banyak-banyak kepada korang semua yang sudi menggemukkan aku yang sedia gemuk ni, keh3. Terima kasih jugak kepada pihak BGR untuk menu yang sedap-sedap. Nak repeat lagi boleh? hehe. Destinasi Ramadan 2015 untuk edisi buffet Ramadan seterusnya kat mana? Tunggu!!!

Post a Comment

6 Comments

  1. bestnya. tak ajak iolls pun!
    www.kaio.my

    ReplyDelete
  2. tumpang tnya. ni ke yang orang kata sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, betul la tuh.. memang tak silap lagi dah

      Delete
  3. heheh datang melawat..oh 55 je murah murah gak! selamat berpuasa nuar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga suzai..
      yee, RM55 je kat sini.. antara buffet yang murah di area Bangi

      Delete