B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside | Weekend Carvery Dinner

/
2 Comments

B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan Weekend Carvery Dinner khas untuk sesiapa sahaja yang mencari juadah istimewa atau carvery meals terutamanya kepada semua warga Lembah Klang Dan Putrajaya.



Sebenarnya, kami rasa cukup bertuah bila diundang oleh pihak Pullman Putrajaya untuk hadir dan merasai sendiri pengalaman makan malam di B's Restaurant. Terima kasih juga kepada Asia Horizon untuk peluang kali ini. Alang-alang dah sampai ke sini, tak syok lah pulak kalau tak share menu apa yang menarik katB's Restaurant dengan korang. Meh, nak story sikit. 


Weekend Carvery adalah pakej istimewa yang ditawarkan oleh pihak B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside kepada pelanggan untuk menikmati makan malam di hujung minggu yang istimewa. Dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 7.00 pm hingga 10.30 pm. Tawaran istimewa ini iaitu Weekend Carvery akan berakhir pada 31 Oktober 2014 dengan harga RM75 nett/person. 


Pakej yang ditawarkan di B's Restaurant memang sesuai kalau nak buat event universiti ataupun dinner kompeni ke apa. Sebab harganya amat berpatutan berbanding pakej buffet dinner di hotel-hotel lain di Malaysia.



The stunning B's will definitely be a feast for both your eyes and palate!


B's Restaurant terletak di Level 1,Bunga Tanjung Wing, Pullman Putrajaya Lakeside dan dibuka setiap hari dari jam 6.00 am hingga 1.00 pagi. Keunikan B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside adalah dari segi tatarias dan interior design yang moden dan menarik. 


Dilengkapi dengan cooking theatre yang unik, kombinasi makanan dan seni yang harmoni mampu manambat hati sesiapa saja yang datang bertandang.



Selain susunan tempat makan yang kemas dan teratur, B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside mempunyai features yang menarik seperti ruang makan yang menghadap Tasik Putrajaya mahupun landscape taman yang menarik. B's Restaurant mempunyai tempat duduk dengan kapasiti 170 orang tetamu di bahagian dalam dan luar restoran.


Dari aspek hidangan yang disediakan, B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside menampilkan makanan autentik Asia mahupun Barat samaada secara buffet ataupun ala carte mengikut kehendak pelanggan. Tidak ketinggalan juga, ala carte menu untuk kanak-kanak pun ada yang pastinya akan membuat mereka tersenyum lebar.



Paling istimewa di B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside, setiap pelanggan akan dilayan sebaiknya oleh chef-chef sendiri ketika mangambil juadah mahupun ketika menikmatinya. Interaksi antara chef dan pelanggan ini memang sukar untuk didapati di mana-mana restoran mahupun hotel di Malaysia. Kelainan yang cuba diketengahkan oleh B's Restaurant ini mampu memberi peluang kepada chef untuk berkongsi resepi masakan dan apa saja dengan para pelanggan.


Antara juadah utama yang dihidangkan adalah kambing panggang, daging lembu, dan aneka jenis makanan laut. Paling menarik, semua hidangan disediakan khas oleh Executive Chef dan team yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari dan perhotelan.


Cakap banyak tak guna, apa kata kita scroll down gambar-gambar menarik yang sempat dirakam tempoh hari. Cekidout!!!


Siakap dan udang

Assorted tapas

Pelbagai jenis pembuka selera

Assorted Tapas

Salad and dressing

Sweet Corn Crab Meat Soup 
Cream of Pumpkin Soup

Semua jenis cheese ada kat sini

Ini roti ke tongkat?
Roti boleh, tongkat pun boleh?

Aneka jenis roti

Beef Wellington

Spring Chicken

Poached Salmon

Roasted Lamb Leg
Lamb Asado

Roasted Beef with Au ajus Sauce

Seafood Paila Rice Velencia

Sesi mengenali menu-menu utama

Potato Lyonnaise
Chili Pasta Chicken

Diiktiraf Halal oleh pihak JAKIM

Macam-macam jenis kek dan kuih-muih

Chocolate fountain

Pudding 

Buah-buahan

6 perisa ice cream berserta topping


Tak kan datang nak snap gambar je kan? Mestilah makan sekali. Baru dapat feel nak share dengan readers di blog. Ok, ini yang pb cuba untuk food review kali ini.


Ini pula pendapat pb untuk setiap menu yang dicuba:

Ikan siakap masak stim agak tawar sikit. Nak best, memang kena ambik sos dia banyak sikit. Memang meletop kebaboom bila bergabung.

Beef wellington yang sedap amat. Especially rotinya.

Spring chicken, poached salmon, roasted lamb leg, lamb asado, dan roasted beef semua dibedal dalam satu masa. Variasi rasa yang memang menyelerakan.

Paling suka chilli pasta chicken sebab agak pedas dan cream of pumpkin soup yang memamg creamy habis. Fuuuh, layan betul hirup soup yang paling sedap dengan apa yang pernah rasa sebelum ni di tempat lain. Ohsem!


Ok, done. Amacam, teruja tak? Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, bolehlah hubungi B's Restaurant di talian 03-8890 0000 ext 6812.


INFO

B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tel. +60 (3) 8890 0000 (Ext: 6812)

Email : info@pullmanputrajaya.com


You may also like

2 comments:

  1. Semua pun nampak sedap2 je..harus tersandar kekenyangan kalau makan kat sini..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...