Cara-cara Memohon ke Tingkatan 1 MRSM 2014

/
6 Comments

Dalam entri yang lepas, saya ada berkongsi mengenai tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke MRSM bagi pelajar lepasan UPSR 2013 untuk ke tingkatan 1 (klik sini) Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai cara-cara untuk membuat permohonan ke MRSM bagi pelajar tingkatan 1 bagi sessi 2014.  Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa saja yang ingin membuat permohonan masuk ke MRSM bagi anak-anak, anak-anak buah, saudara-mara, sepupu-sepapat dan sesiapa saja yang anda kenali. 

 

Nombor Pin / Kata Laluan 

Nombor pin atau kata laluan boleh diambil dari Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan secara PERCUMA bermula pada hari keputusan UPSR 2013 diumumkan secara rasmi iaitu 14 November 2013.

PENTING! Pemohon perlu membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2013 yang telah disahkan 
 

Permohonan Online

Permohonan atas talian (online) boleh dibuat di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2014. (Sila guna Internet Explorer)

Isi semua maklumat pemohon yang diperlukan dan pastikan permohonan berjaya dihantar secara online.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut : 
Permohonan ke Tingkatan Satu, 
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
21, Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR.
 
PERINGATAN! Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak. 
 

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan secara online akan ditutup pada 27 November 2013.

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013.

PERINGATAN! Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

 

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian berikut:
03-2690 3765
03-2613 4509
03-2613 4513
 
 
Maklumat tambahan boleh rujuk di:
  1. Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 1
  2. Kurikulum MRSM
  3. Kemudahan Pelajar di MRSM
  4. Senarai MRSM
Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan; Alamat MRSM

 

Program MRSM

  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE. 

Sumber rujukan: http://eputra.com/



You may also like

6 comments:

  1. entry yg sgt bagus ni
    moga membantu mereka untuk apply ke form 1
    pasal masalah feed blog, yumida belum tahu cara solusi
    ada masanya ok, ada masanya x ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk rujukan anak buah yang baru dapat result UPSR
      alang-alang tuh, berkongsi kat sini, mana tau ada yang nk tau kan untuk anak-anak/saudara-mara

      alhamdulillah, godek-godek aritu nampaknya feed blog dah ok :)

      Delete
  2. mudah je skarang..
    banyak rujukan bleh buat..
    teringin nak masuk mrsm la macam ni..
    eehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,mak ayah dah pandai guna internet zaman skang
      tak tahu apa-apa boleh google je
      zman kita dulu-dulu, isi borang manual,haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...