Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru

/
2 Comments
Antara aktiviti hujung minggu aku kalau boring-boring adalah Jalan-Jalan Cari Makan, #JJCM. Antara port yang paling best adalah di Kampung Baru. Macam-macam jenis makanan ada. Dari makanan pantai timur sampailah makanan barat (western food). Antara tempat yang pernah diterjah bersama beliamuda dan faris adalah Nasi Kerabu, The Ship dan HR Steak House.


Hujung minggu lepas, jumpa lagi satu tempat best untuk makan-makan di sekitar Kampung Baru iaitu Shazana Pau Shop & Cafe. Dapat tau pasal restoran ni daripada bro Kid dan Kak Lily.



Ingat ke memang jual pau je kat sini. Rupanya, macam-macam ada. Western food pun ada. Tapi, kalau ikut sejarah asal memang dia start dengan jual pau. Sekarang, dah jadi restoran. Nah tengok, macam-macam jenis pau ada. Paula Malai Ali je takde dijual di sini,keh3.


Nak cuba pau sedap, boleh la pergi. Western food kat sini pun sedap jugak orang kata. Ingat nak try jugak next time. Tu kena plan next time pulak.


Sekarang ni, mai nak cerita pasal buffet Ramadan di Shazana Pau Shop & Cafe. Time pergi hari tu, diorang sediakan menu-menu yang akan dihidangkan time bulan puasa nanti. Nak tau apa menu istimewa kat sini? Boleh la layan gambar-gambar kat bawah ni yer. Jangan sampai meleleh air liur sudey.



Antara menu yang ada adalah Laksa Johor. Kawe ore klate biaso make lakso warno putih. Lakso Johor warno kuning ruponyo. Herm, boleh try makan. 


Nasi beriani pun ada. Banyak jugak lauk boleh pilih kat sini, ayam berempah, daging gulai, daging masak kicap, udang dan macam-macam lagi.


 Paling best, bahagian dessert. Ada chocolate fountain bagai. Tempat mashmellow bersiram. Fuyoh! Gabungan kuih tradisional macam kuih ketayap dan aneka cupcake. Chocolate cupcake, red velvet, dan pavlova.


Makanan western pun ada kalau rasa nak berbuka dengan gaya barat. Macarroni bakar, soup dan roti. Nak sejukkan tekak, mesin ABC pun ada. Boleh buat sendiri kalau nak makan ABC, style layan diri. Pendek kata, macam-macam ada. Pilih je mana yang berkenan dan ngaaaaap!


Menu pilihan

Meh layan pulak apa menu pilihan aku kat Shazana Pau Shop & Cafe. First time datang ke sini, berkenan pulak rasa nak makan nasi beriani. Tengok macam mengancam....
 



Habis sepinggan nasi, fuh nikmat betul. Tiba masa nak bedal cupcake sebagai pencuci mulut pulak. Macam biasa, cake favorite tak tertinggal, red velvet.


Hari ini dalam sejarah, first time dapat merasa pavlova. Dah lama mengidam nak makan, akhirnya.... Chocolate cake pun sedap.. Aish, tak puas hati makan cake nih. Kalau sebab perut tak penuh, dah bantai banyak lagi.
 

Hah, ni dia rupa mashmellow bila kena mandi dengan coklat. Lazat jugak makan benda alah ni rupanya.. Ingat ke strawberri coklat je best, rupa nye ni pun boleh tahan jugak.


Membuntal perut untuk #JJCM kali ni kat sini. Kalau korang rasa nak cuba, jangan segan-silu terjah ke Shazana Pau Shop & Cafe. Kalau nak pergi berbuka puasa, book awal-awal. Nanti penuh tak pasal-pasal kecewa. Aku pun rasa kena pergi lagi ke sini, hari tu lupa nak try makan pau dia, LOL.Asyik sangat snap gambor.


 
 Shazana Pau & Cafe (001691237-M), 
Wisma Yayasan Terengganu, 
77E-GF, Jalan Raja Alang, 50300, 
Kuala Lumpur. 
Tel : 03-2602 1026.

Kalau nak tengok menu buffet Ramadan, harga dan promosi, boleh cek facebook 




INFO PENTING  
  • Boleh memuatkan sehingga 70 pax pada satu-satu masa
  • Tempat parking percuma disediakan (siapa cepat dia dapat)
  • Bersebelahan dengan tempat parking berbayar. Rebat sebanyak RM2 untuk setiap kenderaan.
  • Ada disediakan surau yang berasingan antara lelaki dan wanita dan boleh memuatkan 3-4 orang pada satu-satu masa.
  • Makan 11 orang dan bayar untuk 10 orang sahaja
  • Diskaun sebanyak 10% untuk yang membuat tempahan awal (sah sehingga 10 Julai 2013)
  • Untuk tempahan pada hari yang sama, hendaklah dibuat sebelum pukul 11.00pagi.
  • Untuk tempahan berkumpulan melebihi 20 pax, deposit sebanyak 50% diperlukan.
  • Jika pembatalan di lakukan di saat akhir, wang deposit tidak akan dikembalikan
  • Blog URL : http://shazanapau.blogspot.com/



You may also like

2 comments:

  1. kawe sapa lonih dok tra2 pavlova tu..

    ReplyDelete
  2. JMR:
    kena try tu boh, keno hok kecik sebutir jadi doh
    pelepas hajat,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...