Buffet Ramadan : JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur

/
3 Comments
Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Ramadan. Rasa kejap je masa berlalu. Rasa seronok nak merasai detik-detik best di bulan Ramadan. Terawih, sahur, bazar Ramadan dan berbuka. Lagi best, kalau dapat berbuka di samping keluarga tercinta dan menikmati juadah masakan bonda tercinta kan? Apapun, di kesempatana ni, nak ucap selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan dan seluruh umat Islam.


Kalau dah masuk bulan Ramadan, antara event yang akan diadakan adalah majlis berbuka puasa beramai-ramai. Tak kira lah di masjid, surau, kampung, restoran mahupun di hotel. Masing-masing ada citarasa tersendiri dan lokasi favorite.


Minggu lepas, dapat invitation untuk food review di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Mai nak share sedikit-sebanyak cerita pasal buffet Ramadan kat sana dan apa keistimewaannya. Mana tau, kalau-kalau kompeni korang ataupun department korang nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai kan, boleh la suggest tempat ni.



Tarikan utama? Bagi aku, personally sebab buffet Ramadan di JW Marriott Hotel berkonsepkan selera kampung dengan bertemakan  "Nenek's Kitchen". So,memang rasa dekat dengan hati. Terubat rindu kat kampung halaman. Dengan dekorasi gerai-gerai yang menarik di tepi kolam renang, pelbagai juadah disediakan. Paling best?  Mestilah kambing panggang, ikan bakar dan sate.


Nak tahu apa lagi menu istimewa yang ditawarkan untuk buffet Ramadan di JW Marriott, boleh scroll down dan menikmati sebahagian daripada gambar-gambar menu yang sempat dirakam.


MENU MENARIK

Gerai Ikan Bakar
Ikan Pari
Ikan Cencaru
Ikan Kembong 
Makan besama Sambal Belacan,Sanbal Kicap dan Air Asam


Aneka roti, puding roti, bubur, sate dan pengat pisang

Aneka lauk-pauk masakan kampung, Nenek's Kitchen

Kuih-muih tradisional, ulam-ulaman, buah-buahan dan pelbagai jenis minuman

Gerai Buah-buahan
Tembikai,Nenas,Tenbikai Susu,Rambutan,Pisang Emas,Mata Kucing

Gerai Rojak Buah
Mangga Muda,Betik Muda, Jambu Air,Jambu Batu,Sengkuang,Timun
Makan bersama Kuah Rojak, Kacang Tumbuk dan Biji Bijan 

Ulam-ulaman
Ulam Raja,Ulam Pegaga,Daun Selon,Timun,Jering,Jantung Pisang,Kacang Botol, Petai

Sambal Sambal Melayu 
Sambal Belacan 
Sambal Tempoyak 
Sambal Mangga 
Sambal Nenas 
Sambal Cencaluk 
Budu

Pembuka Selera Melayu 
Gado Gado dengan Kuah 
Kacang Kerabu 
Pucuk Paku 
Kerabu Mangga dengan Ikan Bilis 
Acar Buah
Telor Masin / Ikan Masin (Sepat,Gelama dan Pari) 

Pembuka Selera Antarabangsa
Assorted Garden Green Lettuce wit Dressing dan Condiments
(Carrot,Onion,Cucumber,Tomato) German Potato Salad Coleslaw

Keropok 
Keropok Ikan 
Keropok Udang 
Keropok Belinja 
Keropok Sayur 
Papadom

 Gerai Pencuci Mulut
Assorted Malay
Agar Agar dan Puding
(Santan Pandan,Gula Melaka bersama Cincau,Ros Merah dan crème caramel Butterscoth) Aneka Jenis Butter Kek (Vanilla,Chocolate and Banana)
Sago Gula Melaka
Bread and Butter Pudding Chocolate Puding French Pastries

Aneka Jenis Biskut Raya  
Bahulu,Kuih Karas,Wajik dan Kurma


Macam-macam jenis sup
 Gerai Sup
SupTom Yam
Sup Ekor Berempah 

Pembuka selera dan pemanis mulut

“Istimewa Di Bulan Ramadan”
Bubur Lambuk 


Gerai selera kampung

MENU UTAMA

Selera Utama

Rendang Daging

Daging Salai Masak Lemak + Pucuk Ubi Pucuk Manis + Labu Masak Lemak Putih 
Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Ayam Masak Merah

Kari Kambing dengan Kentang

Ayam Masak Halia dan Daun Bawang Chinese Style

Daging Lada Hitam A La Chinese

Sayur Campur a la Chinese

Nasi Tomato

Nasi Putih


Masakan kampung yang sungguh menyelerakan

Sate ayam dan sate daging

Gerai Satay 
Satay Ayam 
Satay Daging 
Kuah Kacang 
Timun,Bawang dan Nasi Impit


Selain daipada menu utama berasaskan masakan kampung, banyak jugak menu-menu menarik yang lain. Pendek kata, macam-macam ada untuk menggembirakan para tetamu yang hadir.


MENU-MENU LAIN

Gerai Nasi Ayam 
Ayam Panggang Ayam Kukus
Nasi Ayam
Sup Ayam
(Cili,Kicap,Halia dan Timun)

Gerai Mee
Laksa
Mee Kari

Gerai Ais Kacang 
Ais Kacang 
Cendol


Macam biasa, kalau pergi tempat makanan banyak-banyak macam ni, mesti kita pilih yang the best among the best kan? Mai tengok apa menu pilihan time pergi hari tuh.

MENU PILIHAN

Mula-mula sekali, time duk ronda-ronda tertengok kuih-muih tradisional. Apa lagi, terus ambil. Kalau nak tahu, gula melaka dan tepung pelita tuh kuih kegemaran aku sejak kecil lagi. Hoh, tiba-tiba teringat kat kampung bila makan nih.





Next, beralih ke menu utama. Perut tak terisi selagi tak pekena nasi. Lagi-lagi ada sambal udang petai, peghhh. Hao liao. Ikan bakar, sambal kicap, sambal dan air asam pun ada, lagi lah umphhh.



Hidangan seterusnya? Sate ayam, sate daging, dan kambing panggang bersama blackpaper. Fuyoh, ini memang mantap. Lazat!



SURAU 

Berbuka puasa pun, jangan sampai terlupa yang wajib ye. Jangan bimbang, kat JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur ada sediakan surau.Kalau berbuka puasa di aras swimming pool (Level 6) atau satu lagi lokasi di Level 4, surau ada di LL3.



JW MARRIOTT HOTEL, KUALA LUMPUR

Amacam, menarik kan menu-menu yang disajikan? Lokasi pun agak strategik. Betul-betul bertentangan dengan Pavilion dan bersebelahan dengan Sephora. Public transport pun dekat, turun di stesen monorail Bukit Bintang, jalan kaki tak sampai 5 minit.




Kalau beminat nak buat event berbuka puasa kat sini, tak pun ada yang bertanya pasal bufffet Ramadan di JW Marriott Hotel, boleh lah war-war kan kepada yang berminat. Info dan maklumat lanjut, boleh rujuk di sini:

Waktu operasi
700malam - 1030 malam

Harga
RM75.00++ di tepi kolam renang
RM65.00++ di tingkat 4 Starhill Conference Centre
*Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun makan di tempat sama pada separuh harga*

Maklumat lanjut atau tempahan
Tel : +603-2719 8666
Email : bukapuasa@ytlhotels.com.my


Notakaki: Eh, ce tengok kat sini, ada orang snap gambar aku time duk kusyuk rembat lauk-pauk, lol.


You may also like

3 comments:

  1. waaa. lamo doh tak dpt invitation makan2. Ngidam weh ambo..haha

    ReplyDelete
  2. amirnawawi:
    time bulan puasa ni,memang event makan-makan je lah mir..
    banyak buffet Ramadan yg best-best

    ReplyDelete
  3. nice review...baru arini nak gi...sibbaik amik yg tkt 4...takut kang anak kot termasuk dalam kolam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...