#DRPB : EPISOD 3

/
4 Comments
12 Julai 2013
3 Ramadan 1434H

Time sahur, rasa macam takde selera la pulak nak makan. Bangun minum air  dan makan buah je. Setakat ni, masih belum try lagi sahur kat luar. Masak pun belum pernah untuk sahur. Tak tau nak makan apa.


Hari Jumaat pertama di bulan Ramadan. Oh, Masjid Jamek, Kuala Lumpur kini dah dibuka kembali setelah sekian lama ditutup untuk renovation. Nampaknya, semua dah dicat baru, semua tempat dah ada skrin LCD, dan ada satu bahagian ditutup dengan kaca dan berhawa dingin. Satu je yang tak penah berubah, sesak tak macam Masjid Al-Bukhari. Kalau lambat, confirm kena duduk tengah panas, takpun atas rumput.


Macam biasa, hari Jumaat 445 petang dah boleh balik. Sempat pergi ke pejabat Nuffnang dan Churp-churp di Dang Wangi untuk ambil hadiah LINE doll dari Nuffnang dan t-shirt limited edition daripada Churp-churp. On the way ke sana, tengok ramai yang duk bekumpul di cabang empat traffic light, siap dengan ambulans sekali. Sah,mesti ada eksiden. Dah sampai di tempat kejadian, sempat bertanya khabar dengan akak yang ada kat situ.

"Kenapa ni kak?', aku curious nak tahu, tanya orang sebelah sambil tengok wanita yang mengandung sedang ditolak masuk ke ambulans.

"Oh, dia eksiden tadi. Naik motor dengan husband dia. Ada kereta langgar sampai dua-dua terjatuh", jawab akak tadi.

"Ingat ke nak bersalin...", aku mencelah.

"Ye lah. Dia mengandung 8 bulan. Bila jatuh, terhentak teruk. Nasib baik tak ada apa-apa", ulas akak tu dengan penuh simpati.


Huh, kesian betul. Harap-harap akak dan bayi dalam kandungan tu selamat. Sama-sama kita doakan. Bahaya juga bawa motor kalau isteri mengandung. Kalau kita berhati-hati pun, kadang-kadang orang lain yang tak berhati-hati, tak guna juga. Sama juga kesannya. Tapi, kalau dah langgar, tak kan takde hati perut nak berhenti dan tanya khabar kan? Oh, manusia!

Lepas ambil barang, terus menapak balik. Aduh! Besar gedabak jugak LINE doll yang dapat. Ingat kecik comel je. Naik segan pulak nak bawak naik train. Buat slumber badak jer. Mesti orang duk fikir nak bagi awek kan? Dah la sesak macam tin sardin, kena pulak pegang benda tuh. Tak pasal-pasal kena berasak-asak macam main ragbi untuk meloloskan badan. Kejar masa punya pasal untuk tengok episod akhir Mencari Ramli 2. Oh ya, sebenarnya nak tahu keputusan contest blogger yang join hari tuh. Malangnya, keputusan belum keluar. Kalau ada rezeki, menang saguhati pun takpe. Kalau tak menang, takpe. Kita hanya perlu berani mencuba.


Berbuka puasa alakadar saja. Goreng fish fillet dan mix vegetables. Campur dengan mayonis dan sos, settle. Alhamdulillah, walaupun simple, mampu jugak buat perut tersengih. Fuh, rekod baru nih. Berbuka puasa tanpa nasi. Mungkin lepas ni, boleh cuba goreng mee, goreng kuew teow, tak pun bihun tomyam untuk berbuka. Harap-harap,takde lagi kes lori garam terbalik dalam kuali, haha.


You may also like

4 comments:

  1. best ah dia dapat hadiah dari churp2,jeles ah cenggini

    ReplyDelete
  2. Hebat bro dpt hadih dari Nuffnang & Churp-Churp.

    Saya dulu pun bersahur ala kadar jugak, minum kopi & buah kurma jer atau sekeping roti. Tapi skrg dok Kelantan, sahur n berbuka jadi lebih meriah.

    ReplyDelete
  3. Mek Onie:
    alhamdulillah, rezeki
    dah lama dapat, tapi baru gi ambil hari jumaat arituh
    jangan jeles deh, hehe

    ReplyDelete
  4. shameel Iskandar:
    tu lah,klu kelik kampong meme make nasi la klu sahur
    masakan mok tu hok sedap
    ngatuk mato pun sanggup bangun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...