#DRPB : EPISOD 2

/
0 Comments
11 Julai 2013
2 Ramadan 1434H
Seronok tengok budak-budak dibawa ke masjid. Lagi-lagi, yang duk sembahyang tepi ayah masing-masing. Teringat time kecik-kecik dulu. Pergi terawih naik motor ngan mak dan arwah ayah. Tak sempat habis terawih, aku dah lentok tidur kat belakang surau. Sigh! Tapi suasana tak best bila ramai budak-budak berkumpul tanpa pengawasan orang tua, lain pulak jadinya. Bising tak bertempat. Sabor je lah.
Dari waktu sahur, sampailah ke pagi, hujan tak berhenti. Nikmat betul. Rasa nak je tarik selimut sambung tidur tak payah pergi kerja. Mungkin jugak sebab hujan, pagi tuh train pun ada problem. Delay sampai 20 minit. Tak pasal-pasal lewat masuk office. Ingat aku orang yang last, rupanya meje sebelah dan meja belakang pun masih kosong. Jem teruk katanya. Huh, lega. Tarik nafas panjang. Buat muka tak bersalah.


Time lunch ada sesi ceramah daripada Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz. Antara intipati ceramah adalah mengenai kelebihan bulan Ramadan dan mencari barakah dalam kerja di bulan Ramadan. Paling menarik untuk dikongsi, pasal kisah Rasulullah menyebut amin sampai tiga kali. 

Lantas para sahabat bertanya kenapa baginda menyebut amin sebanyak tiga kali.

Jawab Rasul “Tadi aku didatangi Jibril dan meminta aku mengaminkan doanya.?”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasul ?” tanya sahabat.

Kemudian Rasul menjawab : “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan aku mengaminkan....
  1. Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan
  2. Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan
  3. Ya Allah ya Tuhan kami janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling memaafkan

Bila fikir balik, kita duk mintak maaf lepas habis bulan Ramadan, yakni hari raya. Sepatutnya sebelum masuk Ramadan la kan? Herm.. Takpe, yang penting kita minta maaf selalu. Tak kira la bila-bila pun. Tak rugi sedikit pun meminta maaf kalau kita betul-betul salah, bukan jatuh maruah macam kita meminta sedekah. Dan, jadilah seorang yang pemaaf. Walaupun hakikatnya agar payah, tapi itulah sebaik-baiknya.
Hari ke-dua berpuasa, sambung cita-cita hari pertama yang tak kesampaian. Jom,ketuk-ketuk kuali. Menu yang terhasil adalah sambal udang dan sotong. Satu lagi menu sayur goreng kicap bersama telur goyang. Bila azan berkumandang, bedebar-debar nak rasa jadi ke tak masakan hari ni.
Hampagas betul, lori garam terbalik ke apa aku pun tak pasti. Lauk ku cukup masin, cukup masin. Blerghh. Terseksa nak makan. Adoi. Mencabar jugak nak masak di bulan Ramadan nih. Main campak-campak, sampai overdose garam. Kecewa! Lesson learnt, kecikkan cubit garam tu lain kali. Heran jugak macam mana orang yang masak untuk berniaga di bazar Ramadan dapat masak banyak-banyak dan sedap. Herm, betullah orang kata, orang tua dah lebih makan garam berbanding kita. Maknanya, mereka lebih berpengalaman. Salute sama para ibu yang tak jemu-jemu memasak yang enak-enak untuk keluarga tercinta. Air tangan bonda itu paling best walaupun simple, tapi tetap lazat. Aih, kan dah rindu mak kat kampung, sob3.   
 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...