#DRPB : EPISOD 4

13 Julai 2013
  4 Ramadan 1434H

Hujung minggu kini kembali. Haih, buntu tak tau nak buat apa. Kalau weekend biasa, boleh jalan-jalan cari makan. Sempena Ramadan ni, kita "pause" dulu kejap. Kasik perut rehat sikit. Bak kata Ustaz Hassan Din, perut kita ni macam enjin kereta lah. Kena jugak hantar service. Kalau duk guna memanjang, lambat-laun boleh rosak. Service yang kita ada pastinya dengan adanya bulan Ramadan.


Aktiviti hari ni, menapak ke KLCC atas ajakan Hanifi aka beliamuda. Memandangkan duk rumah pun takde buat apa, jadi pergi la layan Pacific Rim 3D. Not bad filem ni, aksi perang robot dan raksasa. Unik bila robot-robot nih dikendalikan oleh dua orang  dengan selaraskan pemikiran mereka. Fuh, fikiranmu fikiranku jua gitu. Lepas habis movie, singgah di Sony store sebab nampak kelibat Zizan Razak duk tengah usha kamera. Duta Raya Sony katakan.


Uniqlo? Niat di hati nak pi survey untuk member kalau-kalau ada sale. Tup tup, ada booth untuk snap gambar pakai baju Uniqlo dengan buat spontan motion. Orang nak kasik vaucer RM20 dan keychain, rembat je lah. Akhirnya, sangkut juga baju merah selai angkut bawak balik. Boleh buat beraya.


Sebelah petang, menuju ke Kampung Baru untuk jemputan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Shazana Pau Shop & Cafe daripada kak Lily. Alang-alang sampai awal, sempat meronda-ronda di bazar Ramadan Kampung Baru. Ohsem! Macam-macam ada. Memang menguji keimanan. Tergugat jugak bila tengok ayam golek, air tebu, roti tempayan, pulut mangga dan macam-macam kuih tradisional. Duk asyik berjalan, slumber dek je kena langgar kat kereta yang lalu-lalang. Nasib baik slow je. Driver kereta tu pun takde common sense ke nak bagi hon. Seronok je main langgar kaki aku. Teruk betul perangai!


Alhamdulillah, seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai for the first time di bulan Ramadan. Antara yang hadir selain beliamuda adalah kak Lily dan husband, Kak Yana Yassin dan pasangan, Kak Ruby dan husband, warga media, dan artis-artis tempatan seperti Aril AF, Shiha Mentor, Ayu OIAM, Lutfi Akmal dan beberapa orang lagi. Seronok jugak tengok adik-adik dari Rumah Anak Yatim Kasih Bestari dan Nur Zaharah dapat duit raya. Paling kurang, mereka gembira dan rasa dihargai. Paling best sebab dapat makan makanan yang best-best di Shazana Pau Shop & Cafe. Pertama kali merasa laksa Johor. Seriously, sedap.


Memandangkan hari ni berada di luar kawasan, berkesempatan untuk berterawih di Masjid Jamek Kampung Baru. Kemungkinan besar, kalau takde aral melintang, minggu depan jadi volunteer untuk program bubur lambuk anjuran kompeni.

Post a Comment

0 Comments