Bazar Ramadan Paling Popular

/
8 Comments
Dulu aku pernah tulis pasal kuih-muih dan juadah yang top di PaRam (Pasar Ramadan). Kalau korang nak tahu, boleh jalan-jalan cuci mata kat sini: Ngetop di Param. Kalau takut 'kurus puasa', baik tak payah. 


Bazar Ramadan Setapak Jaya

Kali ni, aku nak bukak cerita pasal Bazar Ramadan paling top pulak kat Malaysia. Bazar Ramadan? Macam "cliche" je bunyinya, ye dak? PaRam la, baru 'gedebe' sikit bunyi, lol. Kalau kat Kelantan, spesifik area kampung aku Melor, PaRam yang agak tersohor adalah PaRam Melor, PaRam Pauh Lima dan PaRam Peringat. Tapi, lama dah tak menjejakkan kaki ke sana. Maklumlah, dah jadi perantau sekarang. Kena lah cari port-port baru di tempat yang bermastautin sekarang.


Kalau area KL, dengar kata PaRam di Stadium Cheras, PaRam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), PaRam Kampung Baru adalah antara PaRam yang famous. Kalau pergi, boleh "feel" macam mana keadaan join rusuhan atau piket. Nak beli murtabak pun sampai berasak-asak, lol. Nak beli air tebu, berebut macam nak main ragbi. Tapi, itulah keunikan dan keindahan di bazar Ramadan/PaRam.


Melati Murtabak
Air tebu

Semalam, try pergi ke PaRam Setapak Jaya. Pergh, boleh tahan ramai orang yang berpusu-pusu ke sana. Macam-macam juadah ada, sampai aku mabuk tak tau nak beli apa. Ulang-alik,ulang alik, beli samosa dan Murtabak Pekan je. Tak tau nak makan apa, adeh!


Murtabak Pekan

Kalau tengok apa yang dijual, rasa semua nak. Pendek kata, kalau bawak duit seguni pun mampu habis. Nak tau apa yang menarik perhatian kalau pi PaRam? Biasanya, selain murtabak, air tebu, antara yang menarik perhatian seperti kat bawah ni....


Ayam bakar berempah

Karipap dinasor dan cempedak goreng

Aneka jenih air minuman


Time duk "berjogging" di PaRam, nampak kelibat kenderaan Celcom. Aku tengok macam something big je atas kenderaan tuh. Cuba lah pergi tengok ada apa? Nak tahu ada apa?




Hah, ni lah dia gerangannya. WiFi free wooo. Kat PaRam pun ada WiFi free. Awesome! Ini memang dunia di hujung jari. Apa lagi, aku terus ambil kesempatan "connect" the internet kat telepon, "snap" photo, then terus "upload". Tangkas!


Bukan tu je, "Blue Man" Celcom pun ada kat situ. Mana boleh lepaskan peluang, bergambar la dulu buat kenang-kenangan. Kalau korang pergi ke PaRam lepas ni, intai-intai la kenderaan Celcom dan Blue Man. Kalau berminat nak tahu pasal portaWiFi, boleh tanya kat diorang. Aku pun cukup tertarik dengan pakej yang ditawarkan. Nanti nak try pi usha Blue Cube Celcom.



 


PortaWiFi

WiFi boleh diakses sehingga 5 pengguna (devices)
Surf at speeds up to 21Mbps
10GB data
Coveraga yang agak luas, cepat dan pantas

Rujukan: Celcom




Aku ada tanya sedikit-sebanyak pasal portaWiFi ni. Sebab macam berminat nak beli. Selain portable, benda nih jugak boleh pasang dalam kereta. Mak aih, WiFi dalam kereta pun ada skang. Canggih-manggih betul. Lagipun, kalau balik kampung kat Kelantan nun, boleh cucuk kat plug, dan bagi WiFi kepada semua ahli keluarga. Cun jugak nih, boleh upload terus gambar-gambar time raya nanti.



Aku siap test lagi, portableWifi ni boleh pasang di power bank. Aku yakin, rata-rata orang yang ada smart phone mesti ada power bank. Tapi, tak semua yang pakai smart phone yang subscribe data plan. Contoh terdekat? Aku sendiri lah,wakakakaka. Sayang betul nak tukar prepaid kepada postpaid. Yes, I need this. Kenyit mata sikit kat Celcom, "bak mai free satu la kat saya. Nak buat beraya kat kampung", hahaha. 





Amboih, brader ni pun kemain possing dengan Blue Man Celcom. Jom lah terjah PaRam yang berdekatan sambil memburu Blue Man dan Portable WiFi. Mana tau ada yang berminat nak beli sebelum balik kampung cuti beraya kan. Konpem, jalan akan jem. Sementara layan jem yang tak berperisa tuh, baik layan facebook, twitter dan instagram. Satu kete ada WiFi,kalau baik hati, boleh share password dengan kereta sebelah. Satu jalan raya boleh online, LOL. Jangan layan movie time memandu sudey.


Lepas ni, jangan pelik kalau mak cik pak cik yang berniaga di PaRam bawak laptop dan online di PaRam. Mak cik pak cik yang berniaga pun, tak payah panik ye kalau ramai yang duk snap-snap photo. Depa datang ke PaRam nak upload gambar je, bukan nak membeli sangat pun, haha. Lagi-lagi kalau zone WiFi free macam ni. Cool!


PaRam mana paling popular di kawasan/daerah/negeri korang? Mungkin boleh share, apa yang special sangat kat PaRam tuh. Ada peniaga cantik macam Kak Ton ke? kahkahkah. Pastinya, kalau ada juadah yang best-best yang takde kat tempat lain, konpem PaRam tu akan tersohor.


TIPS: Nak tahu makanan/minuman yang sedap di PaRam, tengok ramai tak orang yang beratur nak beli kat situ. Kalau ramai yang berebut nak beli tuh, maknanya sedap lah makanan/minuman kat situ. Fakta ke auta ni? Aku try test teori ni betul ke tak semalam,ya memang betul!




You may also like

8 comments:

  1. Salam.

    Setapak jaya? really setapak jaya??? dekat nya dgn tmpt ak membesar,hahaha

    Ak pernah pi skali je param jln tar..taknak gi dah..crowded T__T

    Murtabak pekan..mcm besar je?? kat tghnya mcm spesel :D

    Boleh cuk dalam kereta..ha..best jugak ni. Ak skrg hari2 ketagih nak online, ekekeke. Malam raya, hari raya, mesti terfikir blog sndiri,hohohoh

    Aku duk ptrjya..jgn tnya param mana best..mmg satu tu je pun,kat presint 2 (T___T) huhu..teori tu betul. Satu lgi, kalau beli kuih misalnya, ak tgk, org tua ramai beli kat mana. Diorg kan lagi tahu kuih sedap tak sedap.. Macam bapak ak krole, dia skali imbas je (hebat giler,hahaha) dah tahu org tu jual sdap tidak. Tgk tekstur pun dah bleh agak..wahh, kemaheng ayat aku,ekekeke

    ReplyDelete
  2. dah 19 hari berpuasa, aku tak jejak lagi kaki aku yang kacak ni ke bazar ramadhan.. hehehe. nanti aku terjah. mana tau boleh jumpa blueman jugak.hehehe

    ReplyDelete
  3. Sop pun ada jumpa van tu kat param bandar baru sentul :(

    ReplyDelete
  4. waaaaaa...macam cool giler bazaar kat situ yeee...anyway thanx for sharinggg =D

    ReplyDelete
  5. Cantik baju raya pakcik tu haha...

    ReplyDelete
  6. Tinta Lana:
    Wsalam Lana
    yup, Setapak Jaya, dekat dengan area tasik tuh..
    tahu takpe, param dan lautan manusia memang tak dapat dipisahkan

    murtabak pekan, besar betul
    Patutlah RM6 sebijik, makan 2 orang baru habis

    potawifi memang cun klu guna time balik kampung kan? lagi-lagi jalan jem, phew

    perghh, hebat tuh sampai tengok rupa kuih pun dah tau sedap ke tidak...

    ReplyDelete
  7. boni kacak:
    tu dia, rekod bersih lagi tuh
    hebak ah, tahan dugaan betul camni

    ReplyDelete
  8. Sop:
    boleh sedut wifi free kan? hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...