#DRPB : EPISOD 19

/
2 Comments
28 July 2013
19 Ramadan 1434H


Hujung minggu kali ni diluangkan untuk bertemu sahabat-sahabat sekolah menengah dulu, Gjoe, Zul dan Mat Yoe. Kali ni,jauh sikit nak gi berbuka puasa, menuju ke arah Shah Alam. Lokasi yang dipilih adalah Homst, Seksyen 13, Shah Alam. Ya, first time aku sampai sini. Restoran Cina Muslim, berdekatan dengan Tesco.


Lepas gi booking dan order, melencong ke Jakel Shah Alam. Niat di hati nak gi teman Gjoe beli baju melayu. Alih-alih, aishhhh diri sendiri pun terbeli jugak, Ini semua gara-gara Aaron Aziz. Nak jugak nampak segak bergaya macam Aaron Aziz, alang-alang baju raya pun belum beli, apa salahnya beli terus. Settle!


Alhamdulillah, menu berbuka hari ni cukup best. Antaranya Salted Egg Yolk, mushroom soup, tomyam, sambal sotong, sang kong taufu, siakap sweet sour, kailam, dan ice lemon tea. Tapi, dalam banyak-banyak menu yang ada, udang telur asin tu paling best. Gulp! Nak je mintak resepi dari tauke kedai tuh. Apepun, terima kasih sahabat untuk makanan yang best dan free :)


Perjalanan jalan-jalan cari makan diteruskan lagi di Satay Station, Jalan Dwitasik, Sri Permaisuri, Cheras. Dah dekat dengan area rumah, ajak la member pi try satay station, dengar kata sedap. Lagipun aku tak pernah try lagi, mengidam jugak nak try. Walaupun harganya agak mahal jika nak dibandingkan dengan satay-satay kat tempat lain, RM1.20 untuk ayam dan RM1.30 untuk daging, tapi memang sedap.Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini. Seronok dapat makan-makan bersama kawan-kawan lama.


You may also like

2 comments:

  1. homst? baru buka ye kedai tu? xpernah dengar. hee... ok, boleh g terjah nanti... :)

    ReplyDelete
  2. deqnoor:
    dah lama rasanya bukak.. dah ada beberapa cawangan.. klu pi terjah nanti, jangan lupa ye order udang telur asin
    konpem tak menyesal :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...