ABSOLUTE TRIBAL

/
18 Comments
Memandangkan sekarang sudah pun masuk waktu makan tengah hari,jom kita layan menu special di Sarawak. Dah penat berjalan tengok kucing , ronda-ronda di Medan Niaga Satok dan shopping kek lapis di Kek Lapis Dayang Salhah  , maka sekarang tiba masanya untuk menjamu selera. Lokasi yang kami tuju? Sila rujuk alamat kat bawah, iaitu Restoran Absolute Tribal.

Lokasi
Sarakraf Pavilion
78, Section 43, Jalan Tabuan , 93100, Kuching, Malaysia


Interior design Absolute Tribal ni agak menarik. Dalam restoran, penuh dengan hasil-hasil seni dan artistik. Di salah satu sudut dalam restoran ni,ada pokok dan orang utan buatan. Mungkin, ini yang sesuai untuk menunjukkan kita berada di Sarawak. Tengok orang utan kat sini, teringat orang utan di Semenggoh Wildlife Centre


Kami tiba je di restoran Absolute Tribal, kami terus dibawa ke ruangan khas untuk makan tengah hari. Bila duduk je di meja makan, kemudian satu per satu hidangan yang unik-unik dihantar di meja oleh pelayan-pelayan. Jenuh nak tanya satu per satu menu yang dihantar. Macam biasa, sebelum makan snap gambar dulu.


Mungkin ada yang pernah makan, mungkin ada yang belum pernah. Mungkin juga ada yang tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu pun mengenai menu-menu special di Sarawak. Jadi, molek benar lah rasanya nak share apa menu yang istimewa di restoran Absolute Tribal kat sini. Omnomnom....

Sarawak Pineapple Fried Rice

Nampak macam nasi minyak, tapi bukan. Sebenarnya, ni nasi goreng Sarawak. Rasanya memang sedap. Lagi-lagi bila ada banyak lauk dalam tuh, ayam, sotong dan udang. Hao liao!

Crispy Vegetables

Sekali pandang, nampak macam sotong celup tepung kan? Tapi bukan. Ni namanya sayur celup tepung. Macam-macam sayur ada, kacang panjang pun ada. Pelik tapi tetap sedap. 

Pansuh Chicken (Manok Pansuh)

Ni antara menu yang famous di Sarawak, iaitu Manok Pansuh. Memang sedap, first time makan time tiba di airport selepas Press Conference . Dah jadi favorite dah.

Appetizer : Sarawak Tribal Salad

Potongan-potongan nenas berbentuk dadu bersama kacang. Rasa masam-masam tapi pedas. Kalau kita di semenanjung makan acar timun, kat sini namanya salad nenas. Not bad, nice combination.

Stir Fried Vegetables with Prawns

Sayur goreng bersama udang. Ni menu biasa, kat mana-mana pun boleh jumpa. So, tak special sangat, memandangkan hidangan mestilah seimbang dari segi gizi, cewaaah, kena la makan jugak. Rezeki jangan ditolak. Ngap saja apa yang ada di depan mata.

Terung Dayak with Curry Fish

Ni bukan gulai lemak cili padi, ni namanya gulai ikan bersama terung dayak. Kalau nak tau, terung dayak bulat warna oren, bukan macam terung yang selalu kita tengok yang panjang warna purple tuh. Rasa dia? Walaweh, sedap amat. Tak pernah makan terung sebelum ni pun, termakan jugak time tuh. Pelik punya  pasal.

Umai Sarawak

Ni lah menu yang ditunggu-tunggu.Akhirnya, mimpi jadi realiti bila dihidangkan dengan umai Sarawak. Orang kata, datang Sarawak tak try umai, tak sah. Apa lagi, try lah makan. Arghhhh, ini  pun sedap.Potongan ayam, udang, sotong bersama hirisan serai, kacang dan lada, memang superb. Macam makan kerabu. 

Mee Kolok

Hidangan seterusnya sebenarnya takde dalam menu, mungkin inisiatif pihak restoran untuk memperkenalkan kepada kami, maka ada lah satu pinggan besar Mee Kolok. Sempat la jugak try sedikit sorang. Macam maggi goreng kan? Tapi rasa dia, lain...

Lemon Mint Drink

Dah makan banyak-banyak, tak kan takde air kan? Nanti tercekik pulak. Air yang dihidangkan nampak macam air kosong, tapi sebenarnya air lemon mint. Rasa memang tawar, tapi still bau lemon dan rasa mint sikit-sikit. Apa special? Tak tau la jugak,mungkin ada  la tuh khasiatnya jika dipadankan dengan menu-menu yang dihidangkan bersama.

 
 Dessert : Mango Pudding

Time for dessert. Kami dihidangkan dengan puding mangga. Tapi time nih, dah ramai yang keluar sebab dah kenyang. Sebenarnya, tak tahu yang sebenarnya dessert belum dihidangkan,haha.

Fruits

Macam biasa, ubat sembelit. Kena lah makan buah-buahan. Bantu sikit perut yang nak kena hadam segala macam yang kita telan tuh.


Jadi, itu lah kesemua menu yang telah dihidangkan dan dinikmati oleh kami semua. Amacam? Best tak? Jadi, kalau pergi ke Sarawak, jangan lupa try menu-menu special yang ada. Give it a try, you will like it!


Sebelum berangkat pulang, sempat jugak bergurau-senda dengan Orang utan di restoran Absolute Tribal, LOL! Destinasi kami seterusnya, ada yang nak ke Muzium Negeri, ada yang nak ke main Bazaar. Memandangkan main bazaar dekat dengan tempat kami menginap, Riverside Majestic Hotel maka majoriti ramai yang ke main bazaar termasuklah pb untuk beli ole-ole. Kat muzium negeri pun, memang tak boleh nak snap-snap photo. Tapi apa yang menarik, mereka kata ada kucing dan macam-macam binatang lagi yang diawet ada dipamerkan dalam muzium. Next time, kalau pergi ke Kuching lagi memang kena masuk untuk tengok sendiri.


Ok, untuk sesiapa yang berminat untuk cuba masakan di Absolute Tribal, boleh hubungi talian atau lawat facebook page Absolute Tribal. Selamat jalan-jalan cari makan!

Telefon
082-234 655

Facebook
Sarakraf Pavilion


Maka, berakhirlah kembara kami selama 3 hari 2 malam di Kuching, Sarawak. Lepas ronda-ronda di main bazaar, masing-masing balik ke bilik hotel untuk packing, check-out dan bersiap-siap untuk ke Kuching International Airport (KIA). Yeah, terima kasih Malindo Air untuk trip yang super ohsem!


TAMAT


Memory saved!


You may also like

18 comments:

  1. Banyak gilerrr makanan... Umai ada daun serai? kompem 2jam saya makan.. Sebab asingkan daun serai tu hehe.. tak sabar nak gi sarawak bulan 9 ni , beli tiket tahun lepas dah.. :)

    ReplyDelete
  2. Ain Zulaikha:
    memang makan sampai lebam arituh
    umai tu ada hirisan batang serai, sedap...
    nanti pergi Sarawak, jangan lupa try
    selamat melancong ye :)

    ReplyDelete
  3. berat berapa kg bro sekarang? hahaha

    ReplyDelete
  4. Faizal Fredley:
    lagi untung dapat jumpa Best Travel Blogger MSMW 2013, keh3

    ReplyDelete
  5. Hans:
    dah lama tak timbang berat ni bro
    segan lah, wakakaka

    eh, bila mau ambik ole-ole dari Kuching ni?
    aku ada simpan untuk ko

    ReplyDelete
  6. waaaa seronoknya. macam mana nak dapat pi aktiviti camni T.T

    ReplyDelete
  7. tgk gambar makanan2 tu rasa nak terbang pergi Sarawak.

    saya tak pernah pergi Sarawak lagi. Sabah pernah ler..

    ReplyDelete
  8. SyedGraphiX:
    seronok jugak, maklum lah first time sampai ke sana

    ReplyDelete
  9. Miss Xyz:
    aih, terbalik pulak
    sy tak pernah lagi sampai ke sabah
    klu pi sarawak nanti, jangan lupa try menu-menu ni
    seriously, sodap...

    ReplyDelete
  10. wow , sedapnya . jalan2 dekat sini nanti jalan sambil follow dekat sini pulak http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. manok pansuh pernah dengar tapi tak pernah makan :/ sedap ke?

    ReplyDelete
  12. memang superb lah umai sarawak.. udang tu dimasak sikit.. perghhhh!!!

    ReplyDelete
  13. Memang terbaik la kembara Sarawak ko, boleh buat panduan. Especially bab makan :D hahaahah

    oh ya,manok pansuh tu, yg hijau2 tu apa? yg putih tu ayam kan? mcm msk lemak pun ada.

    ReplyDelete
  14. KiD:
    Patut la bro hazman beria suruh kita try kan arituh?
    sedap rupenye..seb bek la dapat try
    klu tak kempunan

    ReplyDelete
  15. Tinta Lana:
    Sarawak memang ohsem!
    Nak gi nanti,jangan lupa try menu-menu ni
    superb!

    manok pansuh tu dia masak ayam dengan herba dalam buluh.. kalau tak salah, antaranya ada bunga kantan

    ReplyDelete
  16. Syafiq Muhammad:
    tq bro sudi singgah sini
    salam perkenalan

    ReplyDelete
  17. Miss Volvo:
    manok tu ayam
    pansuh tu sebab dia masak dalam buluh
    rasanya sedap... tak tergambar dengan kata-kata,ceewah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...