Memandangkan sekarang sudah pun masuk waktu makan tengah hari,jom kita layan menu special di Sarawak. Dah penat berjalan tengok kucing , ronda-ronda di Medan Niaga Satok dan shopping kek lapis di Kek Lapis Dayang Salhah  , maka sekarang tiba masanya untuk menjamu selera. Lokasi yang kami tuju? Sila rujuk alamat kat bawah, iaitu Restoran Absolute Tribal.

Lokasi
Sarakraf Pavilion
78, Section 43, Jalan Tabuan , 93100, Kuching, Malaysia


Interior design Absolute Tribal ni agak menarik. Dalam restoran, penuh dengan hasil-hasil seni dan artistik. Di salah satu sudut dalam restoran ni,ada pokok dan orang utan buatan. Mungkin, ini yang sesuai untuk menunjukkan kita berada di Sarawak. Tengok orang utan kat sini, teringat orang utan di Semenggoh Wildlife Centre


Kami tiba je di restoran Absolute Tribal, kami terus dibawa ke ruangan khas untuk makan tengah hari. Bila duduk je di meja makan, kemudian satu per satu hidangan yang unik-unik dihantar di meja oleh pelayan-pelayan. Jenuh nak tanya satu per satu menu yang dihantar. Macam biasa, sebelum makan snap gambar dulu.


Mungkin ada yang pernah makan, mungkin ada yang belum pernah. Mungkin juga ada yang tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu pun mengenai menu-menu special di Sarawak. Jadi, molek benar lah rasanya nak share apa menu yang istimewa di restoran Absolute Tribal kat sini. Omnomnom....

Sarawak Pineapple Fried Rice

Nampak macam nasi minyak, tapi bukan. Sebenarnya, ni nasi goreng Sarawak. Rasanya memang sedap. Lagi-lagi bila ada banyak lauk dalam tuh, ayam, sotong dan udang. Hao liao!

Crispy Vegetables

Sekali pandang, nampak macam sotong celup tepung kan? Tapi bukan. Ni namanya sayur celup tepung. Macam-macam sayur ada, kacang panjang pun ada. Pelik tapi tetap sedap. 

Pansuh Chicken (Manok Pansuh)

Ni antara menu yang famous di Sarawak, iaitu Manok Pansuh. Memang sedap, first time makan time tiba di airport selepas Press Conference . Dah jadi favorite dah.

Appetizer : Sarawak Tribal Salad

Potongan-potongan nenas berbentuk dadu bersama kacang. Rasa masam-masam tapi pedas. Kalau kita di semenanjung makan acar timun, kat sini namanya salad nenas. Not bad, nice combination.

Stir Fried Vegetables with Prawns

Sayur goreng bersama udang. Ni menu biasa, kat mana-mana pun boleh jumpa. So, tak special sangat, memandangkan hidangan mestilah seimbang dari segi gizi, cewaaah, kena la makan jugak. Rezeki jangan ditolak. Ngap saja apa yang ada di depan mata.

Terung Dayak with Curry Fish

Ni bukan gulai lemak cili padi, ni namanya gulai ikan bersama terung dayak. Kalau nak tau, terung dayak bulat warna oren, bukan macam terung yang selalu kita tengok yang panjang warna purple tuh. Rasa dia? Walaweh, sedap amat. Tak pernah makan terung sebelum ni pun, termakan jugak time tuh. Pelik punya  pasal.

Umai Sarawak

Ni lah menu yang ditunggu-tunggu.Akhirnya, mimpi jadi realiti bila dihidangkan dengan umai Sarawak. Orang kata, datang Sarawak tak try umai, tak sah. Apa lagi, try lah makan. Arghhhh, ini  pun sedap.Potongan ayam, udang, sotong bersama hirisan serai, kacang dan lada, memang superb. Macam makan kerabu. 

Mee Kolok

Hidangan seterusnya sebenarnya takde dalam menu, mungkin inisiatif pihak restoran untuk memperkenalkan kepada kami, maka ada lah satu pinggan besar Mee Kolok. Sempat la jugak try sedikit sorang. Macam maggi goreng kan? Tapi rasa dia, lain...

Lemon Mint Drink

Dah makan banyak-banyak, tak kan takde air kan? Nanti tercekik pulak. Air yang dihidangkan nampak macam air kosong, tapi sebenarnya air lemon mint. Rasa memang tawar, tapi still bau lemon dan rasa mint sikit-sikit. Apa special? Tak tau la jugak,mungkin ada  la tuh khasiatnya jika dipadankan dengan menu-menu yang dihidangkan bersama.

 
 Dessert : Mango Pudding

Time for dessert. Kami dihidangkan dengan puding mangga. Tapi time nih, dah ramai yang keluar sebab dah kenyang. Sebenarnya, tak tahu yang sebenarnya dessert belum dihidangkan,haha.

Fruits

Macam biasa, ubat sembelit. Kena lah makan buah-buahan. Bantu sikit perut yang nak kena hadam segala macam yang kita telan tuh.


Jadi, itu lah kesemua menu yang telah dihidangkan dan dinikmati oleh kami semua. Amacam? Best tak? Jadi, kalau pergi ke Sarawak, jangan lupa try menu-menu special yang ada. Give it a try, you will like it!


Sebelum berangkat pulang, sempat jugak bergurau-senda dengan Orang utan di restoran Absolute Tribal, LOL! Destinasi kami seterusnya, ada yang nak ke Muzium Negeri, ada yang nak ke main Bazaar. Memandangkan main bazaar dekat dengan tempat kami menginap, Riverside Majestic Hotel maka majoriti ramai yang ke main bazaar termasuklah pb untuk beli ole-ole. Kat muzium negeri pun, memang tak boleh nak snap-snap photo. Tapi apa yang menarik, mereka kata ada kucing dan macam-macam binatang lagi yang diawet ada dipamerkan dalam muzium. Next time, kalau pergi ke Kuching lagi memang kena masuk untuk tengok sendiri.


Ok, untuk sesiapa yang berminat untuk cuba masakan di Absolute Tribal, boleh hubungi talian atau lawat facebook page Absolute Tribal. Selamat jalan-jalan cari makan!

Telefon
082-234 655

Facebook
Sarakraf Pavilion


Maka, berakhirlah kembara kami selama 3 hari 2 malam di Kuching, Sarawak. Lepas ronda-ronda di main bazaar, masing-masing balik ke bilik hotel untuk packing, check-out dan bersiap-siap untuk ke Kuching International Airport (KIA). Yeah, terima kasih Malindo Air untuk trip yang super ohsem!


TAMAT


Memory saved!