TICKLING MY TASTEBUDS

/
11 Comments

Warnamu.....
 Bak langit nan biru
Bak lautan nan luas

Rasamu....
Lazat tak terhingga
Enak tak terperi
Sedap tak terkata
Hingga menjilat jari
 


Cuba teka, menu apakah yang dihidangkan hari ini?

Masih ada ke orang yang tak pernah try makan walau sekali dalam hidup? 
Baik mengaku cepat-cepat, mau open table ni, wakaka.
Apa yang boleh dikatakan, kalau tak pernah try anda sudah hilang satu nikmat dunia.  

Kenapa?
Kalau nak tahu, inilah namanya Nasi Kerabu. Kalau makan, mau terangkat. Cuba sekali, mahu berkali-kali. Bila makan, sampai menjilat jari. Tak percaya? Cubalah walaupun hanya sekali. Gerenti, anda akan jatuh hati. Cewah!

Nasi yang berwarna biru, menjadikan Nasi Kerabu ni amat unik berbanding nasi-nasi lain yang ada di dunia. Gandingan hebat bila dihidang bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang, daun kesum, pucuk serai kayu dan taugeh pastinya akan membangkitkan selera untuk penggemar nasi ulam.

Ditambah dengan keenakan kelapa goreng, kuah tumis, sambal, dan paling penting budu menjadikan Nasi Kerabu lebih ohsem! Gabungan sesedap rasa, lain dari yang lain.

Nak makan Nasi Kerabu yang lagi best? Boleh tambah telur masin untuk menjadikan hidangan lagi perfect. Tambah lagi Solok lada : Lada hijau besar yang dibuang bijinya dan disumbat isi ikan rebus bersama kelapa parut goreng yang digaul bersama gula, garam, kerisik dan dikukus enak. Aromanya, huh hingga kembang hidung-hidung.

Lagi? Nah, kasik daging bakar sekali. Tak nak daging bakar, boleh padankan dengan ayam percik. Huh, hidangan yang complete. Umphhhh! Meleleh bak hang.

Tak lengkap rasanya hidangan tanpa keropok keping dan ikan goreng celup tepung. Sedap, enak, lazat. Semestinya tak terungkap dengan kata-kata.  Kalau ada semua yang disebutkan tadi, pastinya korang baca entri ini sambil air liur meleleh-leleh.

Konpem, lepas ni ramai yang dah kempunan dan teringin nak makan kan? Apa lagi, serbu la gerai Nasi Kerabu yang berdekatan. Tak pun, serang je restoran-restoran Nasi Kerabu yang ada di sekitar anda. Ada bakat tak jadi promoter Nasi Kerabu? Dijangka, jualan Nasi Kerabu akan mencanak lepas ni, trololol.

Selamat menjamu selera!


Jika korang suka jalan-jalan cari makan
You are my Tastebuddies
Ajak ler gue sekali dong.
Sebelum makan, baca doa
Lepas doa, snap photo dulu
Then, baru kita makan
Keh3
 
 
Stok makanan yang best-best, sila klik sini:
Instagram


You may also like

11 comments:

  1. aku tak pernah makan lagi
    sila open table

    ReplyDelete
  2. woi jom tukar woi. aku nak jdango unchained. PLEASEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!! :(

    ReplyDelete
  3. Hans:
    serius tak pernah makan?
    jom bro, ak blanja
    meh area Sri Permaisuri

    ReplyDelete
  4. Miss Volvo:
    dah ajak member pergi punnnn
    adeh
    sorry, tak dapat den nak nolong
    try la mintak tukar dgn nuffnang

    ReplyDelete
  5. kenapa mesti letak gambar nasi kerabuuu T__T menjejesss air liur mak nakk. :p feberetttt niiii

    ReplyDelete
  6. kenapa mesti letak gambar nasi kerabuuu T__T menjejesss air liur mak nakk. :p feberetttt niiii

    ReplyDelete
  7. nadia:
    saje je, nak suh smua pakat terliur, hehe

    sebenarnya, tengah mengidam nk makan nasi kerabu ni,lol

    ReplyDelete
  8. hah?
    tang mana tu?
    aku bab2 jalan nih memang tak tau sangat

    ReplyDelete
  9. owh yg ni la hans cite malam tdi ya.. hehe.. blk kg nasi kerabu adalah wajib di masak.. sya pernah masak tuk kawan kat hostel, seronok tgk mereka makan.. dan baru mereka tahu mcm mne nasi tu berwarna biru.. :)

    ReplyDelete
  10. Hans:
    kalau ko pernah gi jogging taman tasik permaisuri, hah dah dekat la tuh
    ko jalan terus je lagi, sampai jumpa lrt salak selatan

    ReplyDelete
  11. HiDa:
    hah, yang ni laa
    ada ke patut, dia kata tak pernah makan lagi nasi kerabu..
    kena kasik dia try sekali baru tahu nikmat dunia,haha

    owh, pandai masak sendiri ke nasi krabu
    hebak ah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...