Warnamu.....
 Bak langit nan biru
Bak lautan nan luas

Rasamu....
Lazat tak terhingga
Enak tak terperi
Sedap tak terkata
Hingga menjilat jari
 


Cuba teka, menu apakah yang dihidangkan hari ini?

Masih ada ke orang yang tak pernah try makan walau sekali dalam hidup? 
Baik mengaku cepat-cepat, mau open table ni, wakaka.
Apa yang boleh dikatakan, kalau tak pernah try anda sudah hilang satu nikmat dunia.  

Kenapa?
Kalau nak tahu, inilah namanya Nasi Kerabu. Kalau makan, mau terangkat. Cuba sekali, mahu berkali-kali. Bila makan, sampai menjilat jari. Tak percaya? Cubalah walaupun hanya sekali. Gerenti, anda akan jatuh hati. Cewah!

Nasi yang berwarna biru, menjadikan Nasi Kerabu ni amat unik berbanding nasi-nasi lain yang ada di dunia. Gandingan hebat bila dihidang bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang, daun kesum, pucuk serai kayu dan taugeh pastinya akan membangkitkan selera untuk penggemar nasi ulam.

Ditambah dengan keenakan kelapa goreng, kuah tumis, sambal, dan paling penting budu menjadikan Nasi Kerabu lebih ohsem! Gabungan sesedap rasa, lain dari yang lain.

Nak makan Nasi Kerabu yang lagi best? Boleh tambah telur masin untuk menjadikan hidangan lagi perfect. Tambah lagi Solok lada : Lada hijau besar yang dibuang bijinya dan disumbat isi ikan rebus bersama kelapa parut goreng yang digaul bersama gula, garam, kerisik dan dikukus enak. Aromanya, huh hingga kembang hidung-hidung.

Lagi? Nah, kasik daging bakar sekali. Tak nak daging bakar, boleh padankan dengan ayam percik. Huh, hidangan yang complete. Umphhhh! Meleleh bak hang.

Tak lengkap rasanya hidangan tanpa keropok keping dan ikan goreng celup tepung. Sedap, enak, lazat. Semestinya tak terungkap dengan kata-kata.  Kalau ada semua yang disebutkan tadi, pastinya korang baca entri ini sambil air liur meleleh-leleh.

Konpem, lepas ni ramai yang dah kempunan dan teringin nak makan kan? Apa lagi, serbu la gerai Nasi Kerabu yang berdekatan. Tak pun, serang je restoran-restoran Nasi Kerabu yang ada di sekitar anda. Ada bakat tak jadi promoter Nasi Kerabu? Dijangka, jualan Nasi Kerabu akan mencanak lepas ni, trololol.

Selamat menjamu selera!


Jika korang suka jalan-jalan cari makan
You are my Tastebuddies
Ajak ler gue sekali dong.
Sebelum makan, baca doa
Lepas doa, snap photo dulu
Then, baru kita makan
Keh3
 
 
Stok makanan yang best-best, sila klik sini:
Instagram