FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : EPISOD 1

Sempena 1 Januari 2013, jom kita imbas kembali Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 1. Dah tengok di Astro Ria? Bagus... Belum tengok lagi? Tak pe, mai tengok kat sini. Seriously, syok!


Episod 1
Cabaran ketinggian dan bendera

Untuk Episod 1, Fear Factor Selebriti Malaysia menampilkan aksi di tempat tinggi. Fear of Height! Dengan ketinggian lebih kurang 60 kaki, peserta dikehendaki mengambil 5 bendera dalam masa 3 minit. Pergh, gayat jugak aku tengok. Sorang kena ambil bendera, sorang lagi kena control tali agar dapat menggapai bendera yang setiap satunya digantung semakin lama semakin jauh.


Tengok memang mudah, tapi aku rasa peserta kat atas tuh menggigil jugak. Dengan tiupan angin yang kencang,  lagi la susah nak ambik bendera tuh. Mampukan Elfira Loy ambil bendera di tempat tinggi? Agak-agak, siapa yang menang? Tu lah soklan yang timbul time tengok Episod 1.


Nak tahu kesudahannya? Kena lah tengok dan tonton sendiri.Seriously, best!


Daripada 15 kumpulan yang beraksi, hanya 5 kumpulan yang berjaya mengambil kesemua 5 bendera dalam masa 3 minit. Juara mingguan ditentukan mengikut catatan masa yang paling singkat dan berjaya meraih RM10,000.

Catatan masa
Didi Alias dan Hisham 2:40
Dazrin dan Hairul 2:31
Jehan Miskin dan Dr Faiz 1:36
Hefny dan Hafizul 1:06
Zoey dan Dafi 1:03


Juara Mingguan
Zoey
Dafi


Peserta yang tersingkir
Roslan Shah dan Azam


Aku kagum tengok Elfira Loy, walaupun kecik molek, tapi mampu jugak gapai 3 bendera. Lagi satu, Didi Alias. Fuuh, orang pertama yang berjaya ambil 5 bendera dalam masa 3 minit. Tapi, kesian gila untuk team Arjaa Lee dan Alam Wakaka sebab gagal untuk capai bendera terakhir. Kalau tak, diorang mampu untuk catat masa terpantas. Lagi kesian, Roslan Shah sebab menggigil atas tuh, sampai satu bendera pun tak dapat ambil.


Nampaknya, Roslan Shah dan Azam Pitt sudahpun tersingkir dalam cabaran pertama kerana gagal mengambil walau hanya satu bendera. Berakhirlah sudah cabaran mereka di Fear Factor Selebriti Malaysia. Antara 14 pasukan yang tinggal, kumpulan manakah yang akan tersingkir di Episod 2?

Di sebalik tabir : Episod 1


 




|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||


  Fear Factor Selebriti Malaysia disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||


notakaki : Tengok tempat tinggi, teringat main space shot di Genting Highland. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali. Kecut perut bhai. But, seronok. I've challenged my fear. Fear of height. How about you? Hakikatnya, aku memang gayat kalau duk di tempat-tempat tinggi. Grrrr

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete